RAHSIA KEKUATAN MENCIUM TANGAN DAN KENING KUNCI SUAMI ISTERI BAHAGIA


Mengapa lelaki mesti membiasakan mencium ‘KENING’ isteri dan isteri mesti mencium ‘TANGAN’ suaminya?

Kerana ia menunjukkan bahawa semangat dan ketenangan lelaki itu terletak pada ‘KENING’ isterinya.

Kemudian, sumber ketenangan dan kekuatan perempuan itu ada di ‘TANGAN’ suaminya.

Mengucup kening isteri atau mencium tangan suami, hakikatnya menunjukkan sebuah simbol dari satu perkara ‘PALING MAHAL’ dalam hubungan suami isteri.

Apakah perkara’ PALING MAHAL’ itu?

Saling mempercayai!

Jangan beranggapan bahawa suami mengucup kening isterinya itu adalah disebabkan oleh ‘Nafsu Berahi’, BUKAN YA!

Seorang suami yang mengucup kening isterinya adalah salah satu cara dirinya mendapat ‘KETENANGAN’.

Manakala perempuan mencium tangan lelaki bukan semata-mata tentang siapa yang lebih tinggi darjatnya, tetapi itu adalah tanda bahawa keikhlasan yang menuntunnya.

Karena perempuan juga tahu, di tangan suaminya ada Redha Allah s.w.t.

Kenapa mesti ‘Kening’ atau ‘Tangan’?

  • Kening perempuan merupakan sumber ketenangan dan semangat bagi suami, karena kening adalah saksi dari ketaatan pada Allah s.w.t.
  • Keninglah, perantaraan tunduk makhluk kepada Sang Penciptanya.
  • Keninglah bahagian tubuh pertama yang mengaku, bahwa Allah adalah Maha Tinggi, sementara diri adalah rendah.
  • Keninglah yang bersujud.
  • Kening berada paling bawah, sebagai simbol bahawa tiada yang lebih tinggi dari pada Allah.
  • Padahal kening adalah bahagian tubuh kita yang paling tinggi.

Maka pada kening perempuan-lah Allah hembuskan sumber ketenangan.

Maka tidak hairan jika suami boleh merasakan ketenangan setelah mengucup kening isterinya.

Lalu, apakah sama keadaannya dengan ‘Tangan’ suami yang dicium isterinya?

Perempuan mencium tangan suami bukan semata menempelkan bibirnya.

Ada doa yang dia panjatkan di tangan suami, semata meletakkan doa di sana, kerana dengan tangan itulah suaminya bekerja mencari rezeki untuk orang-orang yang dicintai dan disayanginya.

Semasa ciuman di ‘Tangan Suami’, seorang isteri sedang menitipkan doa memohon kepada Allah, agar menjaga tangan suaminya dari hal-hal yang dibenci oleh-Nya dan dipermudahkan segala urusannya.

Melalui ciuman yang diletakkan di tangan suami, seorang isteri menitipkan doa agar Allah menjaga tangan suami menjaga kasih sayangnya dan tidak mengambil yang bukan haknya.

Sebelum berangkat keluar rumah, jangan lupa mencium ‘KENING ISTERI’ atau ‘TANGAN SUAMI’…

[KELUARGA BAHAGIA DUNIA AKHIRAT]

Sumber: https://keluarga-bahagia.com/rahsia-kekuatan-mencium-tangan-dan-kening-suami-isteri/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *