Remaja & Diet Kilat (Crash Diets)


Remaja mengambil berat tentang imej fizikal mereka. Remaja yang lebih berat badan atau obes akan mengalami imej diri negatif dan keyakinan diri yang rendah

Mereka teringin berat badan body mass index (BMI) yang ideal. Ada yang akan berusaha mencapai BMI serendah mungkin.

Pada tahun 2006, kajian yang dijalankan oleh University of Minnesota mendapati  62.7% remaja perempuan mempraktikkan kaedah menurunkan berat badan yang tidak sihat.

Seramai 21.9% pula menggunakan kaedah yang sangat berbahaya. Kadar peratusan bagi remaja lelaki adalah separuh berbanding remaja perempuan.

Apabila disebut “saya akan mulakan diet”, tafsiran kebanyakan orang adalah ianya bersamaan kurang makan atau cara pemakanan berbeza untuk mengurangkan berat badan.

Semasa diet ramai yang menganggap makanan sebagai musuh mereka. Ramai remaja akan mencuba Crash diet untuk mengurangkan berat badan. Ramai yang tidak sedar bahawa mengurangkan berat badan secara mendadak membahayakan kesihatan seseorang. Anda hanya akan kehilangan otot dan air daripada badan dan ia tidak membantu anda mengurangkan berat badan secara optimum.

INGAT!!!

Hanya cara pemakanan dan pemakanan yang teratur boleh memecahkan lemak berlebihan dan membantu anda mencapai berat badan yang unggul dan kecergasan badan dan minda pada tahap optimum.

 JANGAN crash diet!!

Pengurangan berat badan secara mendadak amat berbahaya untuk kesihatan anda. Pemakanan yang seimbang amat penting di zaman remaja. Crash diet boleh memudaratkan kesihatan, khususnya kekurangan zat-zat penting:

  1. Adakah anda tahu?Hampir  50% remaja perempuan pernah mencuba berdiet. Satu perempat remaja lelaki juga pernah mencuba.Satu pertiga gadis masih mencuba berdiet walaupun mempunyai berat badan yang unggul.
  2. Kenapa remaja cuba crash dieting?
    • Imej badanBanyak perubahan hormon berlaku semasa zaman remaja. Ia menyumbang kepada perubahan fizikal termasuk ketinggian dan berat badan. Perubahan psikososial yang mendadak menyebabkan remaja lebih fokus ke atas imej fizikal badan.
    • BudayaRemaja juga mula memuja idola mereka yang terdiri dari golongan selebiriti yang kebanyakannya kurus. Mereka berpendapat kurus adalah gaya terkini. Media mempamerkan selebiriti kurus sebagai paling popular.Keadaan sedemikian akan mendorong, khususnya  remaja perempuan untuk mencuba crash diet.
    • Masalah obesitiCentre for Disease Control and Prevention menganggar satu pertiga kanak-kanak dan golongan remaja mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti. Ramai remaja yang obes runsing tentang berat badan dan kesihatan mereka dan mula crash diet.
    • Tekanan dari rakan sebayaRemaja yang obes kerap disindir oleh rakan sebaya. Ada juga yang dibuli secara fizikal. Anda mungkin marah atau sedih dengan sindiran tersebut dan mula berusaha mengurangkan berat badan secepat mungkin dengan crash diet.
  3. Risiko Crash Dieting
    • Kekurangan vitaminCrash diet boleh menyebabkan masalah kekurangan vitamin A,B,C ,K, folat serta zat besi.
    • Masalah elektrolitKekurangan atau kelainan elektrolit seperti potasium, kalsium, sodium dan magnesium boleh menjejaskan fungsi jantung, buah pinggang dan otak.Kekurangan zat kalsium boleh menyebabkan osteoporosis (tulang menjadi rapuh)
    • Masalah mindaRemaja yang mempraktikkan Crash dieting terdedah kepada masalah mental yang serius termasuk kemurungan, kebimbangan, anorexia nervosa dan bulimia. Ramai juga yang terjebak dalam masalah penggunaan dadah berbahaya.ELAKKAN CRASH DIETING!!
  4. Apakah pemakanan sihat?Jika anda ingin berdiet, dapatkan nasihat kesihatan dari doktor atau pakar pemakanan :
    1. Makan dengan betul
      • Jangan lupa bersarapan. Sarapan penting untuk tenaga sepanjang hari.
      • Pelbagaikan makanan anda. Makan bila lapar dan berhenti bila kenyang.
      • Minum air kosong. Kurangkan jus atau minuman berkarbonat yang manis.
      • Makan makanan yang tinggi dalam kandungan serat/fiber.
    2. Buah buahan dan sayuran
      • Remaja patut makan pelbagai buah buahan dan sayur.
    3. Aktiviti fizikal
      • Aktiviti fizikal amat penting untuk remaja. Bersenam adalah sebahagian dari proses berdiet. Luangkan 30-60 minit sehari untuk aktiviti fizikal.
    4. Media
      • Jangan percaya semua yang disiarkan dalam media berkenaan dengan diet. Jika ada sebarang pertanyaan, tanya doktor atau pakar pemakanan.
  5. Kawal emosi
    • Sesetengah remaja makan berlebihan jika mereka sedih atau tertekan secara minda. Bincang dengan keluarga atau individu yang boleh dipercayai jika anda mengalami masalah emosi.

Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *