WOW! Jom Lawat Tempat MENARIK Di Shah Alam Selangor 2021


Bandar Anggerik atau lebih dikenali sebagai Shah Alam bukan sahaja merupakan tempat orang mencari rezeki, tetapi juga ia merupakan tempat daya tarikan pelancong dimana banyak tempat-tempat yang menarik disini.

Kalau hujung minggu, sudah pasti bandar ini dibanjiri oleh ramai orang kerana masa ini lah masa yang sangat sesuai dan temapat yang sangat sesuai untuk sekeluarga meluangkan masa bersama.

” ๐™Ž๐™ž๐™–๐™ฅ๐™– ๐™ ๐™–๐™ฉ๐™– ๐™Ž๐™๐™–๐™ ๐˜ผ๐™ก๐™–๐™ข ๐™ž๐™ฃ๐™ž ๐™ฉ๐™–๐™  ๐™–๐™™๐™– ๐™ฉ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™–๐™ฉ ๐™—๐™š๐™จ๐™ฉ? ๐™†๐™–๐™ก๐™–๐™ช ๐™ฉ๐™–๐™  ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™˜๐™–๐™ฎ๐™– ๐™ฉ๐™–๐™  ๐™–๐™ฅ๐™–. ๐™จ๐™–๐™ฎ๐™– ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™—๐™ช๐™ ๐™ฉ๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™™๐™ž๐™—๐™–๐™ฌ๐™–๐™ ๐™ž๐™ฃ๐™ž. ๐™๐™š๐™ง๐™ช๐™จ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™˜๐™–! “

Meh saya listkan dibawah ye ๐Ÿ˜Š. Bermula dari yang percuma ke yang berbayar.

Tempat Menarik di Shah Alam yang BEST & Tak Jemu!

Bandar ini juga dikenali sebagai taman-taman yang cantik. Yang paling terkenal di bandar ini adalah Taman Tasik Shah Alam!. Siapa je yang tak tahu tempat ini kan.. heheh

  1. Taman Tasik Shah Alam

Taman tasik Shah Alam memang menjadi daya tarikan orang tempatan dan pelancong asing. Lebih_lebih lagi hujung minggu memang ramai orang disini.

Taman ini sangat luas dan terdapat banyak pilihan landskap yang boleh dipilih.

Taman yang cantik dan dipenuhi dengan suasana hutan ini terletak di Seksyen 14 Shah Alam.

Taman ini sangat sesuai dijadikan tempat berjoging dan berkelah bersama orang yang tersayang.

2. Dataran Bunga Raya, Seksyen 14

Dataran Bunga Raya ini juga menjadi daya tarikan pelancong terutama pengunjung yang berminat fotografi. Mereka sangat suka singgah di tempat ini untuk mereka menunjukkan bakat fotografi.

Seperti namanya, taman ini terdapat banyak jenis spesis bunga raya. Lokasi ini juga menjadi tumpuan bagi para pengantin untuk sesi foto gambar mereka.

Taman ini terletak di Tasik Barat, Taman Tasik Shah Alam, seksyen 14

3. Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam

Tidak jauh dari Taman Tasik Shah alam, terdapat 1 lagi taman yang kurang popular kepada pengunjung luar. Tapi taman ini juga menarik untuk luangkan masa bersama keluarga.

Sebab apa ia kurang pengunjung? Sebab taman ini sedikit tersorok dan sunyi ye, pastikan anda tidak pergi berseorangan.

Taman ini sesuai untuk berjoging dan berpicnic beramai-ramai dan taman ini juga menjadi tempat photo shoot pengantin.

Boleh cuba pergi melawat taman ini ya!

4. Taman Persahabatan Selangor

Satu lagi tempat yang sangat-sangat menarik yang baru sahaja dibuka pada tahun ini. Nak acah-acah rasa sedang berada di negara Jepun boleh lah singgah disini!

Taman ini mempunyai beberapa seni bina yang melambangkan elemen Jepun sebagai daya tarikan utama iaitu Laman Zen, Kolam Maze, Gerbang Torii, Tsukubai (Stone Basin), Laman Refleksologi, dan Laman Teres.

Taman ini juga menunjukkan ciri unik dengan dikelilingi oleh pagar keselamatan berkonsepkan buluh. Taman ini dibuka pada setiap hari mulai jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam dan masuk adalah percuma.

Jom ajak orang yang tersayang ke sini tak perlu pergi Jepun dah ๐Ÿคญ

Jadi, rancanglah hujung minggu anda bersama keluarga dengan aktiviti yang bermanfaat.

Semoga Bermanfaat!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *