Tak perlu beli, tanam saja di rumah


Aktiviti bertani atau menanam pokok boleh sahaja dilakukan di mana-mana sahaja. Ia boleh dijalankan dengan skala kecil mahupun besar.

Musim musim pkp ni tak ada apa nak buat, aktiviti bertani amat sesuai diamalkan sambil mengisi masa dan boleh dimanafaatkan dengan hasilnya.

Jika tiada ruang, boleh sahaja bertani di dalam pasu. Bukan sahaja menjimatkan tetapi mudah dan cepat untuk mendapat hasil.

Berikut adalah 5 jenis sayuran yang mudah ditanam di dalam pasu:

1.Cili padi

Cili padi ini memang antara bahan wajib ada di dalam peti. Kalau tiada cili, memang tidak sah. Jadi, apa kata anda tanam sendiri di rumah.

Caranya:

Anda hanya perlu potong cili padi dan ambil bijinya. Sediakan pasu berisi tanah dan masukkan biji cili tadi. Jangan lupa, siram dua kali sehari. Bila dah nampak anak pokok cili mula bercambah, boleh alihkan ke pasu yang lebih besar.

2. Daun bawang

Kepada yang minat dengan daun bawang, boleh juga tanam di rumah. Jika terlalu lama disimpan di dalam peti sejuk, ia akan menjadi lembik dan tidak boleh dimakan lagi. Tanam sendiri dan anda boleh makan yang segar.

Caranya:

Sediakan sebiji bawang merah. Potongkan dulu bahagian atas bawang merah untuk cepatkan percambahan. Tanam bahagian akarnya di dalam pasu yang bertanah. Pastikan anda siram sekali sehari dan pokok mendapat cahaya matahari. Dalam 3 minggu ia akan mula membesar dan sudah boleh dimakan.

3. Daun pudina

Daun pudina kalau dimasukkan dalam minuman lemon dan ais, pasti menyegarkan. Diminum pula pada musim panas. Jom, tanam saja di rumah.

Caranya:

Beli keratan batang daun pudina dan buang daun yang ada di bahagian bawah. Kemudian terus cucuk ke dalam pasu berisi tanah dan letakkan di tempat redup. Pastikan anda spray air untuk melembapkan tanah.

4. Bayam Brazil

Bayam Brazil memang popular sekarang ini. Ada yang buat ulam, ada yang goreng jadi ala kerepek dan ada juga yang masak sebagai lauk.

Antara khasiat yang terkandung dalam Bayam Brazil ni adalah boleh mengekalkan kesihatan mata, menguatkan tulang dan salah satu sumber Vitamin K yang sangat bagus. Daunnya cepat membesar dan sangat senang untuk ditanam.

Caranya:

Potong keratan batang pokok Bayam Brazil yang mempunyai pucuk berwarna hijau dan segar dalam 5-12cm. Buang daun di bahagian bawah. Sediakan tanah di dalam pasu, botol plastik, atau bekas kitar semula lain.

Bila dah cucuk separuh dari keratan ke dalam medium yang anda pilih, siram dan pastikan ia tak terdedah kepada cahaya matahari terus pada awal penanaman.

Dalam 4-7 hari, anda akan mula nampak Bayam Brazil mengeluarkan pucuk dan daun baru. Bila daun dah mula merimbun, selalunya dalam beberapa minggu selepas ditanam, anda boleh mula mengutip hasilnya.

Kalau tak nak ulat datang mengacau tanaman anda, boleh semburkan dengan air rebusan bunga cengkih. Bebas kimia, dan gerenti daun Bayam Brazil akan menjadi segar bugar.

5. Kangkung

Menaman kangkung ni rupanya sangat mudah dan ia cepat membesar. Ia juga antara sayur kegemaran ramai. Tanam saja di rumah, anda boleh petik dan basuh bersih-bersih dan terus masuk ke dalam kuali.

Caranya:

Paling mudah ialah dengan menggunakan besen dan raga atau bekas berlubang-lubang kecil. Letakkan besen di bahagian bawah dan raga di atasnya sebelum anda taburkan biji benih kangkung.

Kalau lubangnya besar, anda boleh letakkan kapas supaya benih tak terjatuh melalui lubang tersebut. Isikan air dalam besen dan pastikan paras air cecah raga saja.

Jangan sampai benih terendam dan tenggelam pula. Kemudian, tutupkan dengan kain gelap untuk beberapa hari sehingga akar dan pucuk kangkung mula keluar.

Bila dah ada daun, bolehlah letakkan pokok kangkung pada cahaya matahari tapi kena pastikan paras air kena pada akar pokok. Selepas 3-4 minggu, kangkung anda sudah sedia untuk dituai dan dimasak.

Bolehlah kita buat makan pada musim pkp ini sambil kita menjimatkan kos kita berbelanja barang tersebut disamping mengisi masa lapang yang ada dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *