Rupanya nangka ‘kaya’ nutrisi & khasiat


Buah nangka atau ‘artocarpus heterophyllus’ merupakan buah tropika yang tumbuh di Asia, juga boleh didapati di Afrika dan Amerika Selatan.

Bukan hanya sedap dimakan apabila masak malah, di sebalik aromanya yang harum, buah nangka mempunyai pelbagai manfaat bagi kesihatan.

Kandungan nutrisi

Nangka kaya dengan pelbagai nutrisi termasuk vitamin A dan vitamin C. Selain itu, ia juga mengandungi serat rendah kalori dan bagus untuk jantung.

Buah nangka seberat 100 gram memiliki kandungan 95 kalori, dua gram protein, 0,6 gram lemak, dan tiga gram serat. Ia juga mengandung vitamin, mineral, dan fitokimia yang memiliki manfaat bagi kesehatan.

Malah turut mengandungi vitamin C, pyridoxine (vitamin B6), niacin (vitamin B3), riboflavin (vitamin B2), asam folat (vitamin B9), kalsium, magnesium, kalium, dan fosfor.

Kombinasi potassium, serat dan antioksidan sangat bermanfaat bagi kesihatan jantung. Nangka juga mengandungi flavonoid dan lignan, senyawa tanaman yang dapat membantu melawan radang.

Menurut Mira Ilic, pakar diet di RD, LD, “manfaat kesehatan pada buah nangka sudah ada sejak lama.

“Tekstur nangka yang berserat membuatnya menjadi makanan pengganti yang baik untuk daging,” kata Ilic.

Selain dari itu, buah nangka turut mempunyai pelbagai khasiat lain seperti:

Menurunkan tekanan darah

Buah nangka memiliki kandungan kalium yang sangat efektif untuk menurunkan tekanan darah sekaligus dapat mengurangi risiko terkena penyakit jantung.

Mencegah Anemia

Kandungan zat besi di dalamnya dapat membantu mencegah anemia. Selain itu, buah nangka juga dapat membantu dalam meningkatkan peredaran darah dalam tubuh.

Menjaga kesihatan tulang

Buah nangka juga kaya magnesium, dapat membuatkan tulang menjadi kuat dan menjaga kesihatannya. Sehingga ia dapat membantu mengawal masalah tulang seperti osteoporosis.

Memperkuat sistem kekebalan tubuh

Buah nangka mengandungi nutrisi antioksidan, yang membantu menguatkan sistem imun atau kekebalan tubuh. Ia sekaligus dapat melindungi tubuh dari jangkitan virus atau bakteria.

Sumber tenaga

Buah nangka boleh menjadi sumber tenaga kepada anda melalui sukrosa dan fruktosa yang terdapat di dalamnya. Buah ini juga tidak mengandung kolesterol atau lemak jenuh. Jadi, ia selamat untuk dimakan.

Menyihatkan mata dan kulit

Nangka dapat menyihatkan mata dan kulit. Ia kerana nangka memiliki kandungan vitamin A yang dapat memelihara kelembutan kulit dan sangat menyihatkan mata. Ia juga dapat membantu mencegah penyakit gangguan mata seperti rabun senja dan degenerasi makula.

Mengelakkan kanser

Kandungan phyto-nutrisi dan vitamin C di dalam buah nangka dapat menjadi anti penuaan dan anti kanser. Nutrisi tersebut juga dapat menjauhkan dari bahaya kanser serta melambatkan degenerasi sel.

Mencegah sembelit

Serat yang terdapat dalam nangka akan membantu anda dalam masalah pencernaan, menghindarkan dari sembelit dan dapat melancarkan gerakan usus.

Penderita alahan perlu hindari nangka

Dalam pelbagai khasiat untuk kesihatan, buah nangka juga perlu dihindari oleh mereka yang mempunyai masalah alahan tertentu.

“Jika anda memiliki alergi lateks hindari nangka,” ujar Ilic.

“Nangka juga memiliki banyak kalium yang berbahaya bagi pesakit ginjal kronik atau gagal ginjal akut. Orang dengan kondisi ini dapat mengembangkan hiperkalemia (penumpukan kalium dalam darah yang menyebabkan kelemahan, kelumpuhan dan serangan jantung),” terangnya lagi.

Namun, dengan vitamin dan mineralnya yang melimpah, nangka boleh menjadi makanan tambahan yang sihat untuk menu makanan harian.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *