Suka Beli Durian Tapi Risau Kereta Bau Hapak Dan Tengik? Jom Ikut Petua Ini.


Nungning20/Getty Images
Nungning20/Getty Images

Apabila kita memulakan satu perjalanan, mesti akan ternampak gerai-gerai yang menjual durian. Apabila anda terlalu gemar akan durian dan terus membeli durian tersebut. Tetapi, dalam masa yang sama anda risau kereta akan berbau durian kerana seperti mana yang kita tahu bau durian itu sangat kuat. Bau dan aroma “raja durian” ini sudah tentu menjadi kegilaan semua orang.

Jangan risau meh admin share beberapa tips untuk menghilangkan bau durian dalam kereta anda.

  1. Tangkai durian

Petua ini sudah viral dan ramai yang telah mencubanya. Betul atau tidak kita tak akan tahu jika kita tidak mencubanya sendiri. Hanya letakkan tangkai di bahagian penghawa dingin dan tunggu sehingga bau tersebut hilang.

2. Serbuk kopi

Sebagaimana yang kita tahu kopi sangat membantu untuk menghilangkan bau hapak dan sangat sesuai digunakan didalam kereta. Tambahan pula aroma kopi juga sungguh menyegarkan. Tidaklah terlalu berkesan tapi boleh digunakan untuk sedikit sebanyak membuang bau hapak itu.

3. Roti Putih

Roti bukan sahaja sedap dimakan tetapi juga dapat menghilangkan bau durian. Letakkan beberapa keping roti didalam kereta dan biarkan selama dua hingga tiga hari sehingga bau roti tersebut hilang.

4. Arang

Arang juga dikatakan dapat membantu menghilang dan menterap segala bau hapak serta bau durian tersebut. Letak sahaja beberapa ketul arang dan letak di tempat yang anda suka atau tempat yang berbau itu.

5. Daun pandan.

Admin sangat suka bau pandan kerana aromanya yang sangat wangi dan menyegarkan. Memang terbukti kebersanannya tetapi daun pandan tidaklah membantu untuk menghilangkan bau durian. Tetapi apabila anda meletakkan daun pandan ia akan mengeluarkan satu bau yang sangat kuat dan yang penting ia wangi! Tak semua orang suka bau pandan bercampur dengan durian tetapi ia sedikit sebanyak membantu juga mengurangkan bau durian tersebut.

SELAMAT MENCUBA:)

Sumber: https://gempak.com/berita-terkini/risau-kereta-busuk-tengik-5-petua-ini-antara-terbaik-hilangkan-bau-durian-37489


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *