WOW! Cantiknya masjid2 nii~ 11 MASJID TERCANTIK DUNIA


Masjid adalah tempat untuk orang Islam beribadah. Keindahan masjid-masjid yang terbina sangat indah. Semua masjid-masjid yang dibina di setiap negara ada keunikan dan sentuhannya yang tersendiri. Ini adalah senarai masjid-masjid yang tercantik di dunia:

1. Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi

masjidil haram mekah

Dah tentunya lah semua orang akan cakap ini masjid yang paling cantik dalam dunia. Ini kerana semua umat Islam pun teringin nak pergi sini. Masjidil Haram merupakan masjid terbesar di dunia yang boleh memuatkan 4 juta jemaah pada satu-satu masa. Di sini jugalah terletaknya Kaabah dan merupakan tempat paling suci bagi seluruh umat Islam.

2. Masjid Sheikh Lotfollah, Iran

masjid sheikh lotfollah esfahan

Masjid ini terletak di Isfahan ini telah dibina seawal kurun ke-17 semasa peemrintahan Shah Abbas 1. Rekaan berunsurkan seni bina Safavid Iran ini tidak mempunyai laman atau menara tinggi seperti kebanyakan masjid lain.

3. Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi

masjid nabawi madinah

Selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah, baginda telah membina Masjid Nabawi dan di sini jugalah tempat bersemadinya Rasulullah iaitu di bawah kubah berwarna hijau. Selain itu, masjid ini juga menempatkan makam bagi sahabat-sahabat Nabi iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Masjid Nabawi merupakan masjid kedua terbesar di dunia yang boleh menampung lebih daripada setengah juta jemaah.

4. Masjid Zahir, Kedah, Malaysia

masjid zahir kedah

Masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di Malaysia. Ia telah dibina pada 1912 dan terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, Kedah. Tapak masjid ini pada asalnya merupakan pusara bagi pahlawan yang telah gugur mempertahankan Kedah dari serangan Siam pada tahun 1821. Ia juga merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.

5. Masjid Sultan Omar Alli Saifudin, Brunei

masjid sultan omar ali saifudin brunei

Masjid yang dibangunkan pada tahun 1958 ini merupakan sebuah masjid terhebat dengan lapisan emas murni di setiap kubahnya. Masjid yang terletak di Kampung Ayer ini sentiasa menjadi lokasi tarikan pelancong tidak kira masyarakat tempatan atau warga asing yang berkunjung ke Brunei.

6. Masjid Faisal, Pakistan

Unikkan rekaan masjid ini? Struktur bumbungnya mempunyai lapan segi, lain daripada masjid yang biasa kita lihat. Masjid yang direka oleh arkitek dari Turki ini diinspirasikan daripada bentuk khemah Badwi dan Kaabah.

7. Masjid Sheykh Zayed, Abu Dhabi

masjid sheikh zayed abu dhabi

Masjid yang kelihatan serba putih ini mengambil masa lebih dari 10 tahun serta mengupah ribuan orang pekerja untuk menyiapkannya sehingga menjadi masjid terbesar di Emiriah Arab Bersatu. Kawasan masjid ini adalah seluas 12 hektar dan terdapat sebuah peprustakaan di dalam masjid yang menempatkan buku-buku lama sejarahwan Islam yang merangkumi pelbagai topik. Masjid ini juga mempunyai lampu chandeliar seberat 12 tan.

8. Masjid Lala Mustafa Pacha, Cyprus

masjid lala mustafa pasha

Masjid ini pada asalnya merupakan sebuah gereja yang diberi nama St. Nicholas’ Cathedral yang telah dibina sekitar tahun 1298-1400. Setelah jajahan ini tertakluk oleh empayar Uthmaniyyah pada tahun 1571, gereja ini ditukar menjadi sebuah masjid, semua simbol dan lukisan binatang atau masunia telah dibuang atau digantikan dengan hasil seni yang lain.

9. Masjid Wazir Khan, Pakistan

masjid wazir khan pakistan

Pada tahun 1993, UNESCO telah menamakan masjid yang terletak di Lahore ini sebagai salah satu tapak bersejarah dunia. Seni bina ala fresco dengan jubin pelbagai warna membuatkan masjid ini tercantik dan tersergam indah.

10. Masjid Qolsarif, Kazan, Russia

masjid kul sharif russia

Tapak dan binaan asal masjid telah dibakar semasa zaman rejim kekejaman Ivan the Teribble pada thaun 1552. Iman Seid Kul Sharif dan anak-anak muridnya telah cuba mempertahankan masjid itu daripada kemusnahan namun gagal. Pada tahun 1996, pembinaan semula masjid dimulakan dan memakan masa hampir 10 tahun untuk disiapkan. Pada tahun 2005, masjid ini dilancarkan dan diberi nama Kul Sharif sempena memperingati perjuangan Imam Kul Sharif suatu ketika dahulu.

11. Masjid Akhmad Kadyrov, Grozny, Republik Chechen, Russia

Masjid ini siap dibina pada tahun 2008, ia terletak di ibu negara Republik Chechen di tebing sungai Sunzha. Masjid ini juga merupakan sebahagian instrumen dari kompleks Islam yang di dalamnya turut mempunyai Universiti Islam Russian, Pejabat Pentadbiran dan Pengurusan islam Republik Chechennya selain kemudahan-kemudahan lain yang penting buat umat Islam.

Sumber: iluminasi.com, penaminang.com


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *