Rupanya CILI KERING Banyak Jenis!


Boleh dikatakan cili kering ni merupakan salah satu bahan yang wajib ada dalam masakan dan wajib ada di dapur. Terutama bagi mereka yang suka makan pedas. Namun, rupanya cili kering ni ada banyak jenis tau. Setiap jenis ini ada karakter, rasa dan kegunannya yang tersendiri. Patutlah masakan kita kadang rasa pedas sangat, kadang rasa tak pedas langsung. Rupanya ada banyak jenis cili kering.

Jom sama-sama kita kenali jenis ini dan boleh menjadi rujukan bila nak beli cili kering.

Secara lazimnya, cili kering ni dibagahikan kepada tiga kategori iaitu pedas giler, pedas biasa dan kurang pedas. Masing-masing ada karakter, rasa dan kegunaannya yang tersendiri.

#1 Cili kering pedas

Cili ini kecil dan berkedut sedikit. Memang berdesing terus cili ni. Orang yang ada gastrik tu boleh lah lupakan yer kalau nak makan..hehe. Yang ni dari India biasanya.

#2 Cili kering biasa

Cili ini dari India juga, ia dipanggil sebagai cili Byadagi. Ia berkedut dan panjang dan berwarna merah pekat sedikit. Tahap kepedasan cili jenis ini boleh lah. Cili kering ni dah dikira pedas tetapi tidak sepedas cili kering diatas.

#3 Cili Kering Salem Guntur

Cili ini juga dari India. Biasa sangat popular digunakan dalam masakan India. Pedas tu tak pedas sangat. Ia berbau harum dan mempunyai rasa yang sedap.

#4 Cili kering Yidu

Cili ini dari China. Warnanya cantik, besar dan tiada berkedut. Badannya berkilat, licin macam plastik. Kalau nak buat sambal memang cantik.

#5 Cili kering Kashmiri

Warna dia merah pekat dan susah untuk jumpa di Malaysia. Biasa kat Malaysia ni jumpa dalam bentuk serbuk dan biasa diguna dalam masakan tandoori. Cili ini tidak pedas.

Sumber: https://www.mingguanwanita.my/rupanya-cili-kering-banyak-jenis-ada-karakter-rasa-kegunaan-tersendiri/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *