Sampai Bila? Ini Caranya Untuk Kata ‘No’ Kepada Sesiapa Sahaja


Alangkah senangnya untuk mengatakan ‘Tidak’ kepada sesiapa sahaja tanpa rasa bersalah selepas itu. Mana tidaknya, setiap kali mahu ucapkan perkataan itu, pasti kamu akan berasa tidak ‘sampai hati’ melihat reaksi kecewa orang yang ditolak itu.

Akhirnya, setiap perkara akan dipersetujui walaupun kamu sendiri sebenarnya tidak relakan perkara itu tidak kiralah bantuan atau ajakan daripada orang terdekat mahupun sesiapa sahaja.

Kadangkala, perlu untuk kamu katakan tidak kepada sesiapa pun tanpa rasa bersalah. Jadi bagaimana caranya?

Kenapa Penting Perkataan ‘Tidak’?

Tidak semestinya kamu perlu meletakkan diri orang lain sebagai keutamaan berbanding diri sendiri dalam hidup kamu. Perkataan ‘Tidak’ mempunyai nilai yang penting sama seperti mengatakan ‘Ya’.

Dengan mengatakan ‘Tidak’, ia dapat membantu kamu meletakkan batas di antara diri kamu dan orang lain dan memberikan penjelasan pada orang lain tentang apa yang mereka boleh harapkan daripada kamu.

Mampu mengatakan ‘Tidak’ membolehkan kamu menjadi lebih jujur dalam menjaga hubungan dengan orang lain. Kamu juga boleh mengurangkan potensi diri dipergunakan dan diambil kesempatan oleh orang-orang yang tahu kamu tidak boleh katakan ‘Tidak’.

Cara Katakan ‘Tidak’

Katakan ‘Tidak’ itu boleh membuatkan perasaan seseorang itu terluka atau kecewa. Tetapi jika kamu katakan perkataan itu dalam cara yang sopan, profesional dan munasabah, ia boleh membuat individu tersebut faham dan terima penolakan tersebut.

#1 Minta Masa Untuk Berfikir 

Berbanding menolak tanpa berfikir tentang kesannya, kamu juga boleh meminta masa untuk berfikir sebelum menolaknya. Perlakuaan ini akan kelihatan lebih sopan dan profesional dalam meneliti tindakan untuk menolak permintaan tersebut.

Apabila kamu meminta masa untuk berfikir, ia boleh membantu kamu datang dengan alasan yang kukuh dan masuk akal ketika mahu menolaknya. Tetapkan satu tarikh akhir untuk memberitahu jawapan tersebut.

#2 Gunakan Ayat-Ayat Bunga

Langkah kedua ini, kamu boleh menolak dengan menggunakan ayat-ayat bunga pada permulaannya. Mulakan dengan mengatakan perkara-perkara yang positif dan ikhlas terhadap permintaan atau ajakan individu tersebut.

Kemudian, kamu boleh menyatakan hasrat untuk menolaknya dengan menggunakan beberapa alasan yang kukuh mengapa kamu tidak boleh menerima pelawaan tersebut. Atau kamu juga boleh memberitahu dengan terus-terang mengenai pandangan kamu.

#3 Gantikan Dengan Jadual Baru 

Jika permintaan atau ajakan ini memberikan keuntungan kepada kamu, cuba untuk gantikannya dengan hari yang baru. Tidak salah untuk tukarkan permintaan tersebut ke hari lain kerana ia adalah hak kamu.

Jika individu tersebut tidak keberatan, kamu juga boleh memberikan alasan yang sempurna dan kukuh untuk menolaknya dengan sopan dan profesional.

#4 Tidak Berselindung 

Jika kamu memang seorang hati yang kental dan tidak kisah akan pandangan orang lain, tidak salah untuk mengatakan ‘Tidak’ tanpa berselindung.

Jawapan yang terus-terang tidak akan memberikan ruang untuk individu tersebut meletakkan harapan ke atas kamu. Kamu juga boleh lakukan hal-hal tanpa merasa tertekan dan dibelengu dengan ajakan tersebut.

Untuk sesetengah situasi, tidak salah untuk katakan ‘Tidak’ pada perkara yang kamu tidak mahu lakukan. Letakkan diri sendiri sebagai keutamaan berbanding diri orang lain.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *