RESEPI2 cookies SEDAP DAN SIHAT


Dalam banyak-banyak dessert yang ada dekat dunia ni semua nya sedap dan mungkin akan membuatkan korang naik berat badan kan? Macam mana ya nak sihat, tapi boleh makan makanan yang sedap dan dalam masa yang sama sihat jugak… Jangan risau kawan-kawannnn, saya ada penyelesaiannya! Resepi dessert sedap dan sihat! Jom baca sampai habis!

  1. OAT CHOCO BAR

BAHAN-BAHAN:

  • 100 gm nestum (bukan nestum baby tu tau)
  • 100 gm Quaker oat
  • 100 gm Coklat compound/Coklat putih compound
Haa macam ni..

CARA PENYEDIAANNYA:

  1. Sediakan Quaker Oat dan Nestum sama banyak (jika mahu buat banyak, boleh tambah kuantitinya ya).
  2. Cairkan coklat/coklat putih compound secara double boiler/kukus.
  3. Bila coklat dah cair, boleh lah campurkan dalam campuran Quaker Oat dan Nestum tadi.
  4. Gaulkan Quaker Oat, Nestum dan coklat mengunakan sudu kayu dan gaulkan sehingga sebati.
  5. Kemudian ratakan adunan dalam loyang atau bekas acuaan yang anda mahukan dan lapik dengan plastik. (ni supaya dia tak melekat nanti)
  6. Kemudian sejukkan dalam freezer selama 3-5 minit, keluarkan dan potong. (tidak mahu letakkan dalam freezer pun boleh, nanti dia akan keras sendiri)

2. GRANOLA BAR

BAHAN-BAHAN:

  • Rolled oat
  • Aneka kekacang (badam, walnut, biji gajus)
  • Mentega
  • Gula perang (ikut tahap kemanisan snediri)
  • Madu
  • Secubit garam
  • Buah-buahan kering (dipotong kecil)

CARA PENYEDIAANNYA:

  1. Panaskan sebentar aneka kekacang dalam ketuhar.
  2. Kemudian cairkan mentega di dalam kuali. Setelah itu, masukkan kesemua bahan ke dalam kuali, gaul sebati di atas api perlahan.
  3. Masukkan adunan yang digaul itu ke dalam bekas bersesuaian mengikut ketebalan yang dikehendaki.
  4. Tekan dengan sudu adunan tersebut sampai menjadi padat.
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
  6. Keluarkan dan potong saiz empat segi kecil (ikut suka hati anda)
  7. Sedia untuk dinikmati!

3. JELLY DAN PEANUT BUTTER BAR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/4 cawan oat
  • 2 sudu besar chiaseed
  • 2 1/2 sudu besar flakseed
  • 1/4 cawan buah kering
  • 1/2 cawan peanut butter
  • 1/4 cawan sirap maple

CARA PENYEDIAANNYA:

  1. Dalam campuran mangkuk campuran semua bahan di atas dengan teliti.
  2. Tuangkan ke dalam dulang penaik yang diabrisi dengan lembaran penaik. Dinginkan selama 2 jam.
  3. Keluarkan dan potong empat segi.
  4. Siap untuk dihidangkan!

4. OAT COOKIES

BAHAN A:

  • 150 gm mentega
  • 150 gm lemak sayuran
  • 200 gm gula halus

BAHAN B:

  • 100 gm tepung gandum
  • 60 gm oat
  • 80 gm tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh esen vanila

CARA PENYEDIAANNYA:

  1. Satukan bahan A dan pukul sehingga kembang.
  2. Masukkan bahan B ke dalam adunan bahan A tadi. Gaul rata.
  3. Kemudian uli sehingga menjadi doh.
  4. Canaikan dan terapkan, Susun di atas dulang pembakar.
  5. Bakar pada suhu 175 darjah Celcius selama 20 minit.

5. BISKUT TANPA TEPUNG DAN GULA

BAHAN-BAHAN:

  • Garam (sedikit sahaja)
  • 1 cawan oat
  • 1/2 sudu serbuk penaik
  • vanila/kayu manis
  • 3 sudu minyak sayuran
  • 2 sudu madu

CARA PENYEDIAANNYA:

  1. Proses memasak agak mudah: letakkan semua bahan yang disenaraikan dalam bekas yang dalam, kacau dan saring selama 30 minit.
  2. Selepas masa ini, buat kek kecil daripada jisim, letakkan dalam acuuan atau pada lembaran penaik dan bakar selama 10 minit pada 200 darjah Celcius.

Sumber: Mstar blog, ms.womanexpertus.com.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *