RESEPI DAGING HITAM JUADAH RAYA. SEDAP TAK TERKIRA & WAJIB CUBA!


Daging hitam sangat terkenal dengan juadah di majlis perkahwinan. Tetapi, daging masak hitam ni juga merupakan salah satu menu yang wajib juga ada untuk juadah Hari Raya. Mana yang tak pernah buat juadah ni, cuba raya tahun ni anda wujudkan juadah ni. Confirm! tak bangun dari meja makan..hehehe

Harini akak gojes nak share resepi dari Che nom dan ada sekit olahan sahaja. Akak gojes suka tengok resepi che nom dan banyak kali cuba resepinya, uhhmmmm ! memang sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 500g daging
  • 1 batang serai, ketuk
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • kuntum bunga cengkih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji tomato, hiris nipis
  • kicap manis secukupnya
  • 1-2 tangkai daun sup

BAHAN UNTUK PERAPAN DAGING:

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS:

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia

CARA PENYEDIAAN:

  1. Hiris daging melintang arah urat supaya tidak liat.
  2. Perap daging dengan bahan-bahan tumbuk halus dan bahan-bahan untuk perapan selama minimum 1/2 jam.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai, daun pandan, kayu manis,buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
  4. Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing.
  5. Masukkan tomato dan masak sehingga tomato lembut.
  6. Masukkan daging yang diperap tadi dan tambah lagi kicap manis secukupnya.
  7. Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.
  8. Siap untuk dihidang. Taburkan hirisan daun sup.

Tips: Nak lagi sedap,perapkan lebih lama daging supaya semua bahan meresap ke dalam daging dan menjadikannya lebih lembut.

Jom tambah menu daging masak hitam untuk juadah Hari Raya:)

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Che Nom


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *