Tidur sempurna tanpa gangguan


Tubuh manusia memerlukan rehat dan tidur waktu malam yang mencukupi. Namun, ada individu yang tidak dapat tidur dengan sempurna dan sering terganggu. Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku dan bagaimana untuk mengelakkannya daripada berulang?

Tahukah anda, waktu tidur yang diperolehi akan mempengaruhi kesihatan tubuh bermula dari berat badan, metabolisma sehingga fungsi dan mood diri anda.

Berapa jam sehari perlu tidur?

Sebenarnya, saranan pakar untuk manusia tidur 8 jam sehari hanyalah sekadar panduan semata-mata dan tidak semestinya ia perlu begitu tepat. Waktu tidur yang diperlukan oleh kita semua adalah berbeza serta bergantung kepada individu dan ia seringkali berpandukan kepada usia.

Menurut kajian yang dijalankan oleh “American Academy of Pediatrics (AAOP)” dan “Centers for Disease Control and Prevention (CDC)”,

Ini adalah garis panduan tempoh tidur yang dicadangan mengikut umur anda,

  • Bayi baru lahir – usia 3 bulan: 14 hingga 17 jam
  • 4 – 11 bulan: 12 hingga 16 jam
  • 1 – 2 tahun: 11 hingga 14 jam
  • 3 – 5 tahun: 10 hingga 13 jam
  • 6 – 12 tahun: 9 hingga 12 jam
  • 13 – 18 tahun: 8 hingga 10 jam
  • 18 – 64 tahun: 7 hingga 9 jam
  • 65 tahun ke atas: 7 hingga 8 jam

Apa punca tidur terganggu?

Kekurangan tidur waktu malam adalah perkara yang biasa bagi sesetengah orang terutama ketika sedang menghadapi tekanan pekerjaan atau kehidupan. Tidur yang terlalu sedikit dan tidak mencukupi boleh mempengaruhi banyak sistem dan fungsi pemulihan di dalam tubuh.

Antara punca-punca tidur terganggu:

  • Insomnia
  • Apnea tidur
  • Penyakit kronik

Kesan tidak mendapat tidur yang cukup termasuklah:

  • Kondisi kulit terjejas
  • Selera makan meningkat
  • Lebih mudah marah atau murung
  • Hidup kurang produktif
  • Sukar untuk fokus
  • mengantuk pada siang hari

Tidur dan kesihatan mental adalah sangat berkait rapat kerana gangguan waktu tidur boleh menyumbang kepada masalah kemurungan dan kegelisahan.

Dalam erti kata yang lebih mudah, tidur adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam kesihatan tubuh kita secara keseluruhan.

Tidur waktu malam tanpa sebarang gangguan

Mereka yang sering terjaga pada waktu malam mungkin disebabkan 3 perkara iaitu insomnia, apnea tidur atau penyakit kronik. Fenomena terjaga pada waktu malam ini adalah suatu yang biasa berlaku di kalangan kita semua.

Namun, jika ia berlarutan, anda berkemungkinan akan menyebabkan stres, migrain serta tubuh tidak mampu berfungsi dengan baik. Jadi bagaimana untuk menguruskan masalah ini? Ada beberapa tip yang boleh cuba diamalkan:

  • Elakkan tidur pada waktu pagi, tengah hari atau petang agar lebih mudah berasa mengantuk pada waktu malam kelak.
  • Hadkan pengambilan alkohol, kafein, dan nikotin pada waktu petang kerana bahan-bahan ini berpotensi untuk menjejaskan tidur atau menyukarkan tidur.
  • Matikan alatan elektronik sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur kerana cahaya daripada alatan ini dapat merangsang otak anda untuk menjadi lebih segar.
  • Jauhkan jam daripada pandangan mata anda kerana ia boleh mengakibatkan stres lantas membuat anda lebih sukar untuk tidur kembali selepas terjaga.
  • Biasakan rutin yang santai sebelum tidur seperti mandi air hangat atau mendengar muzik yang menenangkan.
  • Matikan lampu sejurus sebelum tidur untuk membantu otak anda memahami bahawa sudah waktunya untuk tidur.

Dalam beberapa kes, fenomena ini mungkin didasari oleh kondisi kesihatan lain dan perlu dirawat terlebih dahulu sebelum mampu untuk tidur waktu malam.

Oleh itu, berjumpalah dengan doktor dan berbincang dengan mereka tentang keadaan diri anda untuk mendapatkan penyelesaiannya.

Ia penting, jangan abaikan

Konklusinya, tidur waktu malam itu adalah sesuatu yang sangat penting dan jangan sesekali abaikannya walaupun anda begitu sibuk dalam kehidupan seharian.

Tanpa tidur yang sempurna, tubuh tidak akan mendapat rehat yang secukupnya lantas membuat anda bangun dengan badan yang lemah dan lesu.

Jadi, tidurlah mengikut kerperluan badan anda supaya dengan tidur ini anda kan kembali cergas pada waktu pagi untuk melakukan aktiviti seharian anda


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *