Resepi Biskut Milo Rangup & Sedap Sangat, Mesti Cuba!


Memang ramai yang cari Resepi Biskut Milo rangup ni, lebih-lebih lagi musim PKP kena ada standby stok kudapan untuk anak-anak di rumah.

Sambil luangkan masa hujung minggu dengan keluarga di rumah tak boleh jalan-jalan tu, bolehlah kita ajak anak-anak buat biskut ni.

Yang penting, kalau sebut je Milo, mesti ramai peminatnya kan?

Jadi, jom kita cuba resepi biskut Milo yang mudah dan sedap ni. Memang rangup bila makan!

Resepi Biskut Milo Rangup & Mudah
Bahan-bahan

2 cawan butter/marjerin
2 cawan gula kastor
4 sudu makan krim putar
2-3 cawan Milo
2 camca teh esen vanila
2 biji putih telur
2 cawan tepung jagung
6 cawan tepung gandum
Chocolate rice (hiasan)
Cara-cara

Dalam mangkuk besar, pukul gula kastor dan butter hingga kembang.
Setelah itu masukan putih telur, esen vanila, dan krim putar. Gaul hingga sebati.
Masukan pula bahan kering seperti tepung gandum, tepung jagung dan Milo. Gaul dan uli menggunakan tangan hingga menjadi doh.
Alihkan doh daripada mangkuk. Balutkan doh dalam plastik jernih pembalut makanan kemudian rehatkan ia dalam peti sejuk selama setengah hingga satu jam.
Taburkan sedikit tepung sebelum menghamparkan doh tadi. Gunakan kayu penggelek (rolling pin) untuk meratakan doh. Pastikan doh tidak terlalu nipis.
Gunakan penerap biskut pilihan untuk menerap doh tersebut.
Gris atau alas dulang dengan kertas minyak. Susun biskut di atas dulang dan jangan lupa taburkan chocolate rice sebagai hiasan. Kalau nak letak coklat M&M atau hirisan kacang pun boleh juga!
Bakar pada suhu 185ΒΊC selama 20 hingga 25 minit.
Siap! Simpan dalam bekas kedap udara dan anda bolehlah jadikan Biskut Milo rangup ni sebagai kudapan di rumah sambil tengok TV.

Kalau penulis yang dah nak masuk 30 tahun ni pun suka gila dengan biskut ni, apa entah lagi kanak-kanak…. Mereka lagilah suka! Cuba buat okay?

Selamat mencuba.

Kredit : Resepi Biskut Milo Rangup oleh Ibu Resepi

Jom Follow FB page Rasmi Filza –> https://www.facebook.com/filzadresellajus


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Filza

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *