Tips PENJAGAAN RAMBUT


Seorang wanita…berambut panjang, halus, lebat dan ikal mayang…Cantiknyaaa rambut dia!!! Geramnya, kenapa rambut aku ni asyik bermasalah je. Huhuhuhuhu

Tak apa aku yakin ada penyelesaiannya. Chayokkkk!

TIP penjagaan rambut. Mesti kalau korang search or tengok dekat Tik Tok. Dorang akan bagi tahu kena pakai hair mask lah ape lah kan. Banyak pula benda nak kene pakai dekat rambut, tapi tetap sama je kan?. Tak apa in shaa Allah ada jalan penyelesaiannya. Jom baca:

1. Jangan membasuh rambut dengan kerap.

Mengikut pakar rambut, mereka akan suruh korang untuk jangan shampu rambut dengan kerap. Ini kerana ia akan menyebabkan kulit kepala mengeluarkan minyak yang banyak kerana minyak semulajadi sudah dibersihkan daripada kulit kepala. Shampu la rambut time petang or malam untuk lebih penyerapan zat kepada kulit kepala.

  • Kulit berminyak/rambut halus: 2 hari sekali (tapi kena setiap hari basuh dengan air)
  • Rambut tebal/kasar/kerinting: 2/3 hari sekali (kena cuci rambut tiap2 hari juga dengan air)

2. Guna syampu dengan amaun yang betul.

1/4 daripada tapak tangan sudah memadai. Cukup untuk rambut anda. Syampu fokuskan dekat area kulit kepala.

3. Urut kulit kepala perlahan-lahan.

Urut kulit kepala anda time syampu rambut tu dalam gerakan membulat. Buihkan dulu syampu tu di atas tapak tangan sebelum gosokkan pada rambut. Gosok selama 20 saat dan alirkan syampu hingga ke hujung rambut.

4. Pakai ‘conditioner’ hanya pada hujung rambut.

Pakai dan tunggu selama 5-7 minit. Amaunnya untuk rambut pendek (1 sudu kecil), rambut panjang (1/2 sudu besar).

5. Bilas rambut sehingga bersih.

6. Aktifkan peredaran pada akar.

Semasa masih lagi berada di dalam bilik mandi, gunakan sikat untuk meleraikan kekusutan rambut secara perlahan-lahan

Note: Lakukan dari hujung rambut ke bahagian tengah rambut. Dari bawah ke atas, bukan dari atas ke bawah pula ya.

Sumber: https://www.sunsilk.com.my/bh/stories/Cara-membasuh-rambut-dengan-betul.html


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
1
love
lol lol
0
lol
omg omg
1
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *