Rumah boleh beri kesan kepada hubungan kamu


Berkahwin dan kemudian berpindah ke rumah baru bersama pasangan adalah satu fasa baru dalam kehidupan anda. Banyak perkara yang perlu disesuaikan seperti tabiat dan amalan diri anda dengan pasangan.

Tetapi tahukah anda, reka bentuk sebuah rumah sebenarnya boleh mempengaruhi hubungan dengan cara bawah sedar. Oleh itu untuk memastikan kehidupan rumah tangga kekal harmoni, perhatikan aspek-aspek berikut yang mungkin boleh membantu:

1. Jangan biarkan rumah bersepah
Rumah yang bersepah boleh menjurus kepada tekanan dan stres. Oleh itu, pastikan anda mempunyai banyak ruang untuk menyimpan barang-barang yang tidak digunakan. Rumah yang rapi dan kemas akan memberikan perasaan releks dan selesa seperti yang anda impikan.

Keselesaan penting apabila berada di dalam rumah. (Gambar Arafen)

2. Cipta ruang selesa
Bila berada di rumah kita hanya mahukan keselesaan. Pilih perabot yang selesa untuk kamu berdua. Buang semua barangan yang menyakitkan. Pilih sofa dan karpet yang lembut yang dapat memberi rasa nyaman kepada kamu dan pasangan apabila berada bersama di rumah.

3. Pilih warna untuk keintiman
Warna boleh mempengaruhi mood seseorang. Jika anda pilih warna untuk bilik tidur, jauhkan dari warna putih, kuning air, hijau dan kelabu kerana warna-warna ini tidak dapat mencipta kemesraan. Pilih warna coklat, karamel dan hangat kerana ia dapat mencipta suasana nyaman dan menyungkap perasaan kasih sayang.

Mempunyai ruang kerja sendiri di rumah membantu anda menguruskan masa dengan lebih baik lagi. (Gambar Pinterest)

4. Pisahkan ruang kerja anda
Jika anda bekerja dari rumah atau membawa pulang kerja ke rumah, pastikan anda mempunyai ruang kerja sendiri. Anda tidak harus membuat kerja di dalam bilik tidur atau ruang tamu yang mana tempat itu adalah untuk diluangkan bersama pasangan anda. Malah, dengan adanya ruang bekerja sendiri, akan membantu anda menguruskan masa dengan lebih baik lagi.

Seimbangkan citarasa rumah dengan pasangan. (Gambar Pinterest)

5. Punya gaya yang seimbang
Pastikan rumah anda mempunyai citarasa yang seimbang untuk anda dan pasangan. Pastikan anda berdua mempunyai ruang masing-masing untuk hobi seperti bilik muzik atau sudut membaca. Buatkan juga ruang untuk anda berdua dapat lakukan perkara bersama.

Rumah adalah tempat anda dan pasangan menghabiskan masa bersama. (Gambar Decoholic)

6. Ingat, ia bukan hanya sekadar rumah
Sesebuah rumah itu perlukan watak. Pilih tema dekorasi yang kamu berdua boleh kenal pasti dan selesa dengannya. Hias rumah dengan barangan menarik yang anda dapat dari bercuti dahulu. Rumah adalah tempat untuk anda dan pasangan rasakan sebagai milik anda berdua. Bukan hanya tempat untuk anda tidur dan makan sahaja.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *