TAHUKAH ANDA MENGENAI TASIK BERWARNA MERAH JAMBU?


Sumber: Google

Harini admin ada terbaca artikel mengenai tasik berwarna pink yang terletak di Australia. Unikkan! Jom sama-sama kita membaca untuk mengetahui info lebih lanjut.

Menurut Liputan6.com, Esperance- Alam sering mempunyai misteri yang dapat memukau manusia. Begitu juga wujudnya tasik yang sangat unik di Negara Australia Barat. Dimana dikatakan tasik ini mengandungi air yang berwarna merah jambu. Melihat pada gambar sekali pandang ia dilihat seperti visual milkshake atau strawberry milkshake.

Tasik ini dinamakan sebgai Lake Hillier dimana ia ditemukan oleh Angkatan Laut Kerajaan Inggeris pada tahun 1802. Tasik ini terletak di Middle Island yang merupakan bahagian dari gugusan Kepulauan Recherche, di pesisir selatan negara di Australia Barat.

Sehingga sekarang masih lagi tidak dapat mengetahui asal usul di landskap Lake Hillier. Namun, menurut beberapa saintis, mereka percaya bahawa fenomena unik ini mungkin terjadi akibat hadirnya spesis mikroalga tertentu seperti Dunaliella Salina.

Ia merupakan mikroorganisma pemakan garam fotosintetik dimana ia dapat bertolak ansur dengan kepekatan garam yang sangat tinggi diantara 0.2% hingga 35%.

Mikroorganisma ini dapat menghasilkan pigmen karotenoid, yang merupakan sejenis beta-karoten yang juga terdapat pada wortel.

” Terdapat beberapa saintis percaya bahawa pigmen ini yang memicu penampakan warna merah jambu di tasik ini,” kata Que Ying Morrison, seorang pemandu agenda pelancongan selepas mengadakan knvensyen Australia Tourism Exhange 2019 di Perth.

Selain itu, kemunculan warna seperti milkshake strawberry itu turut dipengaruhi oleh wujud bakteria halofilik dan archaea di kerak tasik garam. Mikroorganisma bukan jenis alga ini dapat meghasilkan pigmen karotenoid yang serupa di membran sel mereka dan ia menyebabkan air bertukar kepada warna merah jambu di tasik tersebut.

Terdapat beberapa agensi yang menyelidik dikawasan ini iaitu Projek Extreme Microbiome, Persatuan Kemudahan Sumber Biomolekul (ABRF) kerajaan Australia dimana ia pernah dilaksanakan di tasik ini.

Para penyelidik telah menggunakan analisis metagenomik di seluruh perairan tasik Lake Hiller untuk mencari Dunaliella dan Salinibacter Ruber, Dechloromonas Aromatica dan beberapa jenis archea yang lain.

Bakteria dan archea ini cenderung membentuk sebahagian besar mikroekologi tasik hipersaline seperti yang dapat dilihat pada warna perairan Lake Hillier.

Di seluruh dunia ini, bukan tasik Lake Hillier ini sahaj yang berwarna merah jambu. Terdapat juga beberapa tasik lain yang berwarna yang sama. Nanti admin share beberapa lokasinya ye😊

Walaupun selamat untuk berenang, tetap harus BERWASPADA

Disebalik keunikannya, ramai orang yag telah mempersoalkan sama ada selamat atau tidak untuk berenang di perairan lake Hiller ni.

Dengan mengutip data pemerintah dari Australia Barat, Lake Hiller ini selamat berenang menurut Que Ying.

” Tidak kira mengenai warnanya, air tasik ini jernik dan tidak akan membahayakan kulit manusia “, Kata Que Ying.

Tasik ini juga dikatakan selamat kerana tidak perlu risau tentang organisma mikro seperti ikan.

“Walaupun selamat, air tasik ini juga dikatakan bahaya dan dilarang untuk minum kerana mengandungi kandungan hipersaline yang sangat tinggi”, Tambah Que Ying.

Walaupun begitu, sangat susah untuk pelancong menjejakkan kaki di tasik ini. Pihak berkuasa pelancongan Esperance, salah satu bandar terdekat menasihati para pelancong yang ingin melihat tasik ini agar menikmati keindahan tasik Lake Hiller dengan menaiki pesawat kecil.

SEJARAH penemuan Lake Hiller

Mathew Flinders merupakan orang yang pertama menemukan Lake hiller ini. Beliau merupakan navigator dan kartografer Inggeris pada tahun 1802.

Pada bulan Januari tahun yang sama, beliau dan kru Tentera Laut Diraja di atas kapal HMS Investigator mendarat di Pulau Tengah dan telah mendaki puncak tertinggi disana. Dari sana, beliau pertama kali menyaksikan keberadaan unik Lake Hiller.

Menurut beliau, Finders sangat terkejut melihat “tasik berwarna merah jambu” dan memutuskan untuk menamakan tempat tersebut sebagai Lake Hiller setelah anak kapal yang baru meninggal dunia, william Hiller, akibat disentri ketika berlabuh di pulau itu.

Ketika kru pergi ke darat untuk menyiasat, mereka mendapati tasik itu kelihatan masin seperti Laut Mati di sempadan Israel dan Jordan.

“Di timur laut juga terdapat tasik berwarna merah jambu kecil, airnya sangat jernuh dengan garam, beberapa di antaranya dapat dikristal berhampiran pantai untuk diangkut di atas kapal. Menurut spesimennya, ia mempunyai kualiti garam yang baik dan tidak memerlukan pemprosesan selain pengeringan agar sesuai digunakan”. Kata Flinders dalam catatan beliau.

Pada saat ini, Middle Island tidak sepenuhnya dihuni oleh manusia dan ditetapkan sebagai salah satu kawasan lindung di Australia Barat.

Sumber: https://www.liputan6.com/global/read/3941805/fakta-menarik-di-balik-lake-hillier-danau-berwarna-merah-muda-di-australia-barat


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *