RESEPI KEK SIHAT & SEDAP


Actually kita boleh je makan semua makanan seperti kek, biskut, dan sebagainya. Tapi berpada-pada lah ye. Jangan mencekik pulak makan tu. Baru lah tak naik berat badan tu. Jom kita buat try buat kek gaya hidup sihat! Let’s go!!

1. Kek pisang versi sihat

resepi kek pisang
Kredit: @siraplimau.com

Bahan-bahan:

  • 1 cawan rolled oat (apa2 jenama pon boleh ya)
  • 3 biji pisang berangan
  • 3 biji telur
  • 2 biji kurma (kalau nak manis boleh letak lebih)
  • 3 keping roti wholemeal
  • 1 cawan susu low fat
  • sedikit esen vanilla
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil ovalette

Cara penyediaan:

  1. Blend semua bahan. Kisar semuanya sampai sebati.
  2. Bila dah sebati, boleh tuang adunan ke dalam acuan. Gunakan parchment paper/kertas lapik supaya kek tak melekat dan berkerak pada loyang.
  3. Di atas adunan tadi boleh letak topping buah pisang atau buah apa2 pon mengikut citarasa masing-masing.
  4. Kemudian bakar pada suhu 180 darjah selama sejam atau sehingga masak.

2. Kek batik sihat

Kek Batik
Kredit: @ceriasihat.com
  • 1/2 cawan serbuk Milo
  • 1/2 cawan coklat morsel kurang manis
  • 1/2 cawan air/susu mendidih (mana-mana yang anda suka)
  • 3/4 cawan mentega dipotong dalam ketuhan besar
  • 1 cawan buttermilk
  • 1/4 cawan gula perang (atau tiada gula sama sekali)
  • 5 biji telur; pisahkan putih telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 pek biskut Marie (250g)

Cara penyediaan:

  1. Hancurkan setiap biskut Marie secara kasar dan ketepikan dahulu.
  2. Lapik loyang menggunakan ‘parchment paper’. Sapu gris pada loyang terlebih dahulu supaya kertas tersebut melekat dengan elok.
  3. Pukul putih telur dan kuning telur secara berasing sehingga lembut.
  4. Cairkan coklat morsel mengikut arahan pada pembungkusan.
  5. Campurkan coklat cair dan serbuk Milo dalam periuk dan tambah air/susu ke dalam periuk sambil kacau sehingga sebati.
  6. Tambah mentega, buttermilk, gula, putih telur, kuning telur dan esen vanilla ke dalam periuk.
  7. Selaraskan pada api sederhana. Kacau secara berterusan sehingga bahagian bawah adunan mula menebal. Ia mengambil masa kira-kira 5-8 minit.
  8. Kemudian, masak pada api yang rendah selama 20 minit atau sehingga adunan menjadi tebal seperti kastard. Jangan berhenti mengacau.
  9. Pindahkan adunan ke dalam mangkuk besar dan masukkan biskut Marie yang dihancurkan. Campurkan kesemua bahan sehingga semuanya disalut dengan adunan.
  10. Tuang adunan ke dalam loyang dan leperkannya menggunakan senduk untuk memastikan tiada poket udara terbentuk.
  11. Ketuk loyang di meja beberapa kali kemudian letakkan dan luruskan ‘parchment paper’ di atas adunan untuk meratakannya.
  12. Biarkan sejuk kemudian tutup dengan cling wrap. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.

3. Kek coklat sihat

resipi kek coklat sihat
Kredit: @ceriasihat.com

Bahan-bahan:

  • 3 telur bersaiz besar
  • 1 cawan sirap maple atau madu
  • 2 cawan yogurt biasa atau yogurt Yunani (3% + lemak)
  • 1 sudu serbuk penaik
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum (boleh tukar dengan tepung protein/tepung wholemeal/tepung kelapa)

Topping:

  • 1 1/2 cawan yogurt Yunani biasa (2% + lemak)
  • 1/3 cawan sirap maple
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu ekstrak vanila tulen

Cara penyediaan:

  1. Letakkan 2 kuali kek ke bawah di atas 2 keping kertas kulit. Lukiskan bulatan di sekitarnya dengan pensil, kemudian potong setiap bulatan dengan gunting. Letakkan potongan kertas itu di dalam setiap bekas kek dan semburkan dengan minyak masak.
  2. Panaskan ketuhar hingga 180Β°C. Dalam mangkuk yang besar, tambahkan telur dansirap maple, gaul menggunakan mixer selama 30 saat atau sehingga ia sebati.
  3. Tambahkan yogurt, serbuk penaik, vanila, garam dan pukul dengan mixer selama 30 saat.
  4. Tambahkan serbuk koko dan gunakan pemukul untuk kacau bahan sehingga sebati. Masukkan tepung dan kacau hinggat rata. Elakkan dari terlebih menggaul dan hanya gaul sehingga anda mendapat konsistensi yang licin.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan dalam bekas kek yang telah disediakan sebelum ini. Bakar pada suhu 180 Β°C selama 27 minit atau sehingga masak. untuk mengetahui yang kek sudah masak ke belum, anda boleh cucuk kek di bahagian tengah. Pastikan cucuk di bahagian tengah ya. Selalunya baahgian tengah masak lambat.
  6. Semasa kek sedang dibakar, sediakan frosting/hiasan atas kek. Dalam satu mangkuk besar, tambahkan yogurt, sirap mable, serbuk koko dan vanilla. Kemudian gaulkan dengan baik.
  7. Biarkan campuran sejuk dahulu di dalam peti ais sebelum anda meletakkannya di atas kek.
  8. Keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan ia sejuk selama 10 minit. Dengan menggunakan spatula, buangkan bahagian tepi setiap kek dari kuali dan terbalikkan kek di atas pinggan. Keluarkan kertas kulit dan letakkan di bahagian bawah pada rak penyejuk.
  9. Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum menghiasinya dengan aising.
  10. Apabila kek sudah bersedia utnuk dihiaskan, guna pisau panjang (fillet), dan potong setiap kek dengan saiz yang sesuai. Letakkan lapisan bawah dan sebarkan 1/4 daripada froosting di atasnya.
  11. Ulangi langkah sama dengan lapisan kek yang tinggal. Hiaskan kek tersebut mengikut kesukaan anda tapi pastikan anda tidak menggunakan bahan yang tidak menyihatkan.

4. Kek lobak sihat

Kredit: ms.womanexpertus.com

Bahan-bahan:

  • 200 g oat
  • 2 wortel besar
  • 3 biji telur
  • 20 g pengganti gula
  • 8 g serbuk penaik

Krim kek

  • 500 g keju kotej dengan kandungan lemak 0%
  • 110 g yogurt rendah lemak
  • kacang cincang halus secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Basuh dan cincang lobak halus-halus.
  2. Pukul telur, tambah pemanis dan teruskan kacau selama beberapa minit menggunakan mixer.
  3. Tuangkan oat dan serbuk penaik ke dalam telur. Kacau hingga ketulan hilang.
  4. Masukkan wortel dan kacau.
  5. Bakar adunan pada suhu 180 Β°C selama 20 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk krim, campurkan semua bahan krim dan mixer sehingga sebati.

5. Kek yogurt sihat

A yogurt loaf cake is cut into a few slices over a light blue background.
Kredit: @theclevermeal.com

Bahan-bahan:

  • 1 cawan plain yogurt
  • 2 cawan tepung gandum/tepung protein
  • 1/2 cawan gula perang/gula biasa
  • 1/2 sudu makan minyak sayuran
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan baking powder
  • 1/2 sudu makan esen vanilla
  • 1-2 biji lemon
  • secubit garam

Cara penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 Β°C dan letakkan rak pembakar di tengah-tengah oven.
  2. Salutkan acuan dengan mentega/butter dan letakkan ‘parchment paper’.
  3. Campurkan telur dan gula, selepas itu minyak, air perahan lemon, esen vanilla dan gaul semula. Tambahkan yogurt (yng tidak terlalu sejuk) dan kacau sehingga sebati di dalam satu mangkuk.
  4. Campurkan tepung, baking powder dan secubit garam sekali. Kemudian campurkan bersama bahan basah tadi sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan ratakan.
  6. Bakar adunan selama 35-40 minit atau sehingga masak.
  7. Selepas masak, sejukkan kek. *Jangan sejukkan kek didalam peti sejuk ya. Ia akan mengeringkan kek tersebut.
  8. Anda boleh hias kek mengikut citarasa anda tersendiri.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *