Tren solekan serba cerah untuk 2021


Walau kita sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak bermakna kita harus melupakan solekan. Membuat kerja dari rumah juga tidak menghalang kita dari mengenakan mekap.

Jadi, apakah tren warna solekan 2021? Warna cerah dan nostalgia adalah dua tema utama yang diperkatakan untuk tahun ini.

Ada yang mengatakan tren “eyeliner” terinspirasi dari Christian Serratos dari tahun 60-an dan “smokey eyes violet” yang menawan ala Tessa Thompson akan menjadi pilihan.

Yang pasti, solekan tren 2021 harus dikuasai bagi mencetuskan sinar baharu dalam kehidupan sambil terus melawan virus korona. Maka kerana itulah tren serba cerah dikatakan menjadi pilihan.

Set of different brushes for professional makeup, a multifunctional set of professional makeup artist. Brushes for application, shading. For eyes and Foundation, still life on a pink background

Berikut adalah 5 tren solekan 2021 yang boleh menjadi inspirasi buat anda.

1. Gincu & lip stain

Benar, pemakaian gincu agak jarang sejak masing-masing wajib mengenakan pelitup muka.

Tahun ini, anda boleh saja menceriakan hari-hari anda dengan sapuan warna krim “matte” merah dengan ‘lip stain’ sebelum memakai pelitup muka.

Lip stain juga mempunyai banyak formula sebagai bahan pelembab, yang mencegah warna menempel pada garis bibir atau mengelupas.

2. Eyeliner

Eyeliner makin menjadi kegilaan dan ramai sudah mula kreatif menghias mata dengan garisan tajam ini.

Apatah lagi, apabila memakai pelitup muka, mata menjadi tumpuan dan tentunya garis mata atau eyeliner akan menyerlahkan lagi tenungan mata anda.

Tahun 2021, tema “cat eye klasik” atau “negatif space liner” yang diinspirasi dari tahun 60-an akan kembali.

3. Sentuhan kulit “dolphin”

Imbasan kulit ikan lumba-lumba yang basah, menjadi rujukan tema kulit lembap dan segar bercahaya pilihan 2021.

Jurusolek selebriti, Mary Phillips dikenali kerana sering memberikan sentuhan cahaya ilusif dalam solekannya.

Pilihan bedak asas yang menjadikan kulit nampak berembun dan sedikit basah akan menyerlahkan solekan sederhana dan semulajadi.

4. Pembayang mata

Jelas, 2021 akan bermain dengan warna-warna yang cerah dan berwarna-warni. Warna ungu adalah keseimbangan sempurna antara cerah dan halus.

Ia juga akan memberi sentuhan tak terduga pada “smokey eyes klasik”. Warnai seluruh kelopak mata dengan warna “smokey” dan sisir alis mata ke sudut luar. Calitkan “eyeliner” untuk menyerlahkan garis bulu mata.

5. Maskara berwarna-warni

Jika di tahun 1980-an, maskara berwarna-warni menjadi tren, kini 2021 ia kembali lagi. Bulu mata biru cerah sangat mudah diaplikasi dan kelihatan lebih menyegarkan.

Calitan sedikit boleh memukau tumpuan apatah lagi hanya mata yang kini menjadi fokus wajah apabila mulut dan hidung dilindungi pelitup muka.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *