Tak banyak masalah, jadi diri sendiri antara 7 alasan wanita tertarik lelaki lebih muda


KEBANYAKAN wanita lebih suka pasangan berusia kerana menganggap mereka matang dan berpengalaman.

Bagaimanapun, ada juga yang tertarik kepada lelaki jauh lebih muda berbanding usia mereka.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh AARP Research terhadap 3,500 wanita, 34 peratus daripadanya lebih cenderung memilih lelaki lebih muda sebagai pasangan hidup.

Berikut adalah tujuh alasan mengapa wanita lebih selesa berdampingan dengan lelaki lebih muda.

1. Pemikiran lebih ke hadapan

Lelaki muda biasanya lebih terbuka terhadap perubahan serta mempunyai pemikiran yang dapat memajukan diri.



Bukan hanya kerana parasa rupa tetapi lelaki muda lebih berkeyakinan dan percaya diri.

2. Lebih menarik

Bukan sahaja tentang rupa paras tetapi golongan ini biasanya lebih terbuka dan berkeyakinan diri dalam ekspresi diri terutamanya di laman sosial.

Ia membuatkan wanita lebih terpesona dengan keyakinan dan percaya diri yang ditunjukkan.

3. Sihat

Umumnya lelaki yang masih muda jarang mempunyai masalah kesihatan malah rata-rata anak muda zaman kini lebih prihatin menjaga kesihatan termasuklah menyertai gimnasium dan mengamalkan pemakanan sihat.

4. Lebih menyenangkan

Memandangkan mereka masih muda, mereka lebih gemar memahami dan belajar pelbagai perkara tentang pasangan. Perkara ini membuatkan kaum wanita rasa lebih dihargai apabila ada seseorang tertarik untuk mengetahui mengenai kehidupannya.

5. Tidak banyak masalah

Umumnya mereka masih ‘mentah’ dan tidak mempunyai banyak masalah peribadi yang rumit.

6. Cinta mendalam

Ketika seorang lelaki yang masih muda jatuh cinta, mereka akan berjuang demi mempertahankan hubungan serta sedaya-upaya membuatkan wanita rasa bahagia.

Selain itu, mereka akan lebih menghormati wanita sebagai pasangannya.

7. Jadi diri sendiri

Wanita rasa lebih selesa berdampingan dengan lelaki muda kerana umumnya mereka akan jadi diri sendiri tanpa berselindung atau cuba mengagumkan pasangan.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *