RESEPI-RESEPI DESSERT menarik!


Waktu di rumah mesti terasa nak makan dessert/pencuci mulut yang sedap kan? Tapi malas kan? Tak pe ada je ni resepi dessert yang menarik, bahan-bahannya mungkin tak perlu banyak dan mungkin tak payah nak masak pon. Jom kita try!

1. KEK BATIK BISKUT MARIE

BAHAN-BAHAN:

  • 200 gm serbuk milo
  • 250 gm mentega
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin susu pekat manis
  • Sepeket besar biskut Marie (patahkan 4 bahagian)

CARA PENYEDIAANNYA:

  1. Lapik loyang dengan patchment paper supaya mudah untuk keluarkan kek setelah masak.
  2. Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana, masukkan susu dan serbuk milo.
  3. Setelah sebati masukkan biskut marie dan gaulkan.
  4. Tuangkan semuanya ke dalam loyang dan tekan supaya mampat.
  5. Simpan dalam peti sejuk selama 4/5 jam sebelum dihidangkan.

2. SAGU GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm biji sagu
  • 4 cawan air
  • Sirap/pewarna (apa2 warna pon boleh)
  • 80 gm gula melaka
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan (simpulkan)
  • 300 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata *optional: boleh guna susu/susu cair

CARA PENYEDIAANNYA:

Sagu

  1. Rendam biji sagu terlebih dahulu di dalam air biasa selama sejam lebih kurang. Supaya bijisagu lebih cepat maska. Tak rendam pun takpe. Cima proses untuk masak tu lama sedikit.
  2. Didihkan 4 cawan air. Kmeudin masukkan biji sagu. Masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau sagu supaya tak berkerak di bawah. Masak hingga biji sagu kembang dan jernih.
  3. Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sagu (supaya biji sagu nampak lebih cantik).
  4. Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran masing2. (kalau masuk dalam bekas besar, boleh potong2 semasa hendak makan).
  5. Simpan dalam peti sejuk hingga sagu kental.

Air gula

  1. Masukkan gula melaka, gula pasir, air, dan daun pandan ke dalam periuk. Maska hingga gula larut dan pekat.
  2. Sejukkan air gula.
  3. Apabila sagu dah sejuk dan kental, keluarkan dari acuan. Hidangkan bersama sedikit air gula dan snatan/susu cair/susu.

3. MOCHI ICE CREAM

BAHAN-BAHAN:

  • 50 gm tepung pulut
  • 100 gm gula pasir
  • 100 ml air
  • 1 sudu besar pewarna kesukaan
  • Tepung jagung secukupnya

BAHAN INTI:

  • Ice cream kesukaan anda

CARA PENYEDIAANNYA:

  1. Bulatkan ais krim menggunakan scoop ice cream khas. Kemudian ais krim tadi di simpan semula ke dalam peti sejuk beku.
  2. Satukan tepung pulut, gula, air dan pewarna. Kemudian kukuskan sehingga teksturnya berubah likat berkilat.
  3. Taburkan tepung di atas dulang dan sedikit di atas adunan mochi tadi supaya penggelek tidak melekat ke atsnya. Gelek sehingga rata.
  4. Masukkan adunan mochi yang sudah digelek ke dalam mangkuk. Lapik mangkuk dengan plastik untuk memudahkan mochi dikeluarkan.
  5. Masukkan ais krim yang disejuk beku tadi ke dalam mochi dan sejukkan selama 30 minit.
  6. siap dinikmati sementara masih dingin.

4. MATCHA KASUTERA

BAHAN-BAHAN:

  • 8 biji telur
  • 300 gm gula kaster
  • 200 gm tepung roti (diayak tiga kali)
  • 1/2 sudu teh serbuk teh Matcha (teh hijau)
  • 100 ml susu
  • 4 sudu makan madu

Note: sedikit mentega untuk menggiris dasar loyang pembakar

CARA PENYEDIAANNYA:

  1. Sediakan loyang segi empat/segi apa-apa pon.
  2. sapukan sedikit mentega di bahagian dasar loyang dan alas dengan kertas parchment.
  3. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius.
  4. Panaskan susu dan madu.
  5. Masukkan telur dan gula di dalam mesin pemutar dan putarkan sehingga ringan dan gebu.
  6. Perlahankan kelajuam mesin pemutar, masukkan susu dan madu dan kacua sehingga sebati.
  7. Akhir sekali masukkan tepung dan matcha yang diayak, putar sehingga sebati.
  8. Kemudian tuang di dalam loyang segi empat tepat yang dilapik dengan kertas parchment.
  9. masukkan dalam ketuhar dan bakar selama 35-45 minit (170 darjah Celcius).
  10. Keluarkan dari ketuhar dan terbalikkan di atas redai sehingga sejuk.
  11. Kikis tepi kek dan keluarkan dari loyang.
  12. Potomng kek setebal 2 cm dan hidangkan di atas pinggan yang disediakan.

5. TAUFU FA PANDAN

BAHAN-BAHAN:

  • 8 gm agar-agar tali
  • 2 liter air kotak kacang soya
  • 1 cawan air
  • Sehelai daun pandan
  • 2 cawan air ditambah 1 cawan gula/gula merah jadikan air gula

CARA PENYEDIAANNYA:

  1. Masak agar-agar bersama air sampai hancur.
  2. Masukkan air kacang soya dan daun pandan. Kacau selama 5 minit.
  3. Jika sudah 5 minit, tutup api.
  4. Tapis air dan masukkan dalam acuan.
  5. Sejukkan dan tunggu keras.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa blog, resepi.my


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *