Produk Kecantikan dan Kesan Sampingan Bahan Kimia Berbahaya


Sesiapa sahaja pasti menginginkan wajah mulus seperti penyanyi dan pelakon Korea. Walau bagaimanapun, untuk memiliki wajah yang sebegitu cantik bukanlah bermakna anda boleh menggunakan produk kecantikandengan sewenang-wenangnya terutamanya produk-produk kecantikan yang tidak berdaftar dan mengandungi bahan berbahaya. Anda mungkin tidak memikirkan untuk melakukan pembedahan plastik disebabkan oleh kosnya yang tinggi dan apakah pilihan lain yang anda ada selain pembedahan plastik? Semestinya daripada produk kecantikan yang terdapat di pasaran seperti di farmasi. Sebelum anda memulakan rutin penjagaan kulit anda, anda terlebih dahulu perlulah memastikan keadaan kulit anda yang memerlukan penyesuaian terbaik dengan produk-produk yang akan digunakan. 

Mempertimbangkan faktor-faktor yang relevan dengan kulit anda sebelum membeli produk kecantikan

Ketahui jenis kulit anda. Kenal pasti sama ada anda memiliki jenis kulit yang berminyak, kering, gabungan keduanya atau jenis kulit sensitif. Anda perlu membeli produk khusus mengikut jenis kulit anda.

ertimbangkan sebarang masalah kulit. Fikirkan jika anda mempunyai sebarang masalah atau isu yang berkaitan kulit seperti kedutan, tanda jerawat, bintik hitam, atau akne, anda boleh membeli produk untuk membantu anda dengan masalah-masalah terbabit. Produk tertentu juga boleh menyebabkan rasa terbakar atau gatal-gatal pada kulit, atau menjengkelkan kulit sensitif dan menjadikannya lebih teruk. Anda perlu untuk lebih berhati-hati jika kulit anda sudah sensitif.

Perlu memastikan sebarang alergi yang anda miliki. Baca bahan-bahan dan kandungan yang terdapat dalam produk-produk penjagaan kulit untuk mengelakkan sebarang masalah yang berkaitan dengan alergi pada masa hadapan.

Tentukan berapa banyak yang anda boleh belanjakan. Harga produk kecantikan atau produk penjagaan kulit bervariasi antara jenama. Anda tidak semestinya perlu menghabiskan banyak perbelanjaan terhadap produk-produk berharga tinggi untuk mendapatkan hasil yang baik.

Berbincang dengan pakar penjagaan kulit atau ahli dermatologi. Ini adalah langkah yang terbaik sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai keadaan kulit anda atau sebarang penentuan pemilihan produk untuk kulit anda. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit yang lebih spesifik dan tidak pasti bagaimana cara terbaik untuk mengatasinya, berbincanglah dengan ahli dermatologi.

Pemilihan produk kecantikan yang bersesuaian

Beli dengan kuantiti yang sedikit pada permulaan 

Di peringkat permulaan, anda disarankan untuk membeli sebarang produk baharu dengan kuantiti yang kecil atau sedikit dan jangan terus menggunakannya di bahagian permukaan kulit. Anda boleh mencubanya pada bahagian lain kulit anda untuk melihat bagaimana anda bertindak balas terhadap produk tersebut. Sekiranya anda tidak mengalami sebarang tindak balas yang tidak baik atau buruk, anda boleh memperbesar atau meluaskan penggunaannya. Kemudian, sekiranya anda menyukai produk tersebut, anda boleh membelinya dengan kuantiti yang lebih banyak dan jumlah yang lebih tinggi pada pembelian yang seterusnya. 

Pilih krim penggelupas atau exfoliator

Pengelupasan adalah salah satu daripada tulang belakang utama untuk meningkatkan keremajaan kulit anda dengan menggunakan kuasa penyembuhan tubuh manusia sendiri yang luar biasa. Kedua-dua produk utama untuk pengelupasan adalah krim microdermabrasion dan pembersih asid glikolik (glycolic acid).

  • Kedua-dua produk tersebut berfungsi untuk menghilangkan lapisan luar sel kulit mati dan kusam di kulit anda. Proses ini mempunyai manfaat dua kali ganda: bukan sahaja mendedahkan kulit yang lebih muda dan lebih segar, malah proses pengelupasan juga akan merangsang pengeluaran sel-sel kulit yang baharu. Individu yang mempunyai kulit kering akan menggunakan krim microdermabrasion. Bagi individu yang mempunyai kulit berminyak atau kombinasi keduanya, disarankan untuk menggunakan pembersih asid glikolik.
  • Salah satu daripada beberapa Asid Alpha Hydroxyl yang ada, asid glikolik adalah yang paling berkesan kerana saiz molekulnya yang kecil, yang membolehkannya menembusi kulit. Apabila anda membeli pembersih asid glikolik, pastikan anda membeli produk pembersih dengan kepekatan yang tidak lebih daripada 10%, dan sebarang produk yang mempunyai kepekatan yang lebih kuat daripada itu perlu diberikan oleh ahli estetik berlesen atau pakar dermatologi. Walau bagaimanapun, produk dengan kandungan kepekatan asid glikolik sebanyak 10% adalah selamat digunakan di rumah setiap hari.
  • Untuk krim microdermabrasion pula, anda perlu membeli produk dengan kandungan kristal mineral yang sama seperti yang digunakan oleh profesional iaitu aluminium oksida. Disebabkan oleh sifat krim microdermabrasion yang kasar, pastikan anda membeli produk yang juga mengandungi minyak yang menenangkan seperti Jojoba atau Shea Butter. Selepas sebarang prosedur pengelupasan, adalah penting untuk anda menggunakan sunblock berkualiti baik atau mengelakkan daripada sebarang pendedahan terhadap matahari dalam tempoh seminggu selepas menggunakannya.

Cari produk untuk meremajakan kolagen dalam kulit anda

Tidak terdapat sebarang pil ajaib atau krim topikal yang boleh menggantikan kolagen kulit anda.

Walau bagaimanapun, terdapat satu cara untuk mempercepatkan pengeluaran satu komponen kulit yang penting dari tubuh anda: Peptida. Apabila kolagen rosak, peptida tertentu akan dibebaskan. Ini memberi isyarat kepada kulit anda bahawa ia telah rosak dan perlu mengeluarkan kolagen baharu. Penggunaan peptida secara langsung ke kulit anda akan membuatnya berfikir ia telah kehilangan kolagen dan perlu menghasilkan lebih banyak kolegan lagi. Peptida “isyarat” yang sering kali digunakan untuk penjagaan kulit dalam fungsi ini ialah palmitoyl penta-peptide (Matrixyl). Penggunaan peptida secara tetap dapat mengembalikan keremajaan kulit anda. Tidak terdapat kesan sampingan yang dilaporkan dalam penggunaan peptida.

Dapatkan pelembap berkualiti tinggi

Anda tidak perlu menggunakan produk berjenama mahal, pembungkusan yang menarik dengan pengiklanan yang kerap untuk menentukan bahawa ia benar-benar produk yang berkesan dan terbaik. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan membaca kandungan dan bahan-bahan yang terdapat pada label produk.

  • Bahan-bahan yang terdapat dalam sesuatu produk tersebut disusun mengikut susunan kepekatan. Oleh itu, jika bahan aktif berada pada turutan akhir senarai, produk hanya mengandungi jumlah bahan aktif yang sedikit.
  • Ramuan penghidratan kulit yang paling berkesan yang boleh anda dapati ialah asid hyaluronik (hyaluronic acid). Sebatian yang luar biasa ini sering disebut-sebut kerana keupayaannya untuk “membalikkan” atau menghentikan penuaan dan dipanggil sebagai “key to the fountain of youth.”
  • Ini kerana bahan tersebut terbentuk secara semula jadi (dan cukup banyak) pada manusia dan haiwan, dan terdapat pada kulit muda, tisu neonatal, dan cecair sendi. Asid hyaluronik adalah komponen tisu penghubung badan dan dikenali dengan sifatnya sebagai kusyen dan pelincir.
  • Walau bagaimanapun, apabila anda berumur, ia secara semula jadi akan menghilang dan perlu diganti semula.

Kekal dengan produk kecantikan pilihan anda

Sebaik sahaja anda mempunyai set produk penjagaan kulit anda, anda perlu menggunakannya dengan berhati-hati untuk memberikan anda kulit yang kelihatan muda, berseri, licin yang anda inginkan. Ikuti langkah berikut dengan setia dan anda akan melihat hasil yang luar biasa dalam masa beberapa minggu.

  • Pagi: Cuci muka anda dengan pembersih kulit yang berkualiti, gunakan pelembap yang mengandungi asid hyaluronik, kemudian gunakan sunblock UVA / UVB dan akhirnya, gunakan solekan anda.
  • Petang: Bergantung pada jenis kulit anda, gunakan exfoliator setiap hari dengan 10% asid glikolik atau 2-3 kali seminggu dengan menggunakan krim microdermabrasion. Bilas dengan air bersih, kemudian gunakan krim multi-peptida sebelum anda tidur.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *