Tiada Orang Bodoh, Yang Ada Hanya Malas Berusaha


Hai semua pembaca blog akakgojes.com terima kasih mengikuti info-info bermanfaat untuk para wanita di komuniti akak gojes ini.

Topik kali ini cukup hangat dan sensitif melibatkan sikap yang ada pada semua orang. Tapi sila baca hingga habis ya untuk ketahui topik ini secara menyeluruh.

Semua orang yang telah dijadikan Allah adalah bijak dari sudut masing-masing. Kesemua orang adalah pandai dan hebat berbakat dalam potensi diri masing-masing. Tapi, kebanyakkan mereka tidak tahu dan tidak kenali diri dan serlahkan diri tersebut. Yang hanya mereka lakukan adalah tiru dan ingin menjadi orang lain.

Lebih malang lagi adalah MALAS. Malas itu, malas ini, serba serbi malas. Kejayaan diri tidak akan hadir pada orang yang malas. Dan guru saya pernah berpesan, ada satu dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah, sehinggalah pelakunya, mula berusaha! Dosa itu adalah, dosa MALAS. Jadi sejak itu, saya mula waspada diri pada sikap “M” ni..

Berbalik pada topik utama kita, bodoh itu cuma perkataan yang boleh kita letakkan pada diri seseorang yang malas berusaha. Dia tidak mahu bangunkan diri sendiri dan membazirkan nikmat pinjaman NYAWA yang diberikan. Masa terus beredar tanpa tunggu pada orang yang bodoh ini.

20 tahun berlalu, 30 tahun berlalu, 40 tahun berlalu, 50 tahun umur berlalu.. Sedar-sedar, kudrat diri sudah kian melemah, masa dan nyawa dibazirkan begitu sahaja tiru-tiru orang, dan tidak menjadi diri sendiri. Kemahuan diri tidak dipenuhi, hanya mengikut kemahuan orang lain sahaja. Jangan begitu! Mulai saat dan ketika ini, kenali minat diri, fahami potensi diri yang ada. Mula berusaha.

Takdir yang baik hanya hadir pada, Tadbir yang baik. Tadbir yang dimaksudkan adalah usaha, kerja, disiplin, kesungguhan, dan perbaiki diri. Dengan ini, akan hadirlah takdir yang baik-baik dari Allah SWT yang Maha Penyayang.

Kebijaksanaan akan dijelaskan melalui akhlak dan tindakan. Utamakan pelaburan masa untuk diri sendiri, seperti banyakkan membaca, berdoa pada Allah, membantu insan yang disekeliling kita. Sedaya mungkin. Selebihnya berserah dan bertawakkal pada Allah.

Ingat, Tiada orang yang bodoh. Yang ada hanya Orang yang malas!

Sekian, salam ramadhan 2021 buat semua.

Jumpa lagi di perkongsian akan datang.

Ikhlas,

Admin akakgojes.com 8may2021

psst: Sila klik butang share dibawah supaya lebih ramai rakan anda membacanya.

Jika post ini banyak share (1000x share), saya akan kongsikan topik dibawah pula..

  1. Bagaimana handak berjaya tahu potensi dan minat diri supaya tak tiru-tiru orang.
  2. Bagaimana tangani tekanan kewangan, hutang, diri dan tempat kerja dengan pantas
  3. Bagaimana mempercepatkan kejayaan diri dan bebas kewangan untuk lebih banyak masa dengan keluarga tercinta

Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Filza

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *