RESEPI KUIH TRADISIONAL DI PAGI RAYA


Bulan bersilih ganti, In shaa Allah seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa pada tanggal 13 Mei 2021. Walaupun raya tahun ini berbeza dari tahun sebelumnya, tidak bermakna kita tidak dapat menyambut hari raya dengan meriah.

Bila sebut pasal raya, memang tak sah kalau tidak ada kuih-muih, biskut raya dan juadah raya. Kalau sebelum ini kita tidak ada buat kuih tradisional ini, cuba raya tahun ini kita buat kelainan sedikit dengan menambah juadah kuih tradisional selain dari biskut raya. Kali ni akak gojes nak share beberapa resepi juadah kuih tradisional. Jom tengok!

  1. LEMANG

Bahan-bahan:

  1. Buluh โ€“ Pemilihan buluh adalah sangat penting. Buluh yang digunakan perlu dibilas menggunakan air yang bersih, terutamnya bahagian dalam. Basuh sebanyak dua, tiga kali pun boleh dan pastikan ia betul-betuk kering sebelum digunakan. Buluh juga janganlah terlalu panjang takut nanti tidak masak dengan sempurna. Ketebalan juga penting dimana jika buluh itu nipis, ia akan mudah pecah manakala buku yang terlalu tebal pula akan melambatkan proses pembakaran lemang. Jadi, pilihlah 2 batang buluh bersaiz sederhana.
  2. Daun pisang โ€“ Digunakan untuk membalut bahagian dalam buluh. Pastikan anda memilih daun pisang yang tidak tua ataupun terlalu muda.
  3. Beras pulut โ€“ 1 kg
  4. Kelapa (santan) โ€“ 3 ke 4 biji
  5. Garam โ€“ Secukup rasa

Cara-cara:

  1. Basuh beras pulut dan tos sehingga kering.
  2. Masukkan daun pisang untuk membalut bahagian dalam buluh. Pastikan ia tidak digulung dengan lapisan yang banyak.
  3. Kemudian masukkan beras pulut ke dalam buluh sehingga hampir penuh. Tinggalkan ruang sepanjang dua inci.
  4. Gaulkan santan dengan garam secukup rasa. Kemudian masukkan santan ke dalam buluh hingga paras atas.
  5. Kedudukan buluh haruslah didirikan separa condong dan dimasak dengan api sederhana kuat seperti gambar di bawah.

6. Pastikan setiap 15 minit ia dibalik-balikan supaya ia masak dengan sekata. Jangan terlupa balik-balikkan, hangus nanti.

7. Masak sehingga tiga ke empat jam. Mulai dua jam ke atas, anda boleh cucuk lidi ke dalam lemang untuk tahu ia dah masak ke belum. Kalau melekit, maknanya sudah masak, tapi kalau masih basah atau berair, maknanya anda perlu tunggu lagi.

Lepas tu, boleh la diangkat. Belahkan lemang dari bahagian atas dan kopak menggunakan tangan. Keluarkan lemang yang dibaluti dengan daun pisang tadi, dan potong untuk dihidangkan.

2. SERUNDING

Dah ada lemang, ada ketupat, tapi tak ada serunding, memang tak lengkaplah pagi raya kita nanti. Serunding ni ada pelbagai jenis iaitu serunding daging atau ayam. Ikut suka anda nak buat yang mana. Tapi hari ni akak gojes nak share serunding daging lembu.

Bahan-bahan:

  1. Daging โ€“ ยฝ kg
  2. Cili kering โ€“ 1 genggam
  3. Bawang merah besar โ€“ 6 biji
  4. Bawang putih โ€“ 8 ulas
  5. Lengkuas โ€“ dihiris kepada 5 keping
  6. Halia besar โ€“ 2 ketul
  7. Serai โ€“ 5 batang
  8. Kunyit hidup kecil โ€“ 6 ketul
  9. Jintan putih โ€“ 2 sudu besar
  10. Jintan manis โ€“ 2 sudu besar
  11. Serbuk kari โ€“ 3 sudu besar
  12. Serbuk ketumbar โ€“ 2 sudu besar
  13. Santan โ€“ dari 1 biji kelapa

Cara-cara:

  1. Rebus daging sehingga empuk. Pastikan ia cukup empuk untuk dicarik-carik kemudian.
  2. Carik-carik daging. Ini merupakan bahagian paling leceh dalam penyediaan serunding. Kalau ramai yang bantu, senang sikit kerja.
  3. Gunting cili kering kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil dan rebuskan ia sehingga empuk. Selesai direbus, kisarkan ia menggunakan mesin kisar.
  4. Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia besar, serai dan kunyit hidup.
  5. Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis hingga pecah minyak.
  6. Masukkan jintan putih dan jintan manis.
  7. Masukkan serbuk kari dan serbuk ketumbar. Tumis hingga pecah minyak.
  8. Masukkan santan. Gaul hingga agak sebati.
  9. Masukkan daging yang sudah dicarik. Teruskan gaul.
  10. Masukkan garam secukup rasa.
  11. Teruskan gaul sehingga kering.

Bila dah kering, maknanya serunding anda dah siap. Pastikan serunding nya kering ya supaya tahan lebih lama.

Sekarang dah boleh hidangkan serunding ni untuk dipadankan dengan lemang atau ketupat.

3. DODOL

Dodol maker Zamri Sulaiman, 47, (from left) being helped by his workers Ismail Mohd Zain, 30, and Mohammad Afiq Badrulhisam, 20, preparing the ‘ Dodol Tok Nah’ to meet the demand from his customers during MCO at his home in Kampung Kuala Mengkuang in Penanti, Bukit Mertajam. – Starpic by MUSTAFA AHMAD/The Star/4 May 2020.

Siapa yang tidak tahu dodol ni kan? Kebiasaannya, dodol ini akan dibuat pada malam menjelang hari raya aidilfitri supaya pagi raya nanti ia sudah mencapai tahap kepekatan dan kekenyalan yang sesuai untuk dihidangkan. Mudah sahaja nak buat dodol ini iaitu dengan 7 bahan ni sahaja. Memang bahannya sikit shaja, tpi nak buat tu memerlukan tenaga yang kuat! Tapi, tidak mengapa jika buat beramai-ramai. Memang syok!

Bahan-Bahan:

  1. Tepung pulut โ€“ 2 cawan
  2. Santan pekat โ€“ 2 cawan
  3. Gula merah/gula melaka โ€“ 2 cawan
  4. Gula pasir โ€“ 1 cawan
  5. Air โ€“ 1 cawan
  6. Garam (sedikit sahaja)
  7. Daun pandan (untuk aroma)

Cara-cara:

  1. Masak gula merah /gula melaka dan gula pasir dicampur dengan secawan air. Masukkan daun pandan untuk menambah aroma.
  2. Bancuh tepung pulut menggunakan santan di dalam bekas berbeza. Kemudian, tapis bancuhan ini.
  3. Campur kedua-dua bancuhan di atas dan tambahkan secubit garam.
  4. Gunakan kuali yang tidak melekat dan masukkan bancuhan tadi ke dalam kuali. Pastikan anda menggunakan api yang kecil.
  5. Ini bahagian yang paling sukar untuk membuat dodol. Kacau!
  6. Pastikan bancuhan ini dikacau tanpa henti sehingga ia menjadi pekat dan likat. Mula-mula tu memang senang nak kacau, tapi makin lama, makin susah sebab semakin pekat.

Bila bancuhan tu dah pekat dan likat, jadi la dodol. Biasanya kena tunggu dodol dah sejuk, baru senang nak potong dan hidangkan.

Di kampung, biasanya orang masak dodol pakai bara arang. Senang cerita, lagi kecil api, lagi bagus. Proses kacau dodol boleh mengambil masa 2 ke 3 jam (bergantung pada sukatan). Kalau ada ramai orang tolong, senang la sikit kerja. Boleh gilir-gilir kacau, tak adalah penat sangat kan.

4. KUIH SIPUT

Jika kita lihat sekarang, kuih siput ini dah jarang orng buat atau lebih kenali sebagai kuih yang semakin ditinggal zaman. Mungkin jika kita tanya generasi sekarang, mereka tidak tahu atau langsung tidak pernah tengok kuih ini. Tak susah pun nak buat kuih siput ni. Jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya dibawah.

Bahan-Bahan:

 Tepung gandum โ€“ 500 gram
2. Marjerin โ€“ 150 gram
3. Udang kering โ€“ 2 sudu besar
4. Bawang putih โ€“ 2 ulas dihiris nipis
5. Rempah kari โ€“ 1 sudu besar
6. Serbuk cili โ€“ 1 sudu besar
7. Serbuk jintan manis โ€“ 1 ยฝ sudu besar
8. Serbuk jintan putih โ€“ 1 ยฝ sudu besar
9. Telur โ€“ 1 biji
10. Daun kari โ€“ 5 tangkai
11. Garam โ€“ secukup rasa
12. Air โ€“ 150 ml

Cara-cara:

1. Tumis bawang putih dan udang kering hingga separa masak, keluarkan dari kuali dan tumbuk sehingga halus.
2. Cairkan marjerin.
3. Gaulkan tepung gandum, rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan campurkan bawang putih dan udang kering yang ditumbuk halus tadi.
4. Tuang marjerin cair secara berperingkat sambal anda gaul bancuhan tadi sehingga menjadi seperti serbuk. Pastikan adunan anda sebati dan sekata untuk mendapatkan kuih siput yang rangup.
5. Pukul telur.
6. Tuang telur secara berperingkat dan di selang-seli dengan air sambil menggaul adunan sehingga ia menjadi doh lembut. Biarkan doh seketika.
7. Gentel doh menjadi bentuk bujur dan tekan di atas acuan kuih siput. Letakkan di permukaan yang tidak melekat (boleh gunakan tepung untuk elakkan ia melekat).
8. Goreng bersama dengan daun kari sehingga ia bertukar kekuningan.

Begitulah caranya nak buat kuih siput. Senang kan? Kepada yang tak tau mana nak cari atau tak pernah rasa kuih siput ni, cuba la resepi ni. Bila dah mula makan, mesti susah nak berhenti.

5. KUIH PENERAM/DENDERAM

Ini adalah kuih yang sangat susah nak jumpa sekarang dan boleh dikatakn semakin dilupakan. Sebenarnya kuih ni sangat sedap tau, rugi siapa yang tak pernah cuba. Walaupun rupanya tidak menarik, tapi rasanya memang tak akan sangka sebab sedap sangat! Jom kita tengok resepinya, kot tiba-tiba teringin nak buat:)

Bahan-Bahan:

 Tepung beras โ€“ 500 gram
2. Tepung gandum โ€“ 1 sudu besar
3. Gula merah โ€“ 200 gram
4. Gula pasir โ€“ 200 gram
5. Air โ€“ 1 ยผ cawan

Cara-cara:

1. Campurkan gula merah, gula pasir dan air. Masak hingga mendidih.
2. Tuang ke dalam campuran tepung beras dan tepung gandum. Gaul hingga sebati menggunakan senduk.
3. Biarkan adunan selama empat ke lima jam minimum. Lagi lama perap, lagi sedap.
4. Selesai perap, tekap dengan acuan dan goreng dengan minyak yang betul-betul panas.

Okay, siap! Dah boleh dihidangkan. Melihat kepada bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuih ni, ia sesuai dijadikan pemanis mulut. Waktu raya, selepas satu hari menjamah serunding atau rendang, boleh la jamah kuih ni pula. Memang nikmat ya.. Semoga berjaya!

Semoga akak gojes dapatlah membantu sedikit-sebanyak untuk anda mendapatkan idea juadah kuih-muih dipagi raya. Tapi ingat, raya, raya juga, patuhi SOP yang telah ditetapkan ya.

SEMOGA BERMANFAAT!

Sumber: https://insights.mudah.my/resepi-juadah-raya-tradisional-yang-semakin-dilupakan/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *