WOW! MOCKTAIL RAYA YANG MENYEGARKAN


Selain daripada makanan dan kuih muih hari raya, minuman juga salah satu hidangan yang penting dan wajib ada di pagi Hari Raya supaya lebih segar. Jika sebelum ini anda hidangkan minuman yang biasa seperti sirap ais atau air sunquick, raya kali ini cuba buat kelainan dengan menghidangkan minuman ala-ala mocktail yang menyegarkan. Teruskan bersama akak gojes ya..:)

  1. Minuman serai & limau

Ini merupakan salah satu minuman yang menyegarkan buat para tetamu atau ahli keluarga setelah puas menikmati juadah hari raya. Seteguk je pastinya ummphh! Bahan-bahannya simple je iaitu gula, air, serai dan knorr lime seasoning powder yang direbus sehingga mendidih. Dihidangkan pula bersama ais dan bahan yang menyegarkan seperti limau dan haruman serai pasti akan memikat selera sesiapa sahaja yang meminumnya. Bagi menyemarakkan lagi keasliannya, anda boleh cuba guna batang serai sebagai pengganti penyedut minuman. Unikkan! Caranya, anda buang sahaja bahagian tengah serai dan hidangkan bersama minuman anda! Pasti raya tahun ini sangat unik:)

2. Teh limau pudina ais

Daun pudina merupakan penambah rasa yang menyegarkan untuk minuman. Begitu jugalah dengan mocktail ini, ia akan memberi rasa yang menyegarkan. Cara untuk membuat mocktail ini adalah sediakan gula yang dijadikan sirap, air, knorr lime seasoning powder dan daun pudina yang dihancurkan. Kemudian, campurkan dengan uncang teh. Anda akan menghasilkan minuman tropika yang sangat sempurna dengan asas teh yang mempunyai sedikit rasa masam.

3. Minuman longan & limau

Minuman ini hasil campuran sirap longan, knorr lime seasoning powder dan serai dimana menjadi pilihan ramai orang. Percayalah bila anda hidang minuman ini dipagi raya, sekelip mata je dah licin..hehehe. Minuman ini juga mengandungi sumber Vitamin C. Bayangkanlah kepingan longan berjus direndam dengan asas sirap limau yang menyegarkan dan disempurnakan pula dengan beberapa ketulan ais yang mengimbangkan rasa masam dan manis.

4. Minuman teh buah ais

Anda juga boleh cipta minuman tropika yang istimewa daripada pekatan jus tau! Resepi ini hanya memerlukan sirap oren dan knorr lime seasoning powder. Campurkan semuanya di dalam uncang teh dan boleh lah dihiaskan bersama kepingan oren untuk ,menikmati minuman lazat lagi menyegarkan!

5. Minuman halia limau berbuih

Direka untuk tetamu yang mementingkan kesihatan, minuman mengandungi halia ini mengandungi khasiat yang dikenali ramai untuk mengurangkan kembung perut dan angin. Diperbuat daripada tiga bahan utama iaitu ale halia, Knorr Limau Seasoning Powder dan air soda – minuman yang menyegarkan ini pastinya menggembirakan lidah dan perut peminumnya.

6. Air limau pandan

Tumbuh-tumbuhan tropika sering sahaja dihidangkan di dalam sajian tempatan. Pandan mempunyai bau harum yang menggamit selera dan menambah kelazatan minuman eksotik ini. Resepi ini memerlukan daun pandan, gula dan air. Semua bahan ini direbus sehingga mendidih. Kemudian, larutkan Knorr Lime Seasoning untuk minuman yang penuh nikmat. Untuk lebih menyegarkan hidangkan bersama beberapa ketulan ais.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: https://www.unileverfoodsolutions.com.my/ms/inspirasi-chef/ramadhan/mocktail-raya-yang-menyegarkan.html


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *