SENAMAN DALAMAN KHAS UNTUK WANITA….UMPHHHHHH!


Tidak mengapa jika kita kurang cantik dari segi rupa paras dan tubuh fizikal, tapi marilah kita amalkan senaman dalaman ini agar kita di antara terbaik di kalangan yang terbaik ok bebeh: enjoyyyyy..

1. SENAMAN TUPAI
Senaman istimewa ini dapat membantu mengetatkan faraj dan mengurangkan
masalah keputihan.

Caranya:
Duduk di atas kedua tumit kaki.
Tegakkan badan.
Tangan kanan hendaklah ke belakang untuk memegang ibu jari kaki kiri.
Tarik nafas.
Kemut faraj sambil menarik ibu jari kaki kiri ke atas selama 5 saat dengan kuat,
Lepaskan nafas dengan kemutan perlahan-lahan.


Lakukan senaman ini sebanyak tiga kali.


Tukar posisi dan ulangi senaman ini.


Gerakkan ini boleh membantu mengetatkan semula otot-otot faraj dan mengurangkan masalah keputihan.

2.  SENAMAN KIAMBANG
Senaman ini dapat membantu menguatkan otot faraj.

Caranya:
Duduklah dengan keadaan bersila rapat dan badan ditegakkan.
Betis dan paha kanan diletakkan di atas peha kiri agar kedua lutut menghala ke hadapan dan
dalam keadaan serapat mungkin antara satu sama lain.

Pastikan kedua belah tapak kaki menghala ke belakang.

Tarik nafas dan kemut faraj selama 5 saat sambil menekan tapak kaki ke belakang.
Lepas nafas, kemutan dan kaki perlahan-lahan.

Lakukan senaman ini sebanyak 8 kali.
Kemudian, tukar posisi dengan meletakkan betis dan peha kiri pula di atas peha kanan.

Lakukan senaman-senaman di atas mengikut kesesuaian badan pada setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur.

3.  SENAMAN KLASIK KEMUTAN FARAJ
a.  Kemut 20 kali perlahan-lahan otot faraj dan otot penggung dalam keadaan berdiri 
(peha dan kaki dirapatkan)
Lakukan senaman ini pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
b.  Kemut perlahan-lahan 20 kali otot faraj dan otot punggung dalam keadaan duduk tegak
(lutut bertemu lutut) pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.


Proses Pengemutan.
1.   Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut.
2.   Lepaskan nafas dan kemutan perlahan-lahan secara serentak.
****Kemut – seperti menahan air kencing.


Anda digalakkan melakukan senaman ini pada setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak, menonton televisyen dan sebagainya.


Untuk kesan yang lebih baik, lakukan 100 hingga 300 x kemutan sehari terpulang ke atas kerajinan dan daya usaha anda, for a more beautiful u inside and out.


Benefit senaman ini yang saya tahu ialah:

* Meningkatkan kekuatan pengecutan otot Ms V.
*  Menguatkan otot cerut pundi kencing.
*  Membantu menperbaiki kualiti kehidupan.
*  Membantu baik postur tubuh.
*  Mencantikkan tona otot abdomen.
*  Mengembalikan bentuk badan.
*  Menguatkan saluran pundi kencing
*  Menguatkan otot Ms V untuk lebih cengkaman.


Boleh cuba juga jamu Sepet Wangi, Daun Sirih dan Sari Asih:


Khasiat:
*  Bermanfaat sekali untuk wanita yang ingin awet muda dan tidak kehilangan daya tarikan seksual.
*  Mengecilkan perut dan mengencangkan tubuh.
*  Menghilangkan bau Ms V dan menambah wangi bau badan secara semulajadi.
*  Menghilangkan keputihan dan lebihan lendir.
*  Menguatkan rahim.
*  Mengeluarkan bahan-bahan asing di dalam rahim.
*  Membuang angin dalam badan.
*  Memberikan seri kemerah-merahan kepada wajah jika diamalkan selalu.
*  Juga dapat membantu merapatkan dan mewangikan bahagian wanita.


Cuba dulu baru tahu.


Enjoyyyyy……


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Hidayah Razak

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *