Rugi Siapa Yang Tak Suka Makan Bayam


Bayam merupakan salah satu sayuran yang mudah dimasak dengan pelbagai cara. Bayam juga merupakan sayuran berserat dan kaya dengan pelbagai sumber nutrisi, bermula dari daun hingga akarnya seperti protin, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, hingga ke vitamin A, B dan C.

Oleh kerana kaya dengan serat, maka bayam sangat membantu melancarkan proses pencernaan. Malah, akar bayam merah juga berkhasiat untuk rawatan infleksi pada usus.

Selain itu, bayam turut membantu memperkuatkan akar rambut, membersihkan darah selepas melahirkan, membantu mengawal tekanan darah rendah, kurang darah (anemia), dan masalah ginjal.

Namun, bayam juga mempunyai purin yang tinggi dan pengidap gout tidak digalakkan makan bayam terlalu banyak.

Selalunya, bayam merah dikatakan mempunyai lebih khasiat daripada bayam hijau.

Cuba lihat, antara khasiat bayam kepada kesihatan.

1. Meningkatkan kesihatan tulang

Bayam memiliki kandungan vitamin K dan magnesium. Dalam satu mangkuk bayam mengandung 987% vitamin K harian dan 39% magnesium. Vitamin K penting untuk kesihatan tulang.

Selain itu, bersama dengan vitamin D, vitamin K juga meningkatkan kepadatan tulang. Malah, kadar kalium yang tinggi dalam bayam juga membantu melindungi dari kehilangan kepadatan mineral tulang.

2. Mencegah anemia

Bayam memiliki kandungan zat besi yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Tanpa zat besi yang cukup, darah tidak dapat menghasilkan hemoglobin.

Hemoglobin adalah protin dalam darah yang memberi warna merah pada sel darah dan bertugas mengangkut oksigen ke organ. Oleh itu, makan makanan kaya zat besi penting bagi mereka yang menderita atau berisiko anemia.

3. Baik untuk kulit dan rambut

Bayam mengandung vitamin A yang tinggi, nutrisi yang diperlukan untuk pengeluaran sebum agar rambut tetap lembab. Vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua jaringan tubuh, termasuk kulit dan rambut.

Selain itu, bayam juga kaya vitamin C yang dapat membantu menjaga kulit tampak awet muda dan menyembuhkan luka. Mengambil vitamin C yang cukup dapat membantu membina dan memelihara kolagen yang memberikan struktur cantik pada kulit dan rambut.

4. Mengurangkan gejala asma

Kandungan magnesium di dalam bayam juga bagus untuk penderita asma. Magnesium berkesan untuk serangan asma.

Selain itu, bayam juga memiliki beta-karoten tinggi yang dapat membantu penderita asma mengurangi gejalanya.

5. Baik untuk kesihatan mata

Bayam adalah sumber karotenoid lutin dan zeaxanthin yang baik dan membantu mencegah degenerasi makula dan katarak.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh sebuah institut, telah menunjukkan bahawa mereka yang makan bayam tiga kali seminggu memiliki risiko 43% lebih rendah terkena degenerasi makula.

6. Melawan radikal bebas

Radikal bebas merupakan atom tidak stabil yang menyebabkan keadaan stres oksidatif. Stres oksidatif merupakan kondisi yang berbahaya, kerana ia merosakan sel DNA, dan menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit.

Salah satu manfaat bayam adalah melawan radikal bebas, serta mengurangkan kondisi stres oksidatif melalui beberapa jenis antioksidan padanya iaitu vitamin A, vitamin C, kaempferol dan kuersetin.

7. Mengawal tekanan darah

Sayur bayam juga kaya dengan nitrat yang bermanfaat untuk mengawal tekanan darah. Dengan mengendalikan tekanan darah, makan sayur bayam juga dapat mengurangi risiko terkena penyakit jantung.

8. Mengawal diabetes

Bayam juga dikatakan mampu mengawal penyakit diabetes. Ini kerana, sayur bayam mengandungi molekul antioksidan dipanggil asid alfa-lipoat, yang terbukti dapat menurunkan kadar glukosa dan meningkatkan sensitiviti insulin.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *