WOW! Fakta Menarik Mengenai Kucing Yang Anda Perlu Tahu


Kucing ialah haiwan berbulu yang berkaki empat dan merupakan haiwan yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian manusia disebabkan oleh gelagat dan telatahnya sang comel sehingga mencuit hati sesiapa yang melihatnya. Artikel ini mengisahkan beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai kucing.

#1. Mata kucing membawa maksud yang tersendiri

Kucing merupakan salah satu haiwan yang mempunyai mata yang unik dan ia mempunyai maksudnya yang tersendiri dalam keadaan tertentu. Anak mata kucing akan berubah bentuk atau saiz ketika ia berada dalam keadaan tertentu contohnya sedang melihat mangsanya ataupun ketika melihat wajah tuannya.

#2 Kucing tertua di dunia berusia 26 tahun

Kucing Corduroy

Kucing yang berusia 26 tahun ini bernama Corduroy dan kucing ini merupakan kucing domestik yang masih hidup serta tertua di dunia menurut Guinness World Records. Namun, kucing tertua yang pernah wujud mengikut rekod adalah seekor kucing yang bernama Creme Puff dan kucing tersebut berusia 38 tahun 3 hari.

#3 Kucing memburu lebih baik daripada anjing

Berdasarkan satu kajian, kucing merupakan haiwan pemburu yang jauh lebih baik berbanding anjing. Selain itu, kucing juga mempunyai daya keupayaan survival yang tinggi dan ia mampu untuk hidup lebih lama di kawasan hutan liar berbanding anjing.

#4 Cara membelai kucing dengan betul

Kucing mempunyai sifat yang suka disentuh dan dibelai pada bahagian muka terutamnya bahagian dagu, bawah dagu, pipi dan kepalanya menurut penyelidik dari Universitit Lincoln. Tempat yang paling kucing tidak suka untuk disentuh adalah bahagian ekornya kerana kawasan itu menyebabkan kucing tidak selesa sekiranya disentuh.

#5 Lelaki yang sukakan kucing lebih menarik di mata wanita

Kebanyakan wanita suka akan lelaki yang memelihara dan menyayangi kucing kerana wanita menganggap lelaki tersebut sangat menarik. Hal ini merujuk kepada kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik haiwan peliharaan iaitu Dr. Jun McNicholas, wanita yang melaporkan bahawa mereka lebih tertarik kepada lelaki yang sukakan haiwan lebih-lebih lagi kucing.

Sumber: https://iluminasi.com/bm/fakta-menarik-tentang-kucing-yang-anda-tidak-tahu.html


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *