Resepi Baby Cakoi Dengan Sos Pandan Kastard. Serius Simple & Sedap


Sedapnya kalau dapat makan cakoi panas-panas dengan cicah pulak sos kastard pandan. Gebus dan lembut je kejadiannya. Jom cuba resepi cakoi paling mudah ni!

Kalau dulu kita biasa makan cakoi yang biasa tu, tapi sekarang ni ramai dah buat pembaharuan dan makan dengan sos kastard.

Kadang tu kalau beli di luar, ada yang dah tak panas, keras atau liat bila dah sejuk kan?

Jadi kalau ada masa, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah saja… Bukannya susah sangat pun!

Ini resepi cakoi simple dan mudah sangat untuk anda cuba.

RESEPI BABY CAKOI SOS PANDAN KASTARD

I) UNTUK DOH

Bahan-bahan

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh yis
  • 1 sudu teh gula halus
  • 1/2 sudu teh garam
  • 250 gm air suam

Cara-cara

  1. Masukkan air suam + yis + gula ( gaul sebati )
  2. Masukkan tepung dan garam
  3. Rehatkan doh selama 30 minit
  4. Selepas rehat , gaul doh untuk buang udara dalam doh, rehatkan kembali selama 30 minit
  5. Sedia untuk dicanai dan goreng minyak penuh sehingga garing
Resepi cakoi

II) UNTUK SOS PANDAN KASTARD

Bahan-bahan

  • 18 gm tepung gandum
  • 35gm gula halus
  • 150 santan KARA
  • 70 gm air
  • 1 biji kuning telur
  • 1 tsp perisa pandan
  • 1 tsp pewarna pandan

Cara-cara

  1. Masukkan kuning telur + gula ( gaul hingga gula sedikit larut
  2. Masukkan tepung ( gaul hingga rata )
  3. Panaskan santan dan air hingga mendidih
  4. Campurkan santan ke dalam bancuhan telur ( sedikit demi sedikit )
  5. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan
  6. Masak diatas api hingga pekat
resepi cakoi sos pandan

Nampak sedap kan?

resepi cakoi sos pandan

Selamat mencuba!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *