Suka Minum Teh Boba? Penggemar Boba Perlu Tahu 5 Keburukan Jika Minum Secara Berlebihan


Sejak kebelakangan ini, banyak menu air yang dijual seperti teh dan susu diletakkan dengan boba supaya menambah kesedapan kepada air tersebut. Boba yang diperbuat daripada tepung ubi pada mulanya telah diperkenalkan di Taiwan pada tahun 1988 dan terus menjadi kegemaran ramai di seluruh pelusuk dunia.

Menurut Donaldson (2004), boba bukan lah satu minuman yang berbahaya namun jika ianya diminum secara berlebihan akan memberi risiko kepada kesihatan badan. Walaupun boba daripada tepung ubi ini sudah direbus kemudian diproses dengan gula, kandungan teh atau susu ini boleh memudaratkan kesihatan disebabkan kandungan gula yang tinggi semasa proses boba dilakukan.

Kebanyakan di restoran atau di kedai makan telah banyak mempelbagaikan menu-menu masakan mereka dengan campuran boba. Antaranya seperti ais krim boba, kek boba, pizza boba dan pelbagai lagi.

Tahukah anda, jika kerap minum air yang dicampuri dengan boba mempunyai beberapa kesan sampingan yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan badan. Berikut merupakan 5 kesan yang boleh berlaku kepada kesihatan seseorang individu:

(1) Kandungan gula yang tinggi

Kandungan boba atau tapioca pearl dihasilkan bukanlah menggunakan tepung ubi semata-mata. Ia direbus kemudian digoreng dengan gula perang sehingga menjadi pekat dan kenyal.

Kandungan gula yang terdapat dalam satu biji boba mengandungi sebanyak 50 gram gula. Satu cawan air boba mengandungi gula 3 kali lebih tinggi berbanding satu tin minuman bergas.

Jadi, kandungan boba yang banyak akan menyebabkan paras gula dalam darah semakin tinggi dan risiko terkena penyakit diabetes juga tinggi.

(2) Tinggi kalori

Pengambilan kalori yang tinggi menyebabkan kenaikan badan seseorang mula berlaku. Sebiji boba yang diambil mengandungi 5 hingga 14 kalori. Bayangkan satu cawan anda diisi ¼ boba bersama dengan teh atau susu dan ia mengandungi lebih daripada 100 kalori.

Selain itu, kandungan gula pada susu atau teh juga mungkin mempunyai banyak kalori. Dianggarkan ia mempunyai sebanyak 200 hingga 300 kalori. Satu cawan susu atau teh diisi dengan boba mengandungi beratus kalori. Kini anda tahu mengapa berat badan anda mudah meningkat selepas minum bercawan-cawan air manis bersama dengan boba.

(3) Kurang nutrisi

Ramai menggangap kandungan yang ada pada boba berkhasiat kerana ia diperbuat daripada tepung ubi. Ya, sememangnya ia hanya mempunyai kandungan nutrisi, namun boba ini terdiri daripada kandungan karbohidrat sahaja. Karbohidrat yang tinggi dalam badan juga akan menyebabkan keburukan dan masalah kesihatan yang ramai tidak tahu.

Nutrisi yang lengkap harus mengandungi kandungan mineral dan vitamin supaya kesihatan badan kekal seimbang. Kini anda tahu mengapa minuman boba kurang mempunyai nutrisi.

(4) Sukar dicernakan

Umum mengetahui tapioca pearl atau boba ini diperbuat daripada tepung ubi yang dimasak hingga kenyal. Sifatnya yang likat dan kenyal menyebabkan ia sukar untuk dihadam dan dicernakan.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit tidak digalakkan untuk mengambil minuman ini secara berlebihan. Ia mungkin mendatangkan masalah pada usus dalaman perut kerana sukar untuk membuang.

(5) Penyebab jerawat

Minuman teh atau susu bersama boba mengandungi kalori yang tinggi berbanding koktel dalam tin. Ramuan pada boba yang mengandungi gula, ubi kayu dan tenusu mempunyai kaitan dengan penghasilan jerawat. Pengambilan susu berlebihan boleh menyebabkan keradangan pada kulit.

Susu yang berlebihan akan menjadikan laktosa dan hormon bertindak balas dengan testosteron di dalam badan. Ini akan menyebabkan pengeluaran sebum pada muka. Justeru, pori-pori kulit anda juga akan tersumbat sehingga menyebabkan kulit berjerawat.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *