Tips Penjagaan Kecantikan Wanita


Kecantikan merupakan antara aset atau perkara yang perlu diambil berat oleh setiap wanita. Penjagaan kecantikan wanita ini sangat perlu dititikberati bagi semua golongan, terutamanya ketika anda sedang meningkat dewasa. Siapa lagi yang menjaga kecantikan kita, kalau bukan diri sendiri.

Justeru itu, setiap tips yang diberi, jika inya sesuai untuk anda, ambillah sebagai rujukan. Kecantikan dan wanita itu tidak dapat dipisahkan. Bagaimana kulit wajah anda, disitulah kita dapat tahu bagaimana seseorang wanita menjaga kecantikannya sendiri.

Jadi disini, ada beberapa tips yang mungkin boleh di ambil untuk mengaplikasikan kepada kulit wajah bagi setiap wanita di luar sana. Kepada lelaki juga, sepatutnya tips ini ambil hal dan sampaikanlah kepada wanita yang anda sayangi diluar sana. Tips penjagaan kecantikan wanita ini telah dikongsikan di akaun twitter milik MoreanaBeauty


Tips Penjagaan Kecantikan Wanita

#1 – Jangan Skip Sunscreen
Mamie McDonald iaitu seorang pakar alat solek yang pernah bekerja untuk Madonna berkata semua usaha kecantikan yang lain akan sia-sia sahaja kalau anda mengabaikan amalan ini.

#2 – Jangan Terlalu Keringkan Kulit Jika Terdapat KeradanganKebanyakkan krim jerawat mengandungi benzoyl peroksida yang mengeringkan kulit. Dr. Harold Lancer mengesyorkan atau mencadangkan menggunakan produk yang mengandungi asid salisilik atau asid laktik untuk wajah mengelupas.

#3 – Jangan Lupa Juga Untuk Menjaga Kulit Leher
Bahagian leher anda boleh menunjukkan umur seseorang wanita. Sebab itu sangat penting untuk menjaga kulit di bahagian leher. Kulit di leher sangat nipis dan juga perlu penjagaan teliti sama seperti kulit pada muka.

#4 – Gunakan Ais Pada Kulit Anda
Kenapa kene guna ais? Pakar Dermatologi, Santa Monica Dr. Ava Shamban menyarankan supaya anda menggosok wajah dengan kiub ais untuk beberapa saat. Amalan ini akan merangsang peredaran darah, dan menyebabkan kulit nampak cerah dan berseri.

#5 – Simpan Semua Produk Kecantikan Ditempat Yang Betul
Jangan simpan produk di bilik mandi.  Ini kerana udara panas dan lembap dalam bilik mandi akan memendekkan hayat simpanan produk-produk ini. Krim muka dan produk lain yang jarang digunakan haruslah disimpan di dalam peti sejuk

#6 – Pastikan Kesemua Barang Yang Menyentuh Bahagian Muka Anda Bersih
Setiap barang yang mungkin menyentuh muka anda tidak kira bila perlu berada dalam keadaan bersih. Tukar sarung bantal anda seminggu sekali dan tukar sarung bantal anda 3 hari sekali jika kulit anda jenis yang berminyak. 
Selain itu, telefon bimbit anda juga selalu menyentuk wajah anda. Jangan lupa untuk selalu lap cermin telefon bimbit.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Hidayah Razak

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *