TIPS TINGKATKAN KEYAKINAN UNTUK KEKALKAN POSITIF


Personaliti setiap orang adalah berbeza. Masing-masing mempunyai personaliti yang tersendiri. Kadang-kadang bila melihat perwatakan seseorang nampak macam berani, tapi rupanya bila bercakap dihadapan khalayak ramai terketar-ketar dibuatnya. Adakah anda jenis yang macam ini?

Kalau anda nak tahu, keyakinan ini berkait rapat dengan kejayaan sesorang. Kalau tidak yakin, bagaimana mahu berjaya? Betul tak! Jadi apa kata ikut tips dibawah ini untuk menambahkan keyakinan diri. Jadi, lepas ini anda akan lebih YAKIN walau dimana anda berada sekalipun.

#1 Latih Minda Untuk Lebih Positif

Andai kata anda berasa tidak yakin untuk berhadapan dengan sesuatu situasi, jadi anda perlu set dalam minda masing-masing bahawa anda boleh lakukannya. Jangan fikir negatif dan jangan menyerah kalah terlebih dahulu dan jangan sesekali anda sebut perkataan ‘TIDAK BOLEH’. Kalau anda gagal, tak mengapa.. Teruskan usaha dan jangan pernah sesekali menyerah kalah.

Contohnya, watak Leftenan Zana lakonan Janna Nick yang digambarkan tidak pernah menyerah walaupun cita-citanya dihalang.

Selain itu, and juga haruslah berkawan dengan orang yang sentiasa positif agar persekitaran anda juga positif.

#2 Buang Perasaan Risau Dalam Diri

Jika anda sering berasa risau akan kekurangan diri, buanglah perasaan itu jauh-jauh! Letakkan 100% keyakinan pada diri dalam apa jua situasi dan jangan pernah berasa takut. Paling penting sekali, pedulikan kata-kata negatif orang lain. Biarkan semua mulut orang itu.

Sepertimana pelakon Syafiq kyle yang dahulunya banyak kontroversi menimpa dirinya. Namun, dia tetap positif and meneruskan karya seninya.

#3 Ubah Penampilan

Point ini nampak macam simple kan? Tapi, sebenarnya penampilan diri sangat penting untuk kekalkan keyakinan diri. Penampilan diri juga dikatakan sangat penting kerana ia juga melambangkan personaliti diri. Mungkin ada dalam kalangan korang yang rasa rendah diri kerana tidak mempunyai personaliti yang menarik.

Jadi, korang perlu mengubahnya! Pastikan korang sentiasa memakai pakaian yang kemas dan bersih. Semburlah sikit minyak wangi, barulah confident!

#4 Jangan Terlalu Merendah Diri

Kalau sebelum ini anda selalu fikir orang lain hebat, sekarang tolong ubah fikiran ini. Tidak perlu membandingkan diri kitab dengan orang lain. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Jadi, tak perlu sibuk hal orang lain sebab diri kita lebih penting.

Percayalah bahawa diri anda sama hebat seperti orang lain, jangan biarkan perasaan rendah diri itu lemahkan fikiran kita. Bila tengok orang lain hensem macam Remy Ishak dan cantik macam Mira Filzah, mesti korang rasa ‘buruknya aku’. Tapi, percayalah sebenarnya korang cantik dan kacak tapi dari sisi yang lain. So, jadi diri sendiri!

Sumber: https://ohbulan.com/selalu-tak-confident-dengan-diri-sendiri-ini-tips-tingkatkan-keyakinan-untuk-kekal-positif


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *