“Rakyat Malaysia tolonglah bersikap matang!” Dr Izzar Luah Rasa Kesal Ramai Hanya Tahu Mengeluh


Itulah potongan ayat pertama dalam perkongsian di Instagram Dr Izzar Anwari yang merupakan suami kepada pelakon Ummi Nazeera. Melalui ciapan yang dikongsikan jelas menunjukkan bahawa Dr Izzar berasa kesal akan sikap rakyat Malaysia yang suka mengadu dan mengeluh dengan dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ada antara pesakit Covid-19 seakan tidak menghargai tugas-tugas yang telah dilakukan oleh frontliners dan mereka kelihatan seakan mengambil ringan.

Menurut Dr Izzar, antara complaint yang sering diberikan ialah frontliners ambil pesakit Covid-19 terlalu awal, tempat yang diberikan tidak selesa, makanan hospital tidak sedap dan macam-macam lagi. Untuk mereka yang sihat di luar pula mengadu kedai makan tutup terlalu awal. Aduhai rakyat Malaysia..

COMPLAINT COMPLAINT COMPLAINT…

Itulah potongan ayat pertama dalam perkongsian di Instagram Dr Izzar Anwari yang merupakan suami kepada pelakon Ummi Nazeera. Melalui ciapan yang dikongsikan jelas menunjukkan bahawa Dr Izzar berasa kesal akan sikap rakyat Malaysia yang suka mengadu dan mengeluh dengan dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ada antara pesakit Covid-19 seakan tidak menghargai tugas-tugas yang telah dilakukan oleh frontliners dan mereka kelihatan seakan mengambil ringan.

Menurut Dr Izzar, antara complaint yang sering diberikan ialah frontliners ambil pesakit Covid-19 terlalu awal, tempat yang diberikan tidak selesa, makanan hospital tidak sedap dan macam-macam lagi. Untuk mereka yang sihat di luar pula mengadu kedai makan tutup terlalu awal. Aduhai rakyat Malaysia.

Tambah Dr Izzar, sekarang sudah genap lebih setahun petugas-petugas kesihatan bekerja tanpa henti. Dr Izzar turut berkongsi ada kawan-kawannya yang merupakan petugas-petugas kesihatan terpaksa merujuk psychiatrist atas sebab terlalu stress akibat kerja tanpa henti. Lebih lagi dengan situasi penambahan kes 4 angka setiap hari, beban kerja semakin bertambah.

Dr Izzar menyeru rakyat Malaysia bersikap matang dan tidak leka untuk memutuskan rantaian pandemik ini. Menurutnya, antara faktor utama untuk menjangka berapa lama lagi kita  akan berperang dengan Covid-19 adalah sikap kita sendiri yang degil tidak mematuhi SOP, merasakan diri sudah kebal, mengambil ringan akan kesihatan diri, membuka pelitup muka sesuka hati dan mudah lalai.

Jika kita masih ambil mudah tentang pentingnya mematuhi SOP, janganlah bertanya bila kes akan turun. Dr Izzar tegas mengatakan mereka sebagai petugas kesihatan mahu fokus buat kerja dan minta janganlah menambah beban mereka dengan perkara remeh dan menyusahkan.

Ada betulnya apa yang Dr Izzar cuba sampaikan. Tanyalah pada diri, sampai bila kita harus hidup dengan memakai pelitup muka sepanjang berada di luar? Sampai bila anak-anak perlu ‘bersekolah’ di rumah? Ayuh rakyat Malaysia, kita sama-sama memutuskan rantaian pandemik ini.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *