Rangsang otak anak dengan alat muzik


Muzik boleh dikatakan sebagai satu elemen penting dalam kehidupan atau budaya kita. Ini terbukti apabila diperhatikan bahawa muzik hadir dalam kebanyakan aspek kehidupan seperti televisyen, teater, filem, cuti, perayaan sehingga termasuklah dalam upacara atau majlis tertentu. Bayangkan dunia tanpa muzik, pasti agak sukar bukan

Malahan, muzik juga digunakan untuk menenangkan kanak-kanak, menyatakan rasa sayang dan kegembiraan serta menjalinkan perhubungan dan interaksi.

Ibu bapa boleh membina naluri semulajadi ini dengan mempelajari bagaimana muzik boleh memberi kesan kepada perkembangan anak, meningkatkan kemahiran sosial dan memberi manfaat kepada kanak-kanak dari semua peringkat umur.

Alat muzik terbaik untuk kanak-kanak belajar

Pembelajaran muzik adalah mengenai berkomunikasi, ekspresi dan mengembirakan diri anda. Alat muzik adalah cara terbaik untuk kanak-kanak memberi tumpuan dan merangsang otak mereka. Berikut beberapa alat muzik yang sesuai untuk kanak-kanak.

Piano atau keyboard

Ini adalah antara instrumen yang menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa. Perlu diketahui bahawa belajar bermain piano sangat istimewa kerana ia membentuk asas muzik yang begitu banyak.

Ia adalah salah satu daripada beberapa instrumen di mana semua unsur-unsur muzik (melodi, harmoni, irama dan dinamik) dapat dinyatakan di semua tahap kerumitan.

Bukan itu sahaja, ia adalah instrumen yang sangat jelas untuk belajar kerana dengan hanya menekan satu kekunci sahaja akan menjadi batu loncatan untuk kanak-kanak bergerak ke instrumen lain.

Ukulele

Apa yang bagus tentang ukulele adalah saiznya yang kecil. Ukulele adalah permulaan saiz yang sempurna untuk kanak-kanak dan ia boleh menjadi sangat mudah untuk mereka belajar beberapa chords dan memainkan lagu-lagu biasa dalam masa yang singkat.

Gendang atau Drum

Ibu bapa selalunya mahu anak-anak mereka menjadi lebih tenang, tidak terlalu bising. Tetapi drum sangat menyeronokkan dan boleh menjadi outlet yang hebat untuk kanak-kanak yang berhadapan dengan sifat agresif.

Berita baik untuk ibu bapa hari ini, kerana terdapat sejumlah kit gendang elektronik di pasaran yang memberi ruang lebih senyap yang mana anak anda akan bermain dan mendengar menggunakan “earphone” sahaja.

Rekorder, seruling atau klarinet

Secara teknikal, salah satu daripada alat peniup yang paling mudah adalah rekorder. Kebanyakan sekolah mempunyai kelas rekorder berkumpulan dan carta penjajaran mudah mungkin cukup untuk ibu bapa mengajar mereka.

Kebanyakan guru menggunakan rekorder sebagai instrumen pengenalan atau asas berbanding seruling atau klarinet, yang mana kedua-duanya menggunakan sistem jari yang sama.

Rekorder sangat mudah alih dan ia mengajar teknik-teknik permulaan penting, teknik pernafasan dan kedudukan jari. Sebaik sahaja kanak-kanak menghabiskan masa dengan recorder, mereka akan bersedia untuk mengatasi “mouthpieces” seruling, klarinet, atau instrumen tiupan lain yang lebih sukar.

Biola atau violin

Biola pasti mempunyai bentuk pembelajaran yang lebih curam daripada beberapa instrumen lain. Ini kerana bermain biola memerlukan ketangkasan manual dan telinga yang baik dari segi intonasi.

Sekiranya anak anda boleh meneruskan peringkat awal dengan biola, maka mereka akan menuju ke arah memahami keindahan instrumen ini.

Terdapat pelbagai jenis alat muzik. Berikan peluang kepada anak anda untuk memilih dan menyelami sisi kreatif mereka.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *