Tips Memilih Cermin Mata Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka


Setuju atau tidak Nak memiliki cermin mata yang sesuai mengikut bentuk muka ini sangat rumit lebih-lebih lagi para wanita yang sememangnya agak cerewet. kan.. Lagi-lagi buat para pemakai cermin mata tak kira rabun jauh atau dekat.

Tapi, zaman sekarang ini cermin mata bukan sahaja menjadi pendamping setia buat si rabun, malah ia juga dipakai sebagai fesyen oleh sesiapa sahaja yang berminat.

Jadi, tidak hairanlah mengapa ramai bakal pengguna cermin mata ini mencari tips yang sesuai untuk bentuk muka mereka.

Untuk kelihatan cantik, bentuk cermin mata ni tidak boleh pilih sebarangan dan ia tidak seperti memilih kasut. Perkara yang paling penting dalam pemilihan bentuk cermin mata adalah raut wajah masing-masing.

KATEGORI BENTUK MUKA MANUSIA DAN BENTUK CERMIN YANG SESUAI

  1. Bentuk muka bulat

Tip yang pertama untuk mereka yang muka berbentuk bulat. Biasanya bentuk muka ini mempunyai pipi ynag “cubby”. Cermin mata yang sesuai bagi mereka yang berbentuk bulat ialah bingkai yang berbentuk bersegi panjang dengan sudut yang tajam. Bingkai berbentuk ini dapat memberi gambaran seolah wajah anda lebih tirus dan runcing.

Sila elakkan dari memakai bingkai yang berbentuk bulat atau bujur kerana ia tidak sesuai dan anda juga akan berasa tidak selesa.

2. Bentuk muka petak/ segi empat

Bagi mereka yang berwajah ini, bentuk bingkai cermin mata yang sesuai ialah berbentuk bulat atau bujur dengan tepi melengkung atau bersegi panjang. Cermin mata bulat atau bujur ini akan membuat anda kelihatan lebih cantik dan anda akan kelihatan lebih muda.

3. Bentuk muka seperti hati

Buat mereka yang berbentuk begini lebih sesuai memilih bingkai seperti catcyes iaitu bingkainya lebar di bahagian atas dan kecil sedikit di bahagian bawah dan berdiameter tebal.

4. Bentuk muka bujur

Mereka yang berwajah bujur atau ‘oval’ ini sangat bertuah kerana mereka boleh memilih apa sahaja jenis bentuk bingkai dan tidak lagi perlu pening kepala nak pilih bingkai bentuk apa. Wah! sungguh bertuah!

5. Muka bentuk segi tiga

Yang terakhir adalah mereka yang berbentuk segi tiga. Anda juga boleh bergaya dengan memakai cermin mata. Cadangan bagi mereka yang beraut wajah segitiga adalah bingkai berbentuk oval. Ia akan membuat anda kelihatan cantik dan nampak lebih muda dari usia.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Sumber: https://www.khalifahmedia.bbn.my/2020/02/19/cermin-mata/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *