Tak Guna Bersenam Setiap Hari Jika Anda Duduk Lebih 10 Jam Sehari!


Semua orang tahu akan kebaikan bersenam terhadap kesihatan. Oleh itu, ramai orang yang mempunyai kerja yang tidak aktif akan cuba bersenam sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Tetapi, tahukah anda, walaupun anda bersenam 30 minit setiap hari, anda masih berisiko untuk menghidap penyakit kardiovaskular?

Perkara di atas boleh berlaku kepada individu yang mempunyai hidup ataupun kerja sedentari. Untuk pengetahuan anda, kerja yang tidak aktif boleh ‘membatalkan’ kebaikan bersenam terhadap kesihatan anda!

Apa itu gaya hidup tidak aktif atau sedentary lifestyle?

Cuba anda perhatikan aktiviti seharian anda. Adakah anda perlu duduk bekerja di depan komputer atau duduk di dalam kereta sepanjang hari?

Jika jawapan anda adalah ya, maka anda merupakan salah seorang antara 85% rakyat di dunia yang mempunyai kerja yang tidak aktif ataupun sedentary jobs.

Menurut American Heart Association, bilangan pekerja yang mempunyai desk job atau menghabiskan masa dengan duduk sepanjang hari kian bertambah tahun demi tahun.

Sebuah kajian telah membuktikan bahawa individu yang mempunyai pekerjaan sedentari akan mengalami masalah kesihatan walaupun individu tersebut bersenam selama 60 minit setiap minggu!

Tapi, mengapa keadaan ini berlaku? Bukankah senaman merupakan satu aktiviti yang menyihatkan?

Untuk pengetahuan anda, kenyataan di atas adalah benar. Senaman merupakan aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan.

Tetapi, kepada individu yang duduk sepanjang hari, senaman mungkin tidak dapat membantu anda untuk menjadi lebih sihat.

Menurut Michael Blaha, senaman yang sedikit tidak dapat membantu kesihatan individu yang tidak aktif sepanjang hari. Individu yang tidak aktif perlukan aktiviti dan senaman lebih untuk kekal sihat.

Lelaki dan perempuan sama sahaja

Sebuah kajian telah dijalankan di Finland ke atas 27 orang lelaki dan wanita selama dua hari.

Pada hari yang pertama, mereka diarahkan untuk melakukan aktiviti fizikal selama 30 minit, manakala pada hari kedua pula mereka tidak melakukan apa-apa aktiviti dan bekerja seperti biasa.

Melalui kajian tersebut, para pengkaji mendapati kedua-dua lelaki dan wanita yang terlibat mempunyai kadar penggunaan tenaga yang meningkat setelah melakukan aktiviti selama 30 minit.

Namun, aktiviti yang mereka lakukan tidak mengurangkan kadar ketidakaktifan otot. Ini bermaksud, walaupun mereka bersenam,otot mereka tidak lagi menjadi aktif and kuat semula

Tambah lagi, terdapat sebuah kajian yang dilakukan oleh para penyelidik di University of Copenhagen yang menyokong kenyataan di atas.

Eksperimen yang mereka lakukan mendapati bahawa individu yang kerap bersenam akan kehilangan kekuatan otot jika mereka secara tiba-tiba menjadi sangat tidak aktif.

Menurut mereka, perubahan ini hanya perlukan masa selama 2 minggu.

Kedua-dua kajian ini membuktikan bahawa tempoh masa yang tidak aktif akan membuatkan kekuatan otot mereka merosot

Walaupun peserta di dalam kajian di atas melakukan senaman, otot mereka tidak kembali pulih disebabkan masa duduk yang terlampau lama melebihi 10 jam.  

Kebaikan bersenam tidak dirasai jika tidak aktif semasa bekerja

Erin Michos, Ahli Kardiologi daripada Johns Hopkins Medicine mencadangkan agar individu yang mempunyai kerja yang tidak aktif untuk bangun dan bergerak dengan lebih banyak ketika bekerja.

Menurut beliau, tempoh masa yang beliau sendiri terpaksa habiskan di pejabat tidak termasuk dengan masa di dalam pengangkutan awam ataupun kereta boleh memakan masa 5 hingga 6 jam sehari. 

Jika ditambah, tempoh masa yang mungkin seseorang habiskan dalam posisi duduk boleh mencecah 10 hingga 12 jam sehari!

Duduk dalam satu jangka masa yang lama boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit jantung,kanser dan diabetis. 

Gaya hidup yang tidak aktif juga dapat meningkatkan risiko penyakit sama ada disebabkan oleh penyakit jantung ataupun masalah kesihatan yang lain.

Walaupun anda melakukan senaman selama 30 minit sehari, apa yang anda lakukan pada masa lain turut memainkan peranan penting.

Saya ingin jadi lebih aktif, tapi bagaimana?

Menurut Michael Blaha, aktiviti dan senaman merupakan dua perkara yang berbeza.

Senaman merupakan pergerakan untuk menguatkan otot dan menambah flexsibiliti yang boleh meningkatkan kadar degupan jantung anda.

Aktiviti pula merujuk kepada betapa aktif anda sepanjang hari.

Individu yang aktif mempunyai kerja yang memerlukan mereka untuk berdiri dan bergerak sepanjang hari. Mereka mungkin mempunyai kerja yang perlu dilakukan secara fizikal dan menggunakan tenaga yang banyak.

Namun, berapa banyak senaman dan aktiviti yang perlu dilakukan untuk lebih sihat?

Sebagai permulaan, anda boleh:

  1.   Lakukan senaman yang berat 3 hingga 5 kali seminggu.
  2.   Bergerak selama 5 minit setiap satu jam.
  3.   Berjalan 10,000 langkah setiap hari.

Secara ideal, anda digalakkan untuk bersenam dan juga aktif semasa bekerja. Jika anda mampu lakukan kedua-dua perkara ini, pasti badan anda akan jadi lebih sihat!

Kesimpulan

Individu yang mempunyai pekerjaan yang tidak aktif perlu bergerak dengan lebih aktif supaya senaman yang dilakukan tidak menjadi sia-sia.

Kenyataan di atas adalah bertepatan kepada individu yang duduk lebih daripada 10 jam sehari.

Kajian mendapati bahawa individu yang menghabiskan masa dengan duduk mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit kardiovaskular.

Jika anda ingin menjadi lebih aktif, anda boleh cuba mengira langkah anda menggunakan alat penjejak langkah, pedometer ataupun hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda.

Cuba berjalan lebih daripada 10,000 langkah sehari. Jika anda sebelum ini amat tidak aktif, anda boleh cuba berjalan sebanyak 2,000 langkah ataupun 4,000 langkah sehari.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *