Wajah Lebih Lembap Dan Berseri Hanya Menggunakan Masker Coklat.


Semua individu tak kira kaum lelaki atau wanita, semua inginkan wajah yang cantik dan sentiasa lembap terutama bagi kaum wanita. Wajah yang lembap lebih terlihat lebih awet muda dan kurang bermasalah berbanding kulit kering dan berminyak.

Pemakaian masker merupakan salah satu prosess untuk perawatan dan penjagaan kulit wajah. Pemakaian masker kulit tentulah bagi tujuan kecantikan. Terdapat banyak kebaikan sekiranya kita mempraktikkan pemakaian masker kulit dalam rutin harian. Jom kita lihat antara kebaikannya:

  1. Membuang sel kulit mati pada wajah

Apabila mencuci muka, pencuci muka hanya membersihkan lapisan atas kulit. Sekiranya muka dalam keadaan yang tidak betul-betul bersih dimana bersih lapisan atas dan dalam kulit, muka akan mudah terdedah dengan segala bakteria dan juga mudah naik jerawat. Jadi pemakaian masker juga sangat penting kerana ia dapat membantu meresap kedalam kulit dan membuang sel sel mati sekaligus menampakkan wajah lebih sihat dan natural.

2. Merawat kulit kusam

Bagi wanita yang tidak cukup tidur, wajah pasti akan lebih kelihatan kusam kan? Jadi amalkan pemakaian masker untuk tampak lebih ceria dari wajah yang kusam.

3. Menanggalkan bintik hitam dan bintik putih

Ini merupakan salah satu kelebihan apabila memakai masker iaitu segala bintik hitam dan bintik putih akan mudah tertanggal. Hasilnya kulit akan jadi lebih bersih dan segar.

4. Menegangkan kulit wajah

Kulit muka Pasti akan semakin kendur bagi wanita yang berusia. Jadi, sangatlah bagus jika mempraktikkan pemakaian masker kerana ia mampu menegangkan kulit wajah dan sentiasa kelihatan awet muda.

5. Kurangkan kedutan

Pemakaian masker dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit wajah. Lebih lebih lagi apabila stress, ia akan mudah menyebabkan kulit kita berkedut. Seeloknya amalkan memakai masker sebelum tidur.

Bahan-Bahan Masker Coklat

1/2 sudu teh serbuk coklat

1/2 sudu teh madu

1/2 teh oatmeal

2 sudu teh santan

Cara Membuat Masker Coklat Untuk Wajah

  1. Campurkan semua bahan dengan sebati.
  2. Oleskan campuran tadi secara merata di kulit wajah.
  3. Gosok masker dan urut perlahan kulit wajah untuk membantu menanggalkan sel kulit mati pada wajah.
  4. Kemudian bilas dengan air bersih setelah 10-15 minit.
  5. Ulangi pemakaian masker ini seeloknya seminggu sekali. Kandungan antioksidan di dalam masker akan membantu mengekalkan nutrisi dan kelembapan pada wajah.

Jika selama ini coklat dimakan untuk meningkatkan mood, ternyata coklat juga mempunyai manfaatnya yang tersembunyi dalam kesihatan dan kecantikan kulit.

Coklat mempunyai bahan yang mampu melembapkan kulit kerana kaya dengan mentega dan koko.

Coklat mampu mengurangkan garisan halus dan membuang segala sel sel kulit mati pada wajah dan mengrangsang pertumbuhan kulit baru. Terdapat satu artikel yang menyatakn bahawa makanan berasaskan coklat dapat membantu menjaga kolagen dan melawan kerosakan akibat sinar matahari kerana ia kaya dengan zat baik iaitu flavonoid.

Sumber: https://mingguanwanita.my/wajah-lebih-lembap-dengan-masker-coklat-dan-masker-pisang-yogurt/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *