Stres kerja, tangani dengan bijak


Stres atau tekanan adalah ketidakstabilan fizikal dan mental terhadap sebarang perubahan dalam kehidupan. Ia adalah mengenai cara hidup yang akan mempengaruhi kesihatan serta peribadian seseorang.

Stres yang ringan akan membantu individu itu untuk lebih fokus dan bersemangat baharu. Malah, akan membuatkan individu tersebut lebih cermat dan berhati-hati. Tetapi stres yang berat boleh membahayakan kesihatan. Antara sebab yang menjadikan stres adalah:

  • Takut tidak produktif
  • Masa kerja yang terlalu panjang
  • Terlalu banyak kerja
  • Tiada kepuasan dalam melakukan kerja
  • Sukar melakukan sesuatu pekerjaan
  • Adaptasi pekerjaan baharu
  • Kerja yang membosankan
  • Hubungan yang buruk dengan rakan sekerja

Apabila seseorang itu tidak dapat mengawal stres, maka terjadilah gangguan kesihatan fizikal, mental serta kelakuan.

Tanda-tanda stres kerja dari segi fizikal

  • Letih
  • Ketegangan otot
  • Sakit kepala
  • Jantung berdebar
  • Susah tidur
  • Gangguan pencernaan seperti cerit-berit atau sembelit
  • Kulit gatal atau bermasalah
Stres yang tidak dapat dikawal akan menyebabkan gangguan kesihatan fizikal, mental serta kelakuan. (Gambar Rawpixel)

Tanda-tanda stres kerja dari segi psikologi

  • Depresi
  • Gelisah
  • Putus asa
  • Mudah marah
  • Hilang fokus dan susah membuat keputusan

Tanda-tanda stres kerja dari segi kelakuan

  • Sering sakit
  • Malas bekerja
  • Kreativiti berkurangan
  • Prestasi menurun
  • Reputasi dengan rakan sekerja menjadi buruk
  • Beremosi dan mudah tersinggung
  • Tidak sabar
  • Kehilangan minat pada banyak hal
  • Lebih suka menyendiri

Sekiranya terjadi tanda-tanda stress di atas, segera dapatkan nasihat pakar sebelum ia mengganggu kesihatan dan kehidupan peribadi anda.

Cuba atasi stres kerja ini dengan beberapa cara berikut:

  1. Berbincang dengan rakan sekerja atau pihak atasan untuk mencari penyelesaian terbaik mengenai pekerjaan anda.
  2. Susun agenda yang harus dilakukan setiap hari. Mulakan dengan yang sukar di pagi hari sewaktu minda anda masih segar.
  3. Jaga pemakanan anda setiap hari
  4. Ambil sedikit waktu untuk bersenam.
  5. Seminggu sekali, rehatkan diri dengan keluar bersama rakan-rakan atau keluarga.
  6. Jangan melepaskan stres kepada orang terdekat.
  7. Jangan melampiaskan stres kerja kepada hal negatif seperti merokok atau minum minuman beralkohol

Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *