Resepi 𝕂𝔼𝕂-𝕂𝔼𝕂 ℝ𝔸𝕐𝔸 π•‹β„π”Έπ”»π•€π•Šπ•€ 𝕃𝔸𝕄𝔸 Yang Semakin Dilupakan Generasi Muda


Walaupun zaman moden sekarang ni terdapat pelbagai jenis kek moden seperti kek secret recipe dan sebagainya, kek tradisi lama juga tetap menjadi pujaan hati. Betul tak? Agak-agak korang sama tak dengan akak gojes, bila beraya rumah jiran je lagi lagi kawasan luar bandar, jumpa je kek-kek tradisi ni terus terkam tau! heheehe. Mesti akan ada yang sama macam akak gojes jugak kan? Tapi sekarang ni susah dah nak dapat kan, dengan norma baru sekarang. Semoga Raya Tahun ni dapatlah kita beraya seperti dahulu kala.

Okeyh! Tak maulah sedih-sedih. walaupun norma baru, in shaa Allah kita dapat wujudkan suasana Raya yang meriah bersama kek-kek tradisi ni. Jom tengok resepi dibawah:)

#1. KEK LAPIS PRUN

Bahan-Bahan:

  • 310gm tepung gandum- diayak
  • 1 sudu teh serbuk penaik- diayak bersama tepung
  • 230gm mentega
  • 190gm gula halus
  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 260gm susu pekat manis
  • 80gm buah prun-dicincang kasar
  • pewarna merah dan hijau secukupnya

Cara Memasak:

  1. Putar gula dan mentega sehingga kembang.
  2. Masukkan susu pekat manis bersama telur sambil memutar adunan.
  3. Kemudian, masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Kaup balikkan tepung sedikit demi sedikit sehingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan hijau manakala satu lagi bahagian diwarnakan merah dan masukkan sekali buah prun.
  5. Masukkan sedikit adunan merah ke dalam acuan berukuran 20cm dan kukus selama 20 minit.
  6. Seterusnya, masukkan sedikit adunan hijau dan kukus lagi selama lima minit. Ulang proses yang sama sehingga adunan habis.
  7. Akhir sekali, kukus keseluruhan kek selama 1 jam. Sejukkan kek sebelum dipotong.

Tips/info:

  • Warna untuk pewarna mengikut pilihan hati.
  • Untuk dapatkan ketebalan kek yang sama, guna senduk yang sama ketika menceduk adunan merah dan hijau.

#2. KEK SARANG SEMUT

Bahan-Bahan:

  • 125gm tepung gandum- diayak
  • 190gm gula pasir
  • 90gm mentega-dicairkan
  • 180ml air suam
  • 1/2 bungkus yis segera
  • 5 biji telur
  • 3 biji kuning telur

Cara Memasak:

  1. Gaul tepung bersama yis dan air suam. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit atau sehingga mengembang.
  2. Pukul telur, gula, kuning telur dan mentega yang telah dicairkan. Kemudian, masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Pukul sehingga sebati.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung.
  4. Kemudian, bakar di dalam ketuhar pada suhu 160 degree Celcius selama 35 minit atau sehingga masak.

Tips/info: Sangat penting untuk memastikan adunan tepung dan yis betul-betul kembang sebelum dimasukkan bahan-bahan lain.

#3. KEK BATIK

Ha, ni salah satu kegemaran akak gojes tau dan sangat lah mudah nak buatnya! Semudah ABC! hehe

Bahan-Bahan:

  • 200g mentega
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 cawan milo
  • 1 cawan serbuk koko- optional
  • Biskut Marie secukupnya- anggaran 1-2 bungkus

Cara Memasak:

  1. Patah-patahkan biskut marie- jangan hancur pula ye.
  2. Masukkan 200g mentega kedalam kuali yang panas dan cairkannya.
  3. Setelah cair, masukkan 1 cawan susu pekat dan kacau sehingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan pula 2 cawan milo dan serbuk koko. Kacau sedikit laju supaya mengelakkan milo dan serbuk koko itu berketul.
  5. Setelah sebati, matikan api dan masukkan biskut marie yang sudah dipatahkan dan kacau sehingga sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang dan penyekkan adunan. Hati-hati panas ya. Biarkan ia sejuk dan simpan didalam peti sejuk supaya tahan lebih lama dan mudah untuk dipotong.
  7. Potong kecil dan sedia untuk dihidangkan.

#4. KEK SPAN

Bahan-Bahan:

  • 125gm tepung gandum
  • 130gm susu pekat
  • 90gm marjerin
  • 5 biji telur
  • 190gm gula pasir
  • 250ml air
  • 1 sudu teh soda bikarbonat- diayak bersama tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara Memasak:

  1. Goreng gula pasir didalam kuali untuk menghasilakn gula hangus. Apabila gula cair dan berwarna agak kecoklatan, tuang air. Masak sehingga pekat dan ketepikan.
  2. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan marjerin, susu pekat dan esen vanilla. Pukul sebati.
  3. Kemudian, masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan gaul rata.
  4. Akhir sekali, masukkan gula hangus sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul sekali lagi sehingga semua sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan. bakar pada suhu 160 Degree Celcius selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.

Tips/info: Berhati-hati ketika menyediakan gula hangus kerana ia sangat panas.

#5. KEK PERMAISURI

Bahan-Bahan:

  • 230gm marjerin
  • 190gm gula halus
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 4 biji telur
  • 250gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 1 sudu teh esen ros
  • sedikit kismis- hiasan

Cara Memasak:

  1. Pukul gula dan marjerin sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lagi sehingga sekata.
  2. kemudian, masukkan esen ros, susu tepung dan garam. Tambahkan tepung gandum dan kaup balikkan dengan menggunakan senduk kayu.
  3. Susun acuan kertas di atas dulang pembakar, kemudian masukkan adunan dan letakkan kismis di bahagian atas kek.
  4. Panaskan ketuhar pada suhu 180 degree Celcius dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.

Tips/info: Selain dimasukkan ke dalam cawan kertas, boleh juga menggunakan loyang biasa.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Majalah Rasa


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *