Tembikai, sedap dimakan tapi selalu silap memilih


Ramai yang suka makan tembikai, tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Tembikai memang sedap dimakan terutama sewaktu cuaca panas malah ia juga kaya dengan pelbagai khasiat.

Tembikai adalah antara buah yang mempunyai banyak air dan ia adalah pilihan terbaik untuk menghidratkan badan. Malah, tembikai juga kaya dengan serat yang baik untuk kesihatan dan penghadaman. Vitamin A dalam tembikai juga baik untuk kulit.

Namun, ramai yang tidak tahu cara memilih buah tembikai yang segar dan manis. Sering kali tersalah pilih dan mengakibatkan rasa kecewa apabila tembikai yang dibeli tawar dan kurang segar.

Sebenarnya ada cara untuk memilih tembikai yang manis dengan kualiti yang baik. Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda cuba.

1. Bukan saiz tetapi berat

Semasa memilih jangan melihat pada saiz kerana ukuran tidak mempengaruhi rasa. Tetapi lihat pada beratnya. Hindari tembikai yang ringan.

Pastikan apabila diangkat, tembikai tersebut terasa berat. Ini menandakan tembikai itu berair dan segar.

2. Dengarkan gemanya

Ketuk perlahan bahagian bawah semangka. Buah yang matang mempunyai bunyi gema yang dalam atau berat dan terasa penuh. Ini bermaksud, tembikai tersebut telah matang dan penuh dengan air yang manis.

Tembikai yang terlalu nyaring dan terasa ringan bermaksud ia belum masak sepenuhnya.

3. Bentuk buahnya

Jika anda perasan, tembikai ada dua bentuk iaitu lonjong dan bulat. Tembikai yang berbentuk lonjong selalunya agak berair dan mempunyai banyak biji.

Tetapi yang berbentuk bulat, kurang biji dan rasanya lebih manis.

4. Corak garis

Selalunya perkara pertama yang kita lihat pada tembikai adalah corak garisan pada permukaan kulitnya. Untuk mendapatkan tembikai manis dan segar, pastikan corak garisan tersebut cantik, lurus dan kemas.

Corak tidak tersusun dan nampak berserabut berkemungkinan kurang manis.

5. Tekstur

Cuba rasa permukaan kulitnya, jika licin bermakna tembikai tersebut sudah masak dan matang. Jika tekstur permukaannya kasar, menunjukkan ia belum masak sepenuhnya.

6. Lihat rona warna kuning

Warna kuning pada bahagian kulit bukan bermakna ia telah rosak tetapi tembikai yang mempunyai warna kuning seakan oren menunjukkan ia telah matang.

Warna tersebut muncul kerana tembikai mempunyai waktu yang panjang untuk masak dan telah berada lama di tanah.

7. Lihat warna tangkai

Jika tangkai tembikai masih hijau dan segar bermaksud ia belum cukup masak. Pilih tangkai yang agak kuning, kering dan kecut yang menandakan ia sudah matang.

8. Perhatikan ‘jaringan lebah’

Selalunya apabila melihat tembikai, anda pasti perasan terdapat tompok-tompok gelap pada permukaan kulit. Ia dipanggil jaringan lebah kerana lebih banyak tompok gelap tersebut, lebih banyak lebah yang hinggap padanya kerana buahnya yang manis.

Jadi sekarang, jangan pilih buah yang kulitnya cantik tetapi yang bertombok gelap itulah yang manis dan banyak air.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *