Wanita lebih suka lelaki gempal? Nak tahu kenapa, ini 5 alasan saintifik


KEBANYAKAN lelaki pada hari ini semakin peka terhadap kesihatan dan kecantikan badan mereka agar kelihatan sado bagi meningkatkan keyakinan diri masing-masing.

Tidak kurang juga, ada yang merasakan dengan berbadan sasa ia dapat menarik perhatian wanita, namun pandangan itu mungkin silap

Kajian mendapati wanita lebih tertarik kepada lelaki berbadan gempal dan daya tarikan itu turut dijelaskan berdasarkan sains – termasuklah aspek kepercayaan dan personaliti mereka.

Apa yang membuatkan wanita tertarik dengan kaum lelaki berbadan gempal? Ini mungkin jawapannya!

1. Lelaki gempal lebih kelakar

Terdapat bukti bahawa wanita lebih tertarik kepada lelaki yang boleh membuatkan mereka ketawa dan kebanyakan (walaupun tidak semua) daripada mereka ini pandai berjenaka.

Elemen itu sangat penting dalam membina sesebuah hubungan agar tidak hambar, selain lelaki berbadan besar dilihat lebih menjadi diri sendiri dan tidak ‘control macho’.

2. Setia

Golongan ini dianggap lebih setia dalam menjalinkan hubungan. Ini disebabkan ramai di antara mereka rasa kurang yakin dengan diri sendiri.

Apabila mendapat pasangan mereka lebih menghargai kerana sedar bukan mudah golongan seperti mereka untuk mendapat pasangan.

Itu juga membuatkan mereka tiada keinginan untuk menduakan pasangan

3. Wanita lebih yakin

Dalam satu kajian mendapati 27 peratus wanita berpendapat lelaki gempal kurang memberi perhatian mengenai bentuk tubuh wanita.

Ia sekaligus meningkatkan keyakinan diri mereka dan membuatkan lelaki berbadan besar menjadi pilihan wanita sebagai teman hidup.

4. Penyayang dan romantik

Kajian juga turut mendapati, 42 peratus wanita memberitahu lelaki berbadan gempal lebih mengutamakan keinginan wanita berbanding keperluan mereka.

Malah golongan ini lebih penyayang, romantik dan lemah lembut serta gemar memanjakan pasangan mreka.

5. Rasa lebih selamat

Fizikal yang besar sebenarnya membuatkan kaum wanita berasa lebih selamat berada disamping lelaki gempal.

Meskipun ada melihat berat badan berlebihan sebagai kekurangan namun bagi wanita ia kelebihan terutamanya selamat daripada gangguan pihak ketiga.

Tidak kira sama ada pasangan anda berbadan sado atau gempal tetapi jika si dia mampu menggembirakan dan membahagiakan anda, isu bentuk tubuh bukan lagi satu isu.

Pokok pangkalnya, personaliti dan sikap adalah penentu kita berasa selesa dengan seseorang dan mahu menghabiskan sisa hidup bersamanya. Tak gitu?


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *