Tip bersihkan mesin basuh baju elak sebar Covid-19 dalam kalangan keluarga


Bosan duduk di rumah tanpa sebarang aktiviti?

Inilah masanya untuk anda melakukan proses pembersihan rumah secara menyeluruh!

Antaranya membersihkan mesin basuh anda yang sudah lama tidak dibersihkan.

Maklumlah, pulang sahaja dari membeli barang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, anda perlu terus membasuh baju tersebut, jadi lebih elok sekiranya kita membersihkan juga mesin basuh secara berkala.

Pembersihan rapi mesin basuh, elak virus!

Memandangkan sekarang ini musim wabak Covid-19, disarankan untuk kita buat pembersihan rapi sekerap yang boleh.

Setiap mesin basuh mempunyai feature yang berbeza jadi disini ditunjuk 3 kaedah “tub cleaning” yang boleh dilakukan untuk buat pembersihan rapi mesin basuh di rumah masing-masing.

Ikuti perkongsian seorang pengguna media sosial.

1. Kebiasaannya, kita perlu buat pembersihan rapi maksimum sebulan sekali. Tapi musim virus ini sangat digalakkan untuk kita buat selepas setiap kali cucian.

2. Untuk buat deep cleaning, buat di kedua-dua bahagian iaitu dalaman dan luaran.

Bersihkan dalaman dulu baru bahagian luaran mesin basuh.

  • Sebelum buat tub cleaning, bersihkan lint trap dulu. Kalau lint trap penuh dengan kekotoran jadi ia perlu dibersihkan terlebih dahulu agar ia dapat memerangkap kekotoran tertinggal di bahagian tub.
  • Setiap mesin basuh ada “lint trap built in” di dalamnya. Kalau lint trap rosak boleh guna lint trap yang jenis floating untuk bantu perangkap kekotoran.
  • Bersihkan lint trap kerana ia dapat memerangkap kekotoran tertinggal di bahagian tub. (Gambar Facebook)
  • Kalau selepas buat tub cleaning masih ada sisa kotoran di tub, boleh bersihkan kotoran secara manual dulu. Kutip mana yang boleh, boleh guna penyapu atau penyodok mini atau guna vakum cleaner. Pilih mana yang mudah.
  • Untuk buat pembersihan rapi mesin basuh tidak semestinya kena guna pencuci tub yang khas. Boleh juga guna pencuci khas yang dijual di mana-mana kedai.
  • Menggunakan pencuci khas untuk membersihkan mesin basuh. (Gambar Facebook)Selain itu boleh guna peluntur seperti Clorox, guna antiseptic seperti Dettol atau cuka. Bergantung kepada tujuan kita buat tub cleaning. Untuk peluntur atau antiseptic, ikut arahan pada botol masing-masing. Kalau nak hilangkan bau hapak dalam mesin basuh, boleh guna bancuhan cuka 1 cawan kecil memadai.
  • Sempena musim Covid-19 ini, disarankan kita buat pembersihan sekerap mungkin iaitu setiap kali selepas cucian. Memandangkan virus ini boleh dihapuskan hanya menggunakan sabun, guna sabun apa-apa pun memadai.

Selepas selesai buat tub cleaning, bersihkan bahagian sekeliling tub. Termasuklah di tebing tub dan tempat letak detergent atau softener ini.

Boleh juga menggunakan spray Clorox kerana peluntur macam ini berkesan jika ada kesan kulat atau tahi lalat pada tebing tub.

3. Untuk pembersihan bahagian luaran, kalau bahagian luaran buat dari tampered glass, boleh guna pembersih cermin atau tingkap.

4. Untuk bahagian badan mesin basuh, elakkan guna pencuci mengandungi “harsh chemical”, “bleach” atau “solvent”.

5. Ada 3 kaedah tub cleaning yang boleh dibuat iaitu :

Guna setting “tub clean”

Pilih menu tub cleaning untuk meisn basuh yang automatik. (Gambar Facebook)

1. Power > add (Tub Clean) > water level (high) = 69 min
2. Masukkan pencuci pilihan.
3. Biarkan run sampai habis.
4. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vacuum cleaner).
5. Basuh persekitaran tub juga (tepi tub dan detergent dispenser)
6. Bilas = Power > Program (Quick Wash) > Water Level (Extra Low) = 24 min

Jumlah masa = 93 min

Guna setting soak

Pilih menu ‘soak’ jika tiada pilihan ‘tub cleaning’ untuk meisn basuh yang automatik. (Gambar Facebook)

1. Power > Program (Soak) > water level (high)> START = 30 min
2. Masukkan pencuci pilihan
3. Lepas dia soak 30 minit. Dia akan automatic run cycle wash-rinse-spin selama 60 minit.
4. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vacuum cleaner).
5. Basuh persekitaran tub juga (tepi tub dan detergent dispenser)
6. Bilas = Power > Program (Quick Wash) > Water Level (Extra Low) = 24 min

*masa tempoh soak ini, jangan cemas bila tub mesin basuh itu tidak bergerak, dia memang akan “pause” sekejap.

Jumlah masa = 114 min

Secara manual

Pilih menu ‘normal wash’ untuk meisn basuh yang separa automatik. (Gambar Facebook)

1. Power > Program (wash only) > start * semasa proses ini dia akan berpusing macam biasa masa kita cuci kain. = 20 min
2. Masukkan pencuci pilihan.
3. Lepas 20 min, Off Power.
4. Biarkan 30 minit = guna timer.
5. Selepas 30 minit, buang air dalam tub

Power> program (rinse) >start. Biarkan penutup mesin terbuka. Lepas dia buang air kotoran, mesin basuh akan berbunyi, suruh tutup penutup untuk spin. Tak perlu spin. Power off terus. Rinse = 5 min

6. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner).

7. Basuh persekitaran tub juga (tepi tub dan detergent dispenser)

8. Bilas = Power > Program (Quick Wash) > Water Level (Extra Low) = 24 min

Jumlah masa = 69 min

*untuk mesin basuh “semi auto” boleh guna kaedah ini.

Akhir sekali selepas selesai semua tub cleaning, bilas semula lint trap untuk pastikan kita mula sesi cucian pakaian seterusnya dengan lint trap yang bersih dan kosong.

Semoga bermanfaat!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *