Susu kultur baik untuk usus? Lihat 10 kebaikannya


Susu fermentasi atau lebih dikenali sebagai susu kultur adalah produk susu yang diperam dengan sejenis bakteria dikenali sebagai Lactobacilli atau Bifidobacteria.

Fermentasi bermaksud sebahagian daripada susu tersebut dicerna oleh bakteria. Ia secara tidak langsung menjadikan produk susu ini lebih mudah diproses oleh sistem pencernaan badan. Ini terutamanya bagi individu yang mempunyai alahan susu atau intoleransi laktosa.

Proses fermentasi yang dilakukan juga dapat meningkatkan tempoh masa ketahanan susu ini daripada basi.

Umumnya, susu kultur adalah sejenis minuman yang sangat popular di negara seperti Jepun. Produk tenusu kultur ini dikatakan sangat baik untuk usus dan dipercayai mampu meningkatkan tahap kesihatan badan.

Berikut adalah antara beberapa kebaikan minuman kultur ini untuk kesihatan, iaitu:

1. Demam hay (alahan bermusim)

Berdasarkan beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa susu fermentasi yang mengandungi Lactobacillus acidophilus mungkin dapat mengurangkan masalah masalah pada individu dewasa yang mengalami demam Hay (alahan bermusim).

Dalam sesetengah kajian mengatakan, produk tenusu kultur ini dikatakan dapat mengurangkan risiko untuk mengalami demam Hay kepada kanak-kanak dan remaja.

2. Masalah cirit-birit

Produk tenusu kultur ini dikatakan sangat baik untuk usus.
  • Cirit-birit kesan ubat antibiotik
    Produk tenusu kultur ini juga dikatakan dapat mengurangkan masalah sembelit bagi individu yang mengambil ubat antibiotik.

Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan susu fermentasi yang mengandungi bakteria Lactobacillus dan Bifidobacterium dapat mengurangkan risiko terkena cirit-birit semasa mengambil antibiotik.

  • Cirit-birit pada kanak-kanak
    Penyelidikan awal menunjukkan bahawa meminum susu yang diperam dengan Lactobacillus casei dapat mengurangkan tahap cirit-birit kepada bayi dan kanak-kanak.

Kajian awal lain juga mendapati penggunaan produk susu fermentasi khusus – mengandungi pelbagai jenis bakteria – dapat mengurangkan jangka masa yang diperlukan untuk menghentikan cirit-birit pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun.

  • Cirit-birit akibat rotavirus
    Beberapa bukti menyarankan pengambilan minuman susu Lactobacillus ini kepada kanak-kanak dengan cirit-birit kesan rotavirus selama 5 hari akan dapat mengurangkan tempoh kesakitan mengalaminya.

3. Ekzeme (dermatitis atopic)

Anda sedang hamil? Apa kata amalkan minum susu kultur.

Daripada hasil kajian mendapati bahawa meminum susu fermentasi yang mengandungi pelbagai jenis bakteria semsa kehamilan dan setelah melahirkan dapat mengurangkan kemungkinan bayi mengalami ekzema.

4. Selesema

Antara kebaikan susu fermentasi untuk kesihatan badan adalah ia dapat membantu mencegah masalah selesema bagi kanak- kanak prasekolah.

Sesetengah produk tenusu kultur lain juga dapat membantu mengatasi selesema pada individu dewasa.

5. Saluran pencernaan

Jangkitan saluran pencernaan yang berpunca daripada bakteria Helicobacter pylori atau H. pylori boleh menyebabkan ulser.

Namun melalui kajian yang dilakukan mendapati, pengambilan produk tenusu kultur yang mengandungi pelbagai jenis bakteria setiap hari selama 12 hingga 16 minggu bagus untuk kesihatan badan.

Ini kerana ia dapat memperbaiki gejala perut yang disebabkan jangkitan H.pylori.

Manakala, hasil daripada penyelidikan lain pula menunjukkan bahawa mengambil produk susu fermentasi tertentu semasa menggunakan antibiotik untuk jangkitan H. pylori akan mempercepatkan proses penyembuhan.

6. Tekanan darah tinggi

Hasil daripada beberapa kajian mencadangkan bahawa susu kultur dapat menurunkan tekanan darah sistolik (nombor pertama) tetapi tidak diastolik (nombor kedua) pada individu yang mengalami tekanan darah tinggi.

7. Sindrom kerengsaan usus (IBS)

Masalah kerengsaan perut yang dialami untuk tempoh jangka panjang boleh meningkatkan risiko untuk mengalami sindrom kerengsaan usus (IBS).

Beberapa kajian menyarankan pengambilan susu fermentasi 2x sehari selama tempoh 4 minggu dapat mengurangkan gejala IBS, termasuk rasa kesakitan dan gas.

8. Intoleransi laktosa

Anda mempunyai masalah untuk mencerna laktosa gula dengan betul? Mungkin pengambilan produk tenusu kultur dapat membantu mengatasi masalah itu.

Ini kerana hasil daripada beberapa penyelidikan menunjukkan, mengambil susu fermentasi yang mengandungi Lactobacillus casei dan Lactobacillus acidophilus dapat mengurangkan kembung, cirit-birit, dan kesakitan pada individu yang mengalami intoleransi laktosa.

9. Kesan pendedahan radiasi

Susu yang menjalani proses fermentasi juga baik dalam membantu merawat masalah kesihatan kesan pendedahan radiasi.

Hasil kajian mencadangkan pengambilan minuman yang mengandungi Lactobacillus acidophilus bermula 5 hari sebelum rawatan dengan radiasi dapat mengurangkan cirit-birit dan kesan sampingan perut lain.

Minuman ini juga dikatakan dapat mengurangkan ketidakselesaan perut selepas rawatan radiasi.

10. Mencantikkan kulit

Selain bermanfaat kepada kesihatan, susu kultur juga dipercayai menawarkan kebaikan untuk kulit.

Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa pengambilan produk susu yang dikultur dengan bakteria probiotik bukan sahaja dapat membantu mendapatkan usus sihat, tetapi juga menjadikan kulit lebih cantik.

Malahan, saintis telah lama mengetahui bahawa kesihatan usus dan kulit adalah saling berkaitan.

Walau bagaimana pun, masih banyak kajian yang diperlukan untuk mengesahkan mengenai manfaat susu kultur pada kesihatan badan serta kulit.

Tetapi tidak ada salahnya andai anda menjadikan minuman susu fermentasi ini sebagai amalan harian.

Namun, jika terdapat keraguan mengenai kesesuaian pengambilan minuman ini dengan keadaan kesihatan anda, dapatkan rujukan dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *