Si cantik kenanga ini boleh kurangkan stres


Bunga kenanga banyak didapati di negara Asia. Ia mempunyai dua warna iaitu hijau dan kuning serta berbentuk seperti bintang.

Bunga ini mengeluarkan bau yang sangat harum dan sering digunakan dalam penghasilan minyak wangi. Malah, ia turut memberi beberapa manfaat kepada kesihatan.

Ramai juga di kalangan kita yang mempunyai hobi menanam tanaman yang mengeluarkan bau yang wangi seperti bunga kenanga. Setelah mengetahui manfaatnya, anda mungkin ingin menambah koleksi bunga harum ini.

Jadi, apakah kebaikan bunga kenanga?

1. Menenangkan perasaan

Kajian menunjukkan bunga kenanga dapat menenangkan perasaan dan mengatasi masalah gelisah, marah dan stres.

Kandungan ekstrak dari minyak bunga kenanga sering dijadikan sebagai bahan aromaterapi.

Dari kajian, Phytotherapy Research mengatakan, dengan menyapu pati minyak ylang-ylang ke kulit atau menciumnya mampu membantu meredakan stres. Malah, ia dapat meningkatkan keyakinan diri.

2. Mengatasi hipertensi

Selain meningkatkan kesihatan mental, bunga kenanga juga baik untuk kesihatan keseluruhannya. Ia juga mampu menurunkan tekanan darah tinggi.

Melalui satu kajian yang dilakukan, 83 peratus pesakit hipertensi diminta untuk mencium berbagai ekstrak minyak, salah satunya minyak bunga kenanga.

Hasilnya, tekanan darah tinggi menurun, dan hormon stres juga berkurangan.

3. Mengatasi masalah kulit kepala kering

Ekstrak minyak bunga kenanga juga dapat mengatasi masalah kulit kepala kering. Ianya dibuktikan melalui satu hasil kajian yang diterbitkan Indian Journal of Dermatology yang menunjukkan bunga kenanga dapat merangsang pengeluaran sebum.

Caranya: campurkan lima titis ekstrak minyak bunga kenanga dengan dua sudu teh minyak almond atau zaitun. Kemudian sapukan ke kulit kepala.

Setelah itu, bungkus kepala dengan tuala selama 30 minit. Kemudian bilas bersih.

4. Meningkatkan gairah seks

Walaupun belum terbukti secara ilmiah, bunga kenanga juga dikatakan dapat meningkatkan ghairah seksual. Aromanya yang nyaman mampu menstabilkan hormon.

Kesan sampingan

Walaupun bunga kenangan baik untuk kesihatan tubuh, namun, ia mengandung beberapa alergen (punca alahan) seperti β€œisoeugenol” yang menyebabkan iritasi apabila disapukan secara terus ke kulit tanpa sebarang campuran lain.

Adalah disarankan untuk mencampurkan minyak kenanga dengan minyak aroma lain, sebelum menyapunya ke kulit bagi mengelakkan alahan kepada kulit sensitif.

Sebelum memakainya juga, sapukan dahulu sedikit ke bahagian kecil kulit untuk melihat reaksi alahan.

Bunga kenanga juga sangat beracun kepada anjing dan kucing. Oleh itu, jauhkan ia dari keduanya.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Fahmi Izuddin

Novice

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *