RUGI TAK CUBA! 7 Tips Berjimat Melancong Secara ‘BACKPACKING’.


Artikel ini berkongsi mengenai beberapa tips berjimat kalau melancong secara ‘backpacking’. Tak semua orang ada bajet besar untuk melancong terutama bagi seorang pelajar atau orang yang baru mula bekerja. Tambahan pula zaman sekarang ini harga barang banyak yang dah naik dan semakin membebankan, namun itu bukan satu alasan untuk anda tidak boleh tenangkan fikiran dengan melancong.

Yang penting kena perlu lebih bijak dari segi bajet. sangat penting untuk anda rancang perjalanan dan bajet sebelum berangkat.

#1. ‘Packing’ barang dalam beg galas ‘seminimum’ yang mungkin

Anda boleh pegang formula ‘backpacking’ ini, “Makin Kurang Makin Banyak”. Berbunyi sedikit aneh, tapi ia sangat berguna. Biasanya bujang atau pelajar lbih-lebih lagi wanita, kalau pergi melancong suka bawak baju yang banyak sampai 7-10 pasang baju. Cara begini memang tidak efektif kerana ia akan memakan ruang beg dengan banyak. Cuba bayangkan kalau situasi anda nak melihat tempat menarik secara ‘last minute’ percutian anda sambil menunggu bas, train atau flight, bukankah ia lagi senang nak bergerak kalau barang anda sedikit?

Kalau bawak beg troli seperti beg bagasi, agak sedikit susah unutk bergerak. Selain itu, beg bagasi juga akan meningkatkan kos tambang kapal terbang untuk muatan tamabahan/luggage.

#2 Tinggalkan barangan berharga di rumah.

Nak pergi melancong, bawaklah barang yang penting sahaja. Kebiasaanya wanita memang suka bawak semua barang kemas atau aksesori mahal seperti cincin kahwin atau seumpanya pergi melancong. Idea melancong secara ‘backpacking’ anda perlu ingat hanya perlu bawa keperluan asas sahaja. Mudah kan? Anda perlu bezakan yang mana KEPERLUAN dan HIASAN. Keperluan ini kalau hilang anda senang nak cari. Tapi kalau hiasan hilang, menangis tepu bucu katillah jawabnya😅.

#3 Beritahu seseorang kalau melancong

Kesilapan besar kalau anda pergi melancong terutamanya luar negara tanpa pengetahuan keluarga atau rakan karib. Pengetahuan keluarga itu PENTING YA!. Sanggup ke anda buat mak ayah risau?

Terdapat satu kes dimana bila dah sampai di Thailand/Indonesia bila nak balik ke tanahair, sekali kena tahan di airport dan kadang-kadang tertangguh perjalanan sampai berhari-hari. Mungkin kejadian ini jarang berlaku tapi tak rugi apa-apa kalau anda maklumkan kepada keluarga atau rakan karib. Paling mudah, update status di Facebook atau media social lain.

#4 Dapatkan Homestay/ bilik sewa/ hostel dan pos makanan sebelum berangkat.

Kebanyakan orang yang suka melancong secara ‘backpacking’ sangat mengutamakan penginapan bajet yang mempunyai dapur. Lebih-lebih lagi kalau melancong ke luar negara dimana susah untuk dapatkan sumber makanan yang halal.

Anda boleh memilih penginapan rumah di pelbagai online platform seperti Booking atai di Airbnb. Kalau anda tidak pasti kawasan anda melancong itu mudah atau susah nak cari sumber makanan halal, bawalah mee segera atau pos bekalan makanan ke alamat penginapan anda. Ini jika anda merancang untuk melancong lebih lama.

#5 Beli ‘Train Pass’

Jika anda melancong secara ‘backpacking’ ke destinasi seperti Eropah Utara, Eropah Selatan dan juga di Asia, lebih baik jika anda beli ‘train pass’ awal-awal untuk lebih mudah anda bergerak. Tak perlu penat beratur untuk beli tiket. Mana tau beli tiket awal boleh dapat diskaun 🥰.

#6 Berhati-hati dengan penyeluk saku dan artis penipu

Boleh dikatakan semua tempat di dunia terutamanya di kawasan tumpuan pelancongan akan ada ‘lanun-laun’ penyeluk saku dan ‘artis penipu/scam. Jika mereka dapat tahu yang anda bukan orang tempatan, sememangnya mereka akan mencari peluang untuk mengambil kesempatan.

Pastikan duit sentiasa disimpan dan dijaga dengan rapi didalam poket dan bagi wanita seeloknya jangan pakai handbang atau pegang dompet ditangan. Pastikan anda silang di dada. Selain itu, terdapat juga ejen-ejen pelancongan ‘penipu’ yang secara tiba-tiba datang tegur anda dan menawarkan pelbagai servis pada harga yang murah. Berhati-hati! Mereka mungkin akan merompak atau membawa anda ke tempat lain.

Cari ejen atau syarikat pelancongan yang ada review bagus seperti fi Fanpage facebook mereka. Selepas itu, lebih elok jika anda semak dengan Google nama ejen plancongan itu. Mesti akan ada yang kongsikan pengalaman menggunakan servis mereka.

#7 Jalan kaki sebanyak mungkin

Sekiranya anda melancong ke kawasan berbandar, seeloknya kurangkanlah penggunaan teksi atau pengangkutan awam lain kerana ia akan menjimatkan belanja anda dan yang pastinya kan sihat kalau berjalan kaki.

Anda boleh tengok contoh di Kuala Lumpur, bagaimana mat saleh membawa beg galas besar ke hulu ke hilir dan bahkan ada seorang blogger ini berjumpa dan bertanya sendiri seorang pelancong yang berjalan kaki dari KL Sentral ke KLCC kerana mahu berjimat dan lebih nak ‘feel serta mengenali bandar KL.

Itulah beberapa tips mudah berjimat kalau melancong secara ‘backpacking’ sama ada dalam atau luar negara. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: https://www.caridestinasi.com/7-tips-berjimat-melancong-backpacking-rugi-tak-cuba/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *