SEJARAH MINYAK WANGI- Siapakah Pencipta Minyak Wangi Pertama?


Perkara yang paling bernilai dalam hidup kita adalah keupayaan untuk menghidu sesuatu. Ia merupakan salah satu daripada lima pancaindera yang paling sensitif selain menyentuh, mendengar dan melihat.

Dengan adanya keupayaan menghidu ini sudah tentu ia akan menjadikan anda gemar akan sesuatu bau yang sedap atau menenagkan apabila dibau. Contohnya, makanan yang hampir basi sudah tentu kita akan membuangnya walaupun luarannya masih kelihatan cantik, disebabkan bau nya yang sudah lain, jadi lebih baik untuk dibuang. Nampak tak hidung kita ni dapat menghidu yang mana baunya sudah tidak lagi segar dan tidak boleh dimakan. Subhanallah! Besar sungguh kebesaran Allah.

Disebabkan itu jugalah wujudnya produk dan wangian untuk diri dan juga persekitaran seperti pewangi bilik tidur, tandas, kereta dan sebagainya.

SEJARAH MINYAK WANGI

Masyarakat Islam pada zaman dahulu adalah merupakan antara yang banyak memberi sumbangan yang besar dalam pengembangan minyak wangi di kawasan Timur Tengah. Mereka hadir dengan kaedah pengambilan minyak wangi melalui penyulingan wap dan juga memperkenalkan bahan mentah termasuk kasturi, mawar, resin, ramuan kayu berharga dan bahan wangian terdiri daripada haiwan seperti ambergris. Kedua-duanya sangat mempengaruhi perkembangan minyak wangi dan saintifik Barat.

Haiwan ambergris merupakan ketulan sebatian lemak teroksida yang berasal daripada keluaran sperma paus.

Penggunaan minyak wangi dalam kalangan umat Islam telah mula diperkenalkan sejak abad ke-6 dan penggunaanya dianggap sebagai kewahiban agama. Perkembangannya dilihat bermula pada abad ke-10 oleh Jabir ibn Hayyan dan Al-Kindi yang telah menubuhkan industri minyak wangi.

Jabir telah mengembangkan banyak teknik termasuk penyulingan, penyejatan dan penapisan yang memungkinkan pengumpulan bau tumbuhan menjadi wap yang kemudiannya dikumpulkan dalam bentuk air atau minyak.

Sementara, Al-kindi merupakan pengasas industri minyak wangi dimana beliau telah melakukan penyelidikan dan eksperimen dalam menggabungkan pelbagai tanaman dan sumber lain bagi menghasilkan pelbagai aroma.

Al-Kindi juga menulis sebuah buku mengenai minyak wangi yang dinamakan sebagai ‘Book of the Chemistry of Parfume and Distillations pada abad ke-9. Buku ini mengisahkan tentang lebih seratus resipi minyak wangi berserta kaedahnya.

Perkembangan minyak wangi teah tersebar di Eropah pada abad ke-11 dan ke-12 dari negara Arab. Menurut para sejarawan, Umat islam pada waktu itu berdagang dan membawa rempah, bahan minyak wangi dan pewarna ke Eropah. Kemudian, Catharina de Medici telah memulakan industri minyak wangi di Eropah sekitar abad ke-16.

Namun, minyak wangi sebenarnya telah mula digunakan sejak abad ke-2 tanpa teknik atau kaedah khusus oleh ahli kimia wanita yang bernama Taputti dimana ia berdasarkan sejarah awal.

PENGGUNAA MINYAK WANGI PADA ZAMAN DAHULU

Seperti kebanyakan produk terdahulu termasuklah alat solek, pakaian dan sebagainya. Minyak wangi dahulunya juga dipakai sebagai lambang status sosial masyarakat pada zaman itu.

Jika dilihat setiap abad, kebanyakan minyak wangi dipakai oleh golongan bangsawa dan juga para raja di setiap negara. Contohnya, pemimpin Mesir, Ratu Cleopatra dan Ratu Hatshepsut menggunakan wangian pada badan, produk mandian, bilik tidur dan bahkan membawa minyak wangi bersama mereka ke dalam kubur.

Di England, Penggunaan minyak wangi secara meluas selama pemerintahan Raja Henry Vll dan ratu Elizabeth l. Semua tempat awam akan disembur dan diletakkan pewangi kerana Ratu Elizabeth tidak tahan dengan bau busuk.

Di China pula, Minyak wangi digunakan bagi tujuan kesihatan dan mengelakkan daripada penyakit dimana ia akan diletakkan didalam bilik seperti diffuser yang sering kita lihat pada pasaran masa kini.

JENAMA PERTAMA YANG MENGELUARKAN MINYAK WANGI

Giovanni Maria Farina hadir dengan minyak wangi pertama ciptaanya iaitu Kölnisch Wasser iaitu wangian jenis cologne.

Kölnisch Wasser

Sementara, angian fougère pertama yang telah diciptakan olej Jean-François Houbigant pada tahun 1882. Dinamakan Fougère Royale, ia adalah yang pertama menampilkan wangian dengan mengasingkan zarah-zarah yang terdapat dalam biji tonka secara sintetik.

Fougère Royale

Kemudian, pada tahun 1934, Caron Ernest Daltroff telah mencipta wangian pertama untuk lelaki yang diberi nama Pour Un Homme (For A Man) dan ia menampilkan wangian bunga lavender dan vanilla di atas dasar kayu amber dan kayu cedar.

Pour Un Homme (For A Man)

Minyak wangi ini pada asalnya telah banyak dihasilkan untuk lelaki. Selepas revolusi industri minyak wangi, banyak jenama termasuk jenama mewah seperti Chanel, Dior, Calvin Klein iaitu sekitar tahun 1955.

Sumber: https://tajria.com/20211724


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *