UNIK! 8 Tasik Merah Jambu Terkenal Di Dunia


Warna merah jambu sangat popular dalam kalangan wanita kerana mereka suka akan warnanya yang lembut dan sedap dipandang. dan kelihatan comel ๐Ÿฅฐ.

Mungkin ada sebahagian anda yang sudah mengetahui kewujudan tasik berwarna merah jambu ini. Tasik ini sangat unik disebabkan oleh warnanya yang sentiasa manjadi daya tarik para pelancong.

Untuk pengetahuan anda, tasik berwarna merah jambu ini bukan sahaja terdapat di Australia, alah terdapat juga di negara lain. Keluasan tasik dan kepekatan warnanya juga sangat berbeza dengan negara lain. Jom kita lihat keunikan tasik merah jambu dan dimana lokasinya selain di Australia๐Ÿ‘‡

โฉ1 Lake Hillier, Australia

Lake Hillier merupakan tasik merah jambu yang sangat terkenal di Australia. Ia terletak di Middle island dan warnanya kekal berwarna merah jambu. Walaupun anda mengambil airnya, ia akan kekal warna merah jambu. Kawasan tasik ini dilitupi dengan garam dan sampel air juga menunjukkan kandungan garam yang tinggi.

โฉ2 Lake Retba, Senegal

Kandungan garam di tasik ini adalah sekitar 40%, ini bermaksud ia hampir masin seperti Laut Mati. Ini bermakna anda boleh senang terapung di tasik ini, tetapi anda tidak boleh terlalu lama berada di dalam air kerana ia akan merosakkan kulit anda.

Jadi, untuk melakukan aktiviti mengumpulkan garam atau bekerja di perairan merah jambu, penduduk setempat akan menyapu sedikit minyak mentega pada kulit mereka untuk melindunginya. Warna merah jambu di tasik ini juga bergantung kepada jumlah cahaya matahari yang meneranginya.

โฉ3 Hutt Lagoon, Australia

Hutt Lagoon ini tidak seperti dua tasik diatas, ia berwarna pink disebabkan oleh warna alga yang ada didalam air ini. Itulah keunikan Hutt Lagoon ini.

โฉ4 Pink Lake(Spencer Lake), Australia

Tasik ini juga dikenali sebagai Spencer Lake, tetapi ia akan bertukar kepada warna merah jambu apabila campuran garam dan cahaya matahari yang betul berinteraksi dengan alga dalam tasik ini. Walau bagaimanapun, ia tetap kelihatan cantik kerana pasir di sekitar tasik ini juga turut berwarna merah jambu dalam pelbagai warna seperti pelangi pantai merah jambu atau merah yang unik yang tidak akan dapat dilihat di banyak tempat di seluruh dunia.

โฉ5 Salina de torrevijea, Sepanyol

Dahulu Torrevijea ini terkenal sebagai tempat perlombongan garam dan memancing yang selalu menjadi pilihan masyarakat sekitarnya disebabkan lokasi yang strategik iaitu di Laut Mediterranean. Tasik ini juga merupakan salah satu tasik merah jambu yang terbaik di dunia, walaupun kandungan garamnya tidak terlalu tinggi.

Kebanyakan bandar pula terletak di antara kedua-dua laut dan tasik yang telah memberikan iklim yang indah untuk Torrevijea dan menjadikan ia satu tempat yang indah dan sentiasa menjadi tumpuan pengunjung untuk lawat kawasan ini.

โฉ6 Dusty Rose Lake, Kanada

Tasik merah jambu ini difahamkan tidak mempunyai sebarang alga dan tidak ada kandungan garam yang menjadi salah satu faktor tasik berwarna merah jambu. Jadi, tiada sesiapa yang tahu mengapa tasik di Kanada ini kekal berwarna merah jambu. Namun, penemuan di British Columbia merupakan satu keajaiban yang menarik pengunjung setiap tahun, walaupun ia tasik yang paling sukar dilalui kerana lokasinya yang terpencil.

โฉ7 Masazir Lake, Azerbajian

Sudah pasti kandungan garam yang menyebabkan ia berwarna merah jambu. Untuk pengetahuan anda, penduduk tempatan disini telah mengkomersialkan secara meluas untuk menuai lebih daripada 1 bilion tan garam yang ada didalam air dan di sekelilingnya. Tambahan pula, terdapat banyak belerang di kawasan itu juga turut memberi bau busuk nan indah itu.

โฉ8 Quairading Pink Lake, Australia

Tasik ini sangat unik disebabkan adanya jalan yang melalui tengah-tengah tasik. Hakikat sebenar tasik ini menghasilkan dua warna merah jambu sepanjang tahun kerana jalan tengah yang melaluinya.

Dari apa yang kita telah baca dan lihat, rupanya kewujudan tasik merah jambu ini banyak terdapat di Australia kan? Sesungguhnya, Australia mempunyai banyak keunikan yang tersendiri selain merupakan salah satu benua terbesar di dunia.

Sumber: https://iluminasi.com/bm/keunikan-8-tasik-merah-jambu-yang-menjadi-tumpuan-para-pelancong-dari-seluruh-dunia.html


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *