Resepi Nasi Minyak yang mudah dan sedap


Nasi minyak adalah nasi berperisa yang amat popular di majlis perkahwinan dan majlis-majlis istimewa. Ianya sedap dimasak dengan ghee dan rempah ratus. Bahan-bahannya juga mudah ditemui di kebanyakan pasaraya.

Jadi, lain kali anda menyediakan hidangan, sama ada untuk diri sendiri atau untuk keluarga dan rakan-rakan, cubalah tukar nasi biasa dengan nasi minyak pula.

Rasa dan aroma nasi yang lazat ini akan menambahkan keistimewaan kepada makanan anda. Hidang dengan ayam masak merah, dalca dan sambal pudina untuk kombinasi yang hebat.

Bahan-bahan

Nasi:

  • 3 cawan beras basmati
  • 1 sudu besar garam kasar

Aromatik:

  • 5 bawang merah, dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, dipukul alu & dicincang halus
  • 2 cm halia, dipukul alu & dicincang kasar

Untuk menggoreng:

  • 5 sudu besar ghee
  • 3 daun pandan, diikat
  • 2 batang kayu manis 4cm
  • 3 bunga lawang
  • 1 sudu kecil buah pelaga
  • 1 sudu kecil bunga cengkih

Untuk memasak:

  • 3 sudu yoghurt
  • 3 batang daun sup, dikerat
  • 1 cawan susu sejat
  • 2 cawan stok ayam
  • 1 cawan air
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar ghee

Hiasan:

  • 1 sudu besar bawang goreng

Kaedah

  1. Bilas beras sehingga air jernih. Langkah ini akan memerlukan beberapa bilasan.
  2. Rendam beras dengan air garam selama 1 jam. Tapis dan biarkan sebentar.
  3. Potong dan campur bahan-bahan aromatik.
  4. Pada suhu api tinggi, panas dan cairkan ghee di dalam kuali besar.
  5. Bila ghee cukup panas untuk menggoreng, kira-kira 190°C, masukkan pandan, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Masukkan campuran aromatik. Goreng sehingga tepi-tepi bahan aromatik mula berkaramel.
  6. Masukkan beras dan kacau hingga rata. Terus kacau sehingga beras berwarna perang sedikit dan mengeluarkan aroma seperti kacang. Ini akan mengambil masa kira-kira 5 minit.
  7. Masukkan nasi dan semua bahan dari kuali ke dalam periuk nasi.
  8. Masukkan yoghurt dan kacau.
  9. Seterusnya, masukkan daun sup, diikuti susu, stok ayam dan air. Masukkan garam, gula dan ghee dan kacau untuk campur.
  10. Masak seperti biasa dalam periuk nasi.
  11. Setelah masak, hidang nasi di atas bekas hidangan dan keluarkan bahan-bahan besar seperti pandan dan kayu manis.
  12. Hias dengan bawang goreng.

Tips tambahan:

  1. Lebih baik kualiti beras basmati anda, lebih sedap nasi minyak anda.
  2. Cuba keluarkan bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih dari nasi masak sebelum disajikan. Bahan-bahan ini menambah banyak rasa dan wangian kepada mana-mana masakan, tetapi agak pahit jika digigit. Bahan-bahan ini agak kecil, jadi keluarkan sebanyak mungkin dan beri amaran kepada tetamu tentang potensi tergigit ‘perangkap’ ini.
  3. Guna saiz cawan yang sama untuk beras dan bahan cecair anda. Kami cadang anda guna cawan pengukur dan bukan cawan yang biasanya datang dengan periuk nasi kerana ukuran mungkin berbeza.
  4. Jika ingin menambah perisa setelah nasi minyak telah masak, taburkan sedikit kismis untuk rasa manis-manis.

Hanya beberapa langkah mudah diperlukan untuk menghidangkan nasi minyak yang lazat di meja anda.

Cubalah resepi ini dan lihatlah hasilnya. Selamat mencuba.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *