Postur Badan Macam Supermodel Dengan 7 Tips Menarik Ini!


Postur badan yang baik adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan fikiran dan tubuh.

Jika anda mempunyai postur badan yang kurang baik, ia akan membawa anda kepada masalah kesihatan. Inilah peluang anda untuk memperbaiki postur badan dengan tujuh tips ini!

Posisi Bila Duduk

Tanpa kita sedar, kita akan mula meluncur daripada tempat duduk kita sehingga ke bawah ataupun membongkok. Perkara ini kurang baik kerana otot anda akan rasa kurang selesa dengan posisi itu.

Cuba kekalkan posisi yang tegak dan kurangkan pergerakan yang tidak memberikan manfaat seperti tadi.

Luruskan Bahu

Cuba tengok bahu anda sekarang, adakah ia ternaik sampai telinga anda? Anda akan dapat sakit otot tanpa kita sedar. Kekal relaks dan pastikan posisi seperti kebiasaannya.

Perks Postur Badan

Bagaimana hendak tahu jika anda perlukan perubahan mengenai postur badan anda? Tekapkan badan anda di pintu atau dinding.

Bahu, belakang kepala dan lutut sepatutnya akan jadi selari. Anda juga boleh lihat dengan gunakan cermin untuk periksa postur badan anda. Jika anda tidak pasti juga, gunakan plumb-line.

Postur Badan Bila Berjalan

Tanpa kita sedar kita akan meletakkan beban terhadap bahu kita yang menyebabkan kita mengalami kesaiktan.

Terutama sekali apabila anda membawa beg, pastikan anda tidak mengangkat bahu untuk meletakkan bag di posisi yang betul.

Duduk Sepanjang Kerja? Bangun Dan Regangkan Badan

Kebanyakan daripada kita duduk di pejabat dan habiskan masa dengan duduk di depan komputer dan meja.

Untuk berlaku adil kepada badan anda, bangun pada setiap 30 minit dan berjalan atau regangkan badan. Ini akan membantu badan anda daripada keras.

Membina Teras Anda

Pergi ke kelas yoga atau Pilates dalam membantu anda, kerana ia akan fokus kepada teras anda iaitu otot abdomen dan pelvik. Anda perlukan kedua-dua otot ini untuk jadi kuat jika anda inginkan posture badan yang baik.

Kurang Pakai Kasut Tumit Tinggi

Tidak dapat dinafikan bahawa memakai kasut tinggi akan tampil bergaya, tetapi ia tidak bagus untuk membentuk postur badan anda.

Apabila anda memakai kasut tinggi, anda memaksa badan untuk berdiri dan kekalkan keseimbangan. Dengan itu, kurangkan memakainya dan gantikan dengan kasut flat.

Jangan risau, sekarang ini ada juga kasut flat yang gaya sama seperti kasut tumit tinggi!

Perkara ini sangat penting untuk kekalkan postur badan anda jika tidak mahu sebarang sakit belakang dan sakit otot yang lain. Pastikan anda sedar dengan cara ada duduk, berdiri dan berjalan dan kurangkan membongkong!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *