Tahu Tak Anda, Kuaci Bukan Sahaja Enak Dinikmati Tapi Ia Boleh Bantu Lawan Penyakit Jantung


Makanan ringan amat sinonim dengan menonton televisyen dan enak dinikmati ketika berbual bersama rakan-rakan. Ia sering menjadi pilihan orang ramai untuk dibawa berkelah dan selalunya menjadi peneman setia ketika memandu kereta dalam perjalanan jauh.

Tapi tahu tak anda, kuaci sebenarnya tergolong dalam kumpulan makanan yang kaya dengen nutrisi dan baik untuk kesihatan. Ia bukan sekadar makanan ringan yang enak untuk dlnikmati.

Menurut Health Line, biji blah natahali mempunyai lima kebaikan kepada kesihatan.

1. Bantu turunkan tekanan darah, kolestrol dan gula

Biji bunga matahari mengandungi vitamin E, magnesium, protein dan asid lemak linoleat yang dapat membantu menurunkan tekanan darah, kolesterol dan gula dalam darah.

2. Lawan penyakit jantung

tahu tak anda, kuaci bukan sahaja enak dinikmati tapi ia boleh bantu lawan penyakit jantung

Tekanan darah tinggi adalah faktor risiko utama penyakit jantung yang dapat menyebabkan serangan jantung atau angin ahmar.

Biji bunga matahari dapat membantu pembuluh darah menjadi longgar dan menurunkan tekanan darah disebabkan senyawa yang terkandung dalamnya diketahui dapat menghalang enzim yang menyebabkan pembuluh darah tersekat. 

3. Lawan diabetes

tahu tak anda, kuaci bukan sahaja enak dinikmati tapi ia boleh bantu lawan penyakit jantung

Pada tahun 2012, sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal ISRN Nutrion  menunjukkan bahawa individu yang makan 30 gram kuaci setiap hari dapat mengurangkan gula dalam darah sebanyak 10 peratus dalam enam bulan, berbanding diet biasa.

Manakala, ada kajian lain pula, didapati jika kita tambahkan kuaci ke dalam makanan seperti roti, ia dapat membantu mengurangkan kesan karbohidrat pada gula dalam darah.

Protein dan lemak kuaci melambatkan pengosongan perut serta melepaskan gula kepada berperingkat berbanding karbohidrat.

4. Kuatkan sistem imunisasi

Kuaci dapat menguatkan sistem kekebalan tubuh serta meningkatkan kemampuan melawan virus kerana ia adalah sumber vitamin dan mineral.

5. Kurangkan keradangan

Keradangan kronik merupakan risiko kepada pelbagai penyakit seperti peningkatan kadar inflamasi protein C-reaktif dalam darah yang berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan diabetes jenis 2.

Dalam sebuah kajian terhadap 6,000 orang dewasa, mereka yang makan kuaci lima kali seminggu memiliki tingkat protein C-reaktif 32 peratus lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak memakannya.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *