ZAMAN KANAK- KANAK DAHULU LEBIH MENYERONOKKAN.


Zaman semakin berubah dan semakin maju. Jika dilihat pada zaman sekarang sangat berbeza dari zaman dahulu. Boleh dikatakan kanak-kanak zaman moden sekarang tidak dapat merasa bagaimana kehidupan kanak-kanak zaman dahulu. Tanpa kita sedar juga, sedikit demi sedikit budaya kita juga mula tenggelam hilang zaman. Betul tidak?

Apabila kita bercerita mengenai zaman kanak- kanak dahulu dengan zaman kanak-kanak sekarang, sangat-sangatlah berbeza kerana kanak-kaank zaman sekarang belum tentu dapat merasa keindahan dan nostalgia indah yang pernah dilalui oleh ibubapa serta atuk nenek mereka.

Mereka mungkin boleh merasa nostalgia itu sekiranya ibubapa membesarkan mereka di kawasan kejiranan yang betul, jadi tak mustahil anak-anak mereka juga dapat merasai kehidupan kanak-kanak.

Situasi kejiranan zaman sekarang suka buat hal masing-masing. Kadang-kadang jiran sebelah pun kita tak pernah kenal atau tak pernah berborak, bertegur sapa apabila berjumpa.

7 Sebab Mengapa Zaman Kanak- Kanak Zaman Dahulu Lebih Seronok Berbanding Sekarang.

  1. Motosikal jual aiskrim

Ingat lagikan petang-petang zaman dahulu, mesti duduk kat luar untuk bermain sambil menunggu pak cik aiskrim lalu. Ada pelbagai jenis perisa. Bila terdengar je bunyi hon pakcik aiskrim, terus melulu berlari untuk berhentikan pakcik tu. hehe..

Seronok sangat kan bila dapat beli ais krim tu, lagi petang-petang sambil bermain makan aiskrim.. fuhh nikmat.. Tapi zaman sekarang susah sangat dah nak jumpa pakcik aiskrim. Boleh dikatakan dalam sebulan tu tak ada langsung. Jadi kenlah beli dekat kedai.

2. Main basikal pusing satu taman

Yang ni paling seronok. Boleh dikatakn kanak-kanak zaman dahulu semua ada basikal masing-masing. Paling tidak pun guna basikal mak ayah yang besar tu. Haha! Asalkan ada basikal nak ronda-ronda pusing kampung. Masuk bendang, keluar bendang! Paling tidak pun kalau luka tu sikit ja luka kat lutut sebab terjatuh kat atas jalan atau bendang.

Admin teringat pulak zaman kanak-kanak dahulu. Memang ada basikal pun..hehe. Turun bukit punya laju tiba tiba brek tak makan, Nasib sempat berhenti dengan selamat. Haha!

Zaman sekarang ni kurang sangat dah kita tengok kanak-kanak main basikal pusing satu taman. Mereka dah upgrade main motor atau basikal di jalan raya dan kadang-kadang tu membawa dengan bahaya sehingga membahayakan pengguna awam yang lain.

3. Memancing dengan kawan-kawan

Biasanya memancing ni kanak-kanak lelaki yang pergi. Maklumlah masa ni tak ada duit lagi, jadi hanya menggunakan apa yang ada sahaja untuk membuat pancing sendiri seperti menggunakan kayu atau buloh. Dah pasang azam balik rumah nak masak, last-last mak yang masakkan..hehe

4. Lori surat khabar lama

Dari jauh lagi sudah dengar ‘Surat khabar lama…Surat kahabr lama..!’ guna speaker. Masa tulah kita berlari ambik surat khabar dan terus berhentikan lori tu. Sekarang kurang dh lori surat khabar lama ni. Jika kita lihat dekat kedai, surat khabar pun dah tak banyak dah. Maklumlah semua berita dihujung jari sahaja. Bukan surat khabar lama sahaja, macam macam kita boleh bagi. Berapalah mereka dapat jual zaman dahulu.. Lepaslah mereka untuk beli cikedis atau aiskirm pop atau potong.

5. Jalan beraya dengan kawan-kawan

Aduh! masa ni paling seronok juga. Zaman dahulu jarang sekali dengar kes culik, sebab itu ibubapa zaman dahulu berani nak lepaskan anak mereka berjalan beramai-ramai untuk beraya. Berbeza zaman sekarang banyak kes culik. Sebab itu kebanyakan ibubapa tidak membenarkan anak mereka zaman sekarang keluar seorang diri. Sangat bahaya! Admin pernah main serbu je rumah orang yang tak kenal, nak kumpul duit raya punya pasal. Haha! Bagi salam, makan kuih raya, dah dapat duit raya balik!

Habis beraya, mulalah masing-masing melawan duit raya siapa paling banyak. Zaman sekarang pulak dah tak nampak dah kanak-kanak bagi salam nak beraya, kat kampung susah nak jumpa apatah lagi dekat bandar.

Bila bercerita mengenai zaman kanak-kanak dahulu memang seronok, habis semua kenangan zaman kanak-kanak keluar kan. haha. Betapa indahnya!

Sumber: https://kisahdunia.com/5-sebab-zaman-kanak-kanak-kita-dahulu-lebih-seronok-dari-sekarang/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *